Memang waktu habis persekolahan mereka sama dan mereka selalu bertemu di Stesyen Bas Pudu Raya bagi menunggu bas untuk pulang keKampung Cheras Baru.
Hari itu baru pulang dari sekolah dan berada distesyen bas, menunggu bas untuk pulang kerumah. Masa itu dia terlihat Syikin yang juga baru sampai dengan keadaan muka yang monyok serta seperti keletihan. Sam sudah biasa dengan keadaan Syikin itu dan hanya mampu melemparkan senyuman sambil dia sibuk memerhatikan kedatangan bas yang bakal mereka naiki.
Sam: Baru sampai?
Syikin: Ya!, tapi hari ini lambat pula Bas, Jam kot. Tadi ada satu, tapi dah penuh
sangat, malas nak berebut, asyik kena cium ketiak orang.
( Sam ketawa kecil dan begitu juga Syikin )
Sam; Tahu dah, Khadam hamba tebusan tuan puteri belum sampai, malaslah nak berebut-rebut. (
Rokiah ketawa kecil sambil menutup mulutnya)
Tidak lama kemudian, bas yang mereka tunggu sudah sampai dan Sam meminta bag Syikin serta berlari dicelah-celah orang ramai yang berebut untuk menaiki bas tersebut. Sam amat tangkas dan dapat menaiki bas tersebut lebih awal dan memilih tenpat duduk yang sesuai serta meletakkan bag Syikin disebelahnya dan akan berkata bahawa " Sudah ada orang" setiap kali ada penumpang yang cuba untuk duduk dirempat tersebut.
Syikin dengan itu tidaklah payah berebut dan amat santai untuk menaiki bas, malah selalu menjadi penumpang yang paling akhir menaiki bas, tetapi tetap dapat tempat duduk walaupun ramai penumpang yang kena berasak-asak berdiri.
Sebaik sahaja Syikin sampai kedestinasi nya dan hendak bangun untuk turun dari bas tersebut,
Sam; Kin, malam karang jam lapan saya sampai rumah.Saya akan bawa buku yang awak nak tu.
Syikin; Ok, saya tunggu. Jangan tak datang, emak masak ikan bakar malam ini.
Sam amat memuja Syikin dan sebagai seorang yang mempunyai bakat melukis dia selalu melukis potret Syikin dan menyimpannya didalam bilik tidurnya.
Hari itu Sam sedang melukis sebuah lagi potret Syikin dan kedengaran pintu biliknya diketuk. Kemudian dia terdengar suara kakak ipar saudaranya, rohani memanggil;
Rohani: Sam, buat apa tu!, sudah kenyang dengan menelik gambar si Ikin lagi kah?.
Sam; Iskh! kak ni ngacau aje, kita sedang baca bukulah.
Rohani: Buku sangatlah tu, sekolah pun malas, nak baca buku apanya?. Hi hi hi Abang
panggil makan, dia ada kerja dan tempahan pelanggan yang nak bincang.
Sam: Ok ok, jap lagi saya datang. Apalah akak ni, saya tak selalu pergi sekolah bukan malaslah, sekolah tu membosankan, tak ada awek, semua lelaki. hehehehe
Rohani; Itulah kau, asyik awek-awek ajer. Berapa ekor awek kau nak, Syikinlah, ni sibuk pula mengulang kan semek Terengganu pula. Gatal betul kau ni.
Sam: Alah! orang Terengganu tu kawan ajer, Saya masih in love dengan si Rok lah.
Sam pun berkemas dan menyimpam berus dan gambar yang dilukisnya ditepi dinding lalu keluar dari bilik itu. Rohani yang masih berdiri didepan pintu itu sambil menjenguk kedalam bilik itu dan melihat sekeliling sambil mengeleng-gelengkan kepala.
Rohani: Orang bujang ni, bilik sendiri pun tak mampu nak kemas, dah macam sarang tikus.
Sam: Akak jangan risau, nanti saya minta Syikin tolong kemaskan. ( (Sam ketawa kecil)
Rohani: Hai! takkan sampai dah kahwin pun nak tinggal sama akak dan abang lagi.
Kumpullah duit, duduk rumah sendiri bersama Syikin.
Sam; Hai! Macam menghalau saja.
Rohani; Bukan halau, tapi kalau dah gatal sangat nak kahwin tu tentulah dah ada
banyak duit. Kalau macam sekarang, simpan sajalah angau tu. Garu lah
sendiri.
( Sam dan Rohani ketawa bersama sambil mula duduk dimeja makan dan kelihatan Amir sedang menunggu.)
Sam tinggal bersama dengan abang sepupunya Amir yang telah berumah tangga yang bekerja dipusat Kraftangan dan menjual hasil-hasil kerja tangan dan Batik. Sam dan Amir ada membuka sebuah bengkel membuat Batik yang dibina berhampiran dengan rumah Amir. Sam adalah seorang pelukis yang amat berbakat dan segala hasil lukisannya amat baik mutunya dan mempunyai peminat.
