AHMAD BAHAROM CREATION
SILA BACA MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT.
NOVEL INI MASIH BELUM SIAP.
MASIH DI OLAH SERTA DIPERBETULKAN.
Wednesday, 24 December 2014
5.5-KESILAPAN SAM
Sam memasuki keBalai Polis itu dan mereka yang telah amat mengenali Sam berhubung kes yang sedang gempar sekarang ini bertanya ada apa Sam datang malam-malam begini. Mereka hairan kerana kes tesebut hampir selesai dan tiada lagi soal-siasat atau kawad Cam yang diperlukan. Sam pun bercerita hal dia diekori olih sebuah kereta Honda Accord berwarna emas tadi. Sam tidak pasti nombornya tetapi ianya dengan huruf BBQ, itu sahaja yang jelas baginya. Pegawai Polis itu meminta Sam menalipon Inspektor Azizi di Ibu pejabat untuk mendapatkan nasihatnya. Kebetulan Inspektor Azizi tiada, tetapi OCPD Omar ada masa itu dan Sam bercakap dengannya. Sam menceritakan semua kejadian dan akhirnya OCPD Omar berkata bahawa jika mengikut maklumat jenis kereta dan nombor awal yang Sam sebutkan itu, ianya adalah kepunyaan anak kepada Pemilik Bas yang telah mengupah Razali itu. OCPD Omar menyatakan sekarang Sam sedang berdepan dengan ramai musuh yang hendak membalas dendam termasuk kuncu-kuncu Alias. Dia menasihatkan Sam supaya jangan keluar dari kawasan Balai itu sehingga waktu siang.Dia berjanji akan mengkaji serta jika bolih mengambi tidakan berkenaan perkara itu. Malam itu Sam duduk disebuah pondok rehat yang berada ditepi Balai Polis tersebut. Fikirannya amat kacau serta merasa sedih dengan semua kejadian yang telah menimpa dirinya. Dia juga sentiasa mencari dimana kesilapannya sehingga semua ini terjadi. Sam teringatkan kata-kata seorang sahabat karibnya diTrengganu iaitu Hj Yahya semasa dia pergi kerumah kerana dia ingin menyampaikan amaran tentang Hj Majid yang berkongsi Najwa Batik. Hj Yahya adalah sahabat dimana kekadang Sam meluahkan masaalahnya kerana amat mesra dan dipercayainya kerana cara dia berfikir. Selepas menceritakan beberapa kesilapan Sam berkongsi dengan Hj Majid serta kemungkinan yang bakal berlaku, Hj Yahya juga memarahi sikap Sam yang terlalu mengikut kehendak dan tingkah laku keluarga mertuanya. Hj Yahya adalah pelanggan terawal Sam dari mula dia memulakan perniagaan dirumah mertuanya lagi, Haji Yahya berkata dia berani bercakap kerana dia amat terasa terhutang budi kepada Sam yang membantu memberi peluang mereka berurusniaga secara hutang dengan beliau sehingga peniagaan nya menjadi maju. Bukan itu sahaja, tapi dia membeli kereta besar dan pergi haji juga adalah berkat bantuan Sam dalam perniagaannya. Dia berkata bahawa ramai lagi rakan-rakannya yang juga dibantu olih Sam telah menikmati perkara yang sama. Dia sedih kerana Sam telah jadi begini teruk akibat tiada sefahaman dalam keluarga. Haji Yahya berkata, jika dia mempunyai isteri dan keluarga mertua sedemikian, sudah lama ditendangnya. Malah beliau berkata bahawa orang macam Sam ini berlambak anak dara yang tergila-gila, malah kalau hendak dia bolih rokomenkan anak saudaranya yang jauh lebih cantik dari Najwa. Isteri Hj Yahya yang duduk bersama sambil makan goring pisang menegur suaminya supaya jangan jadi batu api. Hj Yahya berkata bahawa dia berkata betul, bukan nak jadi batu api. Sam tersenyum mendengar mereka yang seakan bergaduh itu. Sam berkata dia amat sayang kepada anak-anaknya dan Hj Yahya berkata, bahawa anak senang dibuat lagi. Sam dan isterinya ketawa besar dan Hj Yahya tersengeh sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment