AHMAD BAHAROM CREATION

SILA BACA MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT.

NOVEL INI MASIH BELUM SIAP.

MASIH DI OLAH SERTA DIPERBETULKAN.


Sunday, 7 December 2014

1.1- SAM PATAH HATI


Sam sebenarnya amat kecewa dan bersedih serta terparanjat dengan penjelasan Syikin itu,tapi dia masih mampu mengawal perasaannya didepan Syikin malam tadi.Sam merasakan harapan sebenarnya tidak kesampaian iaitu memiliki Syikin sebagai kekasihnya, dan ini telah menyebabkan dia agak bersedih dan kekosongan. Hakikatnya, dia tetap keseorangan, tidak seperti sahabat-sahabatnya yang lain, sudah ada girlfriend serta kelihatan amat mesra.

Akibat kekecewaan terhadap Syikin,Sam agak murung dan kurang mood bila melakukan kerja dibengkel lukisan dan batiknya. Dia selalu termenung kerana patah hati.Dia merasakan bahawa Syikin menjadikan dia sebagai pilihan kedua itulah yang amat memilukan hatinya. Dia terasa bahawa dia tiada peluang lansung jika dia dianggap begitu olih Syikin dan dia rasa terhina.

Rohani; Hai! macam orang putus kasih ajer ni, bergaduh dengan Syikin ke? Muka sudah macam cekodok penyek ajer akak tengok.

Sam; tak adalah kak, cuma tak ada mood, sakit perut.

Rohani; Amboi! lamanya sakit perut, masuk hari ini, akak tengok dah 3 hari sakit perut kot. Ya lah sebab dah 3 hari tengok muka cekodok tu. Dah makan ubat?.

Sam; Belum, malas.

Rohani; Akak ada ubat, ko nak?.

Sam; Ubat apa?.

Rohani; Julap, mesti keluar semua isi perut kau tu. hehehehe.

Sam; Tu nak membunuh namanya hehehehe

Rohani; Orang kalau putus cinta masih ada caranya untuk menyelamatkannya, ia masih boleh disambung, ada tali istimewa sebagai pengikatnya.

Sam; Tali apa kak?.

Rohani; Tali Gantung. heheheheh

Sam; Akak ni orang serius ni, dia buat lawak pulak.

Rohani; Akak bukan serius lagi, berius-rius ni. Hehehehe. Jadi betullah kau ni sedang putus cinta?. Dengan Syikinke?.

Sam; yer! Dia sebenarnya dah ada boyfriend lain. Pemain bolasepak terkenal.

Rohani; Oooo patutlah, Tulah,bergirlfried nak yang cantik sahaja, perempuan macam itu ramai yang berminat, terutama orang ternama, pantang tengok perempuan cantik, mulalah nak menekel. Kalau begitu, ko kena berusaha menjadi orang yang terkenal.

Sam; Mana adil, orang terkenal sahaja dapat bini cantik, kekadang kita tengok mereka tu bukan juga senonoh rupa mereka, tapi dapat bini dan girlfriend Pergh!!!! cantik gila.

Rohani; Tulah ko kena berusaha dan belajar pandai-pandai dan jadi orang terkenal untuk dapat girlfriend yang cantik dan mengancam.

Sam; Tak per kak, Sam nak belajar dan bekerja kuat untuk jadi orang terkenal nanti, lepas itu nak eksyen kat Syikin dan cari girlfriend lebih cantik dari dia.

Rohani; Hal nak berusaha untuk jadi orang berjaya dan terkenal tu akak, sokong, tapi bab nak cari orang yang lebih cantik dari Syikin tu akak rasa tak betul, sebab muka ko pun bukan hensem sangat.

Sam; Kak! jangan hina Sam macam itu,nantilah, Sam akan buktikan.

Rohani; Hal perempuan cantik yang suka Sam masa dah kaya dan terkenal tu akak kata tak berkenan. Mereka ni selalunya hanya fikir hal duit ajer, mungkin bila mereka jumpa orang yang lebih kaya dan terkenal dari Sam nanti, mereka akan tinggalkan Sam juga.

Sam; Iskh! akak ni ada-ada sahaja.

Rohani; Akak bercakap betul, Jangan asyik nak cari yang cantik sahaja. Cari yang baik dan setia.

Sam; Kak, kalau perempuan tua sikit dari kita bagaimana?.

Rohani; Boleh juga, kalau dah suka sama suka dan niat baik, ok ajer. Kau nak tak akak kenalkan dengan seorang wanita cantik tapi tua sikit dari Sam. Dia ni memang terkenal sehingga orang gelarkan ratu cantik. Punyalah cantik, kalau berjalan tu, semua orang lelaki dan perempuan akan pandang dia.