Selepas sarapan hari itu Amir dan Sam berbincang berkenaan tempahan pelanggan batik yang perlu disiapkan oleh Sam secepat mungkin.
Amir; Buat yang ini dan lepas itu kau cubalah reka beberapa corak baru untuk
fesyen ini untuk kita jual lagi nanti. Selalunya yang kau reka, boleh jual
mahal sikit.
Sam; Ok, bila nak hantar?
Amir; Tiga hari lagi.
Sam; Set. besuk mula kerja, hari ini nak dating jap. heheheh
Amir; Oklah, janji siap. Kau nak kemana pulak hari ini?.
Sam: Pergi Sariman Batik, nak jumpa budak-budak Terengganu tu. Cari keropok
lekor. Dengar khabar ada yang baru balik dari kampung, mungkin ada rezeki.
Segala hasil pengeluaran lukisan dan batiknya dijual olih Amir yang memang mahir dalam penjualan barangan seperti itu. Amir telah berkahwin dengan Rohani yang amat cantik dan amat baik serta mesra dengan Sam. Dia selalu membantu Sam melakukan tugas-tugas membuat batik.
Rohani; Sam kalau ada lebih mintakan akak sikit ya, Alah!...siapa kawan baik kau
tu, oooo, Najwa.
Sam: Ini bukan Najwa yang balik bercuti, tapi kawan dia. Najwa mungkin akan
habis latihannya lagi dua bulan lagi.
Rohani; Tak apalah siapa yang bercuti, mintakan lah untuk akak sikit.
Sam; Ngidam ke?"
Rohani: Iskh! ho budak apa yang tahu.
Sam juga mempunyai sahabat-sahabat yang masih belajar disebuah pusat membuat batik yang terdiri diantaranya adalah seorang wanita yang bernama Najwa. Sam sebenarnya sebelum ini bekerja sambilan sebagai pelukis disana dan telah berhenti untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan yang diusahakan bersama abang sepupunya Amir.
Sekiranya ada kelapangan Sam akan pergi menziarahi bekas rakan-rakan kerjanya dahulu. Najwa sebagai pelajar baru sering meminta tunjuk ajar melukis dari Sam dan begitu juga rakan-rakan Najwa yang lainnya.
Sam; Assalammualaikum, dah buang air semuanya?
(Kata Sam sambil menungkat basikalnya.)
Masa itu semua kawan-kawan Sam itu sedang membuat kerja-kerja mewarna kain-kain batik.
Azlah: Najwa, tu boyfried ko dah mabuk tu, pagi-pagi dah merapu.
Najwa: Paginya dia datang, mesti ada apa-apa tu,
Azlah: Memang, biawak kabok ni kalau datang bukan nak menyenangkan orang, buat kecuh
saja.
Sam tersengeh-sengeh sambil menghampiri mereka dan terus pergi rapat dengan Najwa.
Sam: Hai cik adik, dah makan budu?. Minta sikit?.
Azlah: Hah! Kata dah, pagi-pagi mulut dia dah berbau, tak gosok gigi lagi lah tu.
Shima: Amboi! sedarlah diri tu lebih muda dari Najwa, ada hati nak panggil adik
konon.
Olih sebab Sam dan Najwa agak rapat dan selalu berbual bersama..mereka telah menjadi bahan sindiran sebagai sepasang kekasih olih rakan yang lain. Sam membiarkan semua jenaka sahabat yang lain kerana dia menganggap ianya sebagai gurauan.
Azlah: Ni! pagi-pagi buta dah datang ni, ada hal apa?. Rindu kat kami ke?, atau
Najwa?.
Sam: Ngabehkan minyak ajer nak rindu kat ko orang. Tu sebab saya pakai basikal
kalau nak datang kesini.
Shima: Hek eleh! hanya ada basikal buruk tu ajer yang ader tapi mesti pakai minyak
juga. Kalau tak habis berkaratlah rantainya. Itu pun curi minyak baki goreng
ikan dari dapur kot. Nak beli jangan harap.
Sam; Jimat kak Shima, nak simpan duit, untuk buat hantaran kahwin. Nak pinang Kak
Azlah.
Azlah; Eluklah tu, nanti boleh kak buat kau jadi suri rumah tangga.Kau jaga rumah,
akak gi kerja, sebab akak lebih tua.
Sam: Najwa, saya macam terbau keropok lekor ajer, ada perasan tak?.
Najwa; Dah jangka dah, ni datang sebab nak tuntut janji dengan Kak lah. Pergilah
tanya dia. hehehe.