Sam; Boleh gak. Dia kat mana kak?.

Rohani. Hai, selalu kau lihat dia, Si Temoh yang ada kat kampong ini, kalau berjalan asyik dengan payung merah tu. Hihihihihi.

Sam; Chit!!!! SiTemoh tu nak buat aper?, dia tu gila, Tengok ajer gincu dan mekapnya, pergh!!!!! macam langsuir. Hihihihihi.

Usikan Rohani itu membuatkan Sam ketawa dan mereka masih terus membuat kerja-kerja melukis dan Rohani mewarnakannya.

Sam: Kak, masa kakak kawin dengan abang Amir dulu, umur kakak berapa yer?.

Rohani: Iskh! tanya pasal kahwin ni apa pasal?, kau nak kahwin ker?.

Sam; Sajer tanya, tak boleh ker?

Rohani: Masa itu akak umur 19 tahun dan abang Amir ko 23 tahun. Naper?

Sam; Tanya pun tak boleh?

Rohani: Bukan tak boleh, tapi pelek. Kau nak kahwin ke? Sekolah pun belum tamat, dah berangan nak kahwin.

Sam; Siapa pula kata nak kahwin, saja nak tahu. Rupanya akak ini gatal jugalah kiranya, sebab baru umur 19 dah nak berkahwin. Naper tak tunggu umur 24 kah,atau tua sikit baru kahwin?.

Rohani; Kakak orang perempuan, mana boleh sampai tua tak kahwin, nanti orang tak nak langsung. Ko budak-budak mana tahu. Pandai ajer kata orang gatal pula.

Walaupun Sam amat kecewa dengan Syikin dia tetap pergi kerumah Syikin seperti biasa untuk melawat keluarga Syikin seperti dahulu juga. Dalam seminggu sekurang-kurangnya sekali mesti Sam pergi kerumah Syikin. Walaupun telah mengetahui Syikin menolaknya tetapi Sam masih tetap Rindu dan masih tak bolih melupakan Syikin.Dalam hatinya masih menaruh harapan untuk Syikin.

Sam: Assalammualaikum.

Ibu Syikin; Oh! Sam. Masuklah, Syikin, Sam datang ni.

Syikin: Oh Sam, masuklah, kebetulan Anizan ada datang, marilah berkenalan.

Sam; Yer ke?. Ok lah.

Sam menanggalkan kasutnya dan memasuki rumah.

Anizan; Hai! Apa khabar Sam?. Saya Anizan.

Sambil bersakaman dan diperhatikan Syikin dan Ibu Syikin yang tersenyum.

Sam; Aik! dah tahu nama saya?. Ini mesti Ikin yang bagitahu.

Azizan; Ya, Syikin yang bagi tahu, dia banyak cerita hal awak pada saya. Teman melepak dan hantu main game.

Sam; Ikin gitulah, mulut celupar, hehehehe.

Syikin; Sapa mulut celupar, kau ke aku?. Kau lagi lebih. Ok mari kita minum dulu.

Syikin, Anizan dan Sam pergi menuju kemeja makan tetapi Sam hanya mengambil air minum dan meminta diri untuk duduk bersama Adik Syikin ( Galo ) yang ada disana menonton TV.

Sam; Galo sihat tak? Mama dan Ayah mana?.

Galo; Sihat, mama dan Ayah ada kat atas kot, mungkin dah nak tidor. Nak panggilkan mereka kah?. Eh! abang ni, tak pernah tanya orang sihat ke tidak sebelum ini, tetiba tanya?. Abang sakit ya?.

Sam; Mana ada sakit, sihat ajer. Kalau sakit tak akan datang kesini.

Galo; Tahu, tadi masa nak datang, tak sakit. Bila masuk rumah ini jatuh sakit. Sakit hati tengok Kak Ikin sedang date dengan boyfriend.

Sam; Iskh! apa Galo cakap ni! Tak adalah. Abang dah tahu, Ikin dah bagi tahu abang sebelum ini.

Galo; Abang Sam ni betullah, girlfriend dia diambil orang masih buat tak tahu sahaja. Kita orang pun bukan suka sangat dia tu, nampak sombong dan membangga diri ajer. Lagipun abang Sam lebih hensem dari dia.

Sam; Kau ni, cakap tu jaga sikit, nanti dia dengar, nanti berasa hati pula dia.

Galo; Kenapa dia bercakap macam itu, lain ajer bunyinya. Galo rasa dia bukan orang Kuala Lumpur lah. Orang Batak kot.

Sam; Apalah kau Galo, Abang rasa dia ni orang Kelantan atau Trengganu kalau tak silap, orang Batak pula katanya. Nanti abang bagi tahu dia yang kau panggil dia batak baru tahu.