Azlah: Mana ada, dah habis, budu ada, kau nak? Ada banyak, nak buat mandi pun boleh.
Sam; Alah! kak Lah, sampai berpeluh kayu basikal ni, kan dah janji nak bawakan
sikit untuk saya.
Azlah: Sapa yang janji?, dia yang merayu-rayu meminta macam orang mengidam tu.
Hehehe. Orang kata dah habis, dah habislah.
Shima: Alah, siannya lihat adik kak, bagi ajerlah Azlah, karang merajuk tu.
Azlah; Biarkan dia merajuk nanti biar Najwa pujuk. Ada, tanya kat kekasih hati awak
tu, pagi tadi akak dah suruh dia bawa untuk kau.
Sam; Yahoo! tak kempunan hamba hari ini. Budu ada?
Najwa; Ada, dua botol. Boleh minum sampai mabuk. Tunggulah sampai kita orang rehat
jam 10 nanti boleh makan bersama.
Sudah hampir 2 tahun Sam dan Syikin berkawan,dan selalu keluar berhibur serta melepak bersama. Jika tiada keluar berhibur…Sam dan Syikin akan bergurau senda sambil menonton tv dirumah Syikin. Ibu dan Ayah Syikin amat baik dan mesra dengan Sam dan Sam amat pandai menjaga kelakuan dan tuturkatanya.
Ibu Syikin; Sam kamu kat sekolah kat VI tu dapat tawaran apa?. Dengar khabar sekolah
itu untuk budak-budak pandai sahaja.
Sam: Dulu saya duduk asrama Makcik, masuk ke sekolah itu pun kerana dapat
keputusan agak baik semasa peperiksaan Penilaian Darjah Lima.
Syikin: Dia ni budak cerdik mak.Duk pun Kelas paling atas.
Ibu Syikin; Dah tu kenapa sekarang tak duduk asrama lagi?, kan kah baik kalau masih
duduk disana dan boleh tumpukan pada pelajaran?.
Sam: Sajer jer makcik, masa tingkatan empat keluar dari asrama kerana hendak
temankan abang sepupu saya yang masih bujang masa itu.Sekarang dia dah
berkahwin.
Ibu Syikin; Sekarang dengar dah kerja buat batik pula, dah macam mana dengan sekolah?.
Tak terganggu kah pelajaran nanti?.
Sam: Buat batik tu sambilan sahaja makcik, bila petang saya buat dan kekadang
disebelah malam. Lihat masa lapang lah. Sekolah tu sekolah juga. Menjualnya
abang dan kakak saya yang buat.
Syikin: Dia ni mak, pandai melukis, boleh cari makan dengan hanya melukis. Dulu pun
masa Ikin jumpa dia, sebab saya lihat dia sibuk melukis semasa tunggu bas
nak balik dari sekolah. Bila saya pergi tenguk dekat, rupanya dia lukis
gambar Ikin. Lepas itulah terus berkawan sampai sekarang.
Adik Syikin;Tulah sebab kak Ikin jatuh cinta pada dia sampai sekarang.
Syikin; Iskh! kau tu pandai sahaja, kita orang hanya berkawan sajalah. Kita orang
masih sekolah lagi, masih muda.Nak bercinta pula katanya.
Sam yang sedang membaca buku tersenyum mendengar celoteh adik Syikin itu, begitu juga Ayah Syikin yang duduk berdekatan isterinya, juga tersenyum.
Suatu hari Sam dan Syikin keluar bersiar-siar dan berhenti makan disebuah restaurant makanan segera. Selepas makan Sam pun cuba bertanya kepada Syikin tentang status persahabatan diantara dia dan Syikin.
Sam; Kin, saya tanya ko jangan marah ya, sebab saya lama dah nak tanya tapi awak
jangan marah atau ketawakan saya ya.
Syikin; Ada apa Sam, saya ada buat salah pada awak kah?. Atau ada perkara yang saya
masih tak tahu? Tak apa, tanyalah.
Sam; Saya malulah, Ah! tak apalah lupakan sahaja.
Syikin; Iskh! nak malukan apa, kitakan dah kawan lama, saya pun nak tahu juga. Kalau awak buat begini, saya pun akan tertanya-tanya, tak syoklah begitu.
Sam; Ok, saya nak tanya awak tentang hubungan kita ini, apa pendapat awak?. Itu sahaja yang saya nak tahu.
Syikin; Oooo itu sahaja, saya ingatkan apa tadi. Kita kan kawan baik,dan saya amat suka bersama awak. Awak baik, tak pernah cakap yang bukan-bukan atau kurang hajar seerti budak-budak lelaki yang sebaya awak.Ibu bapa dan adik beradik saya pun amat suka dengan awak.Jadi janganlah risau, saya akan terus berkawan dengan awak sampai bila-bila.
Sam; Mmmm saya maksudkan perhubungan kita, adakah hanya sebagai kawan atau bolih lebih dari itu, sebab, saya memang mula sayang awak sebagai kekasih saya. Saya minta maaf sebab berkata begitu.
Syikin; Oooo hal itu, baru saya faham. Sam, saya memang amat sayangkan awak, tapi saya tak sampai anggap awak sebagai kekasih saya, sebab kita masih terlalu muda, kita sebaya kan?. Baru 17 tahun dan kita masih belajar lagi.Saya rasa kita patut tumpukan hal pelajaran dahulu.Apa kata awak tentang pendapat saya itu?.
Sam; Betul tu saya setuju, tapi saya nak awak jadi pendorong semangat saya untuk berlajar serta saya akan berusaha untuk maju dan berjaya. Saya memang amat sukakan awak.
Syikin; Saya faham Sam,kita manusia biasa yang sedang menjadi orang dewasa tapi cuba awak fikir berapa lama selepas awak habis sekolah menengah, kemudian masuk universiti dan ambil Diploma dan kemudian Ijazah. Saya bercakap ni sebab saya yakin awak boleh berjaya kerana awak pelajar pintar. Kawan awak pun ada bagi tahu saya. Habis Universiti pun mungkin awak dah berumur 24 atau 25 tahun dan saya juga begitu kan?.
Sam. Betul awak cakap tu, tapi saya tak boleh kehilangan awak, harap awak faham.
Syikin; Saya faham dan amat percaya dengan apa yang awak kata. Saya tahu awak jujur dan baik, tapi awak juga kena dengar cakap saya jika awak sayang saya sebagai kawan awak. Sebenarnya saya sudah ada boyfriend tapi dia lebih 5 tahun lebih tua dari saya. Dia sudah bekerja tetap. Orang perempuan, tak sama dengan cara orang lelaki berfikir kakau soal perkahwinan atau jodoh. Mungkin juga selepas keputusan SPM tahun depan saya akan berkahwin jika keputusan peperiksaan saya teruk. Saya rasa teruk.
Sam: Tadi awak kata kita terlalu muda untuk berkasih, tapi kini awak kata nak kahwin pula selepas SPM tahun depan.
Syikin: Saya ini perempuan Sam, awak lelaki, tak sama. Mungkin awak akan faham sikit masa lagi. Apapun, saya hendak awak tumpu belajar dan saya akan tetap menjadi kawan awak dan perhubungan kita adalah seperti biasa. Tentang masa hadapan tu biarlah keadaan yang menentukan.
Sam; Ok, ok, saya faham dan minta awak jangan marah atau membenci saya. Saya juga minta maaf kerana bercakap begini.
Syikin: Tak apa Sam, saya faham tapi saya buat begitu sebab saya amat sayangkan awak dan perlajaran awak. Saya yakin awak boleh berjaya.
Sam; Terima kasih, jadi saya masih ada harapan lah?.
Syikin: Ya, tapi biarlah masa dan keadaan yang menentukan. Saya pun masih tak tahu apa akan terjadi kepada saya kemudian hari. Tapi kalau awak sayangkan saya dan keluarga saya, awak berlajarlah sungguh-sungguh sampai berjaya.
Sam: Ok, Kin, terima kasih, saya faham dan terima keputusan awak itu.
Syikin: Sam, saya nak bagi tahu awak yang boyfriend saya tu bernama Anizan, dia pemain bolasepak ternama dan selalu buat latihan berdekatan dengan rumah saya. Dia sejak kebelakangan ini selalu datang kerumah, tapi kebetulan tidak pernah bertembung dengan awak. Jadi kalau awak berjumpa dengan dia semasa awak berada dirumah saya janganlah awak marah atau cemburu.
Sam; Ok, ok.
Syikin: Kan saya cakap tadi, kami baru sahaja kenal dan masih belum amat rapat jadi masih belum tahu yang kami ini sesuai atau tidak. Tengoklah nanti. Mungkin saya tak ada jodoh dengan dia, tetapi ada dengan awak, siapa tahu. Yang penting awak mesti mencuba kerananya semua belum pasti lagi. Janji dengan saya yang awak mesti kuat berlajar dan terus berjaya. Saya kawan awak sampai bila-bila.
Walaupun malam itu hati dan perasaan Sam agak kecewa sebab Syikin tidak menerimanya sebagai kekasih, tetapi dia masih ada harapan dengan segala penerangan Syikin itu.
Malam itu Sam pulang kerumah agak lewat kerana asyik bermain game di Ampang Park dan Sam menumpang tidur diatas kusyen dirumah Syikin seperti kebiasaan bila ianya malam minggu. Pagi esuknya Sam akan pulang kerumah Amir dan melakukan perkejaannya melukis batik.
No comments:
Post a Comment