Galo menampar dan mencubit peha Sam.

Sam; Adoi! sakitlah.

Masa itu Syikin dan Azizan yang sedang berborak berpaling dan memandang kearah Sam dan Galo sambil tersenyum.

Syikin; Zan, tengok dia orang tu, bergaduh ajer tak sudah-sudah.

Galo; Kami bukan bergaduhlah, Abang Sam ni, dia sakit, ups!,(ambil menutup mulut) Sakit peha kena cubit.

Sam; Galo, kalau bercakap tu hati-hati sikit, nanti malu abang.

Malam itu hampir sejam lebih Sam berada dirumah itu, tetapi sedikit pun tidak bercakap dengan Syikin kerana Syikin asyik berborak dengan Azizan. Sebenarnya Sam amat terguris dengan keadaan itu tapi dia cuba selindungkan dengan muka selamba sambil berborak dengan Galo dan menonton TV. Dia merasakan Syikin sudah tidak mempedulikan dia lagi.

Suatu ketika, Sam terpandang Syikin sedang mengesatkan bekas makanan dimulut Azizan dan masa itu perasaan cemburunya membara dan dia terus bangun dan berkata kepada Galo;

Sam; Galo, abang dah nak balik ni, dah malam sangat.

Galo: Aik! ingatkan abang tidur kat sini, besuk ajerlah balik.

Sam; Besuk abang malas nak tergopoh-gapah nak bangun pagi untuk balik kerumah dan bersiap untuk pergi sekolah. Biarlah abang balik dulu.

Syikin yang terpandang Sam bangun itu bertanya,

Syikin; Sam nak kemana tu, takkan nak balik dah.

Sam; Tak apalah Kin, besuk senang nak siap bangun pagi untuk pergi sekolah. Kita jumpa esuk ajerlah yer!.

Syikin; Oklah, pagi esuk saya tunggu.

Selepas bersalam dengan Azizan, Sam pun keluar untuk pulang dengan basikal lumbanya. Hatinya sedih dan kecewa kerana malam itu, kali pertama dia merasa cemburu dan kecewa terhadap Syikin.

Pagi itu Sam datang awal sedikit keperhentian Bas untuk pergi kesekolah. Tak lama lepas itu dia melihat Syikin tiba dan dia memerhatikan dari jauh sambil bersandar dipondok perhentian bas itu. Syikin pun datang menghampiri Sam.

Syikin; Lama sampai?.

Sam; Tak juga, tapi tadi bangun awal jadi datang awal.

Rokiah; Biasa kita yang tunggu dia. Hari ini dah rajin datang awal.

Sam ketawa kecil dan selepas itu Bas pun sampai dan Sam masih seperti biasa, mengambil bag sekolah Syikin dan berebut naik bas dan menggunakan teknik biasanya bagi menghalang orang kain untuk menduduki tempat duduk yang dikhaskannya untuk Syikin.

Hari ini Sam amat kurang bercakap dengan Syikin kerana dia merasa masih terasa dengan kejadian malam tadi. Syikin pun begitu, dan nampak seperti dia amat mengantuk. Sam berfikir yang Syikin amat mengantuk mungkin kerana tidur lewat kerana asyik bercakap dengan Azizan hingga larut malam.

Sam; Jam berapa Azizan balik malam tadi Kin?

Syikin; Hampir jam 2 pagi. Galo yang menemankan kami pun sampai tertidur depan TV. Tulah sebab hari ini rasa amat mengantuk. Kalau tiada peperiksaan hari ini, dah tentu Ikin ponteng.

Sam; Tulah dah tahu ada peperiksaan, tidur lewat. Nanti mengantuk dan mungkin tak dapat jawab soalan.

Syikin; Azizan kata yang dia akan mula berlatih dipadang dekat dengan rumah Ikin bermula minggu depan dan mungkin dia akan selalu datang kerumah untuk bersembang-sembang sebab bosan. Sam datanglah dan berborak dengan dia tu, dia peramah orangnya.

Sam; Minggu depan Sam ada pepriksaan dan mungkin sibuk nak ulangkaji. Kalau ada masa saya datang, tapi kalau saya tak datang, awak tak kesunyian dah, Zizan ada untuk temankan awak sekarang.

Syikin; Aik! macam cemburu jer bunyinya, Sam marah kah?

Sam; Taklah, Sam faham. Kalau Sam marah, takkan masih bersama pergi sekolah dengan Ikin. Saya ok,ikin jangan risau.

Syikin; Sam carilah mak we baru, tentu ramai yang berminat nak jadi girlfriend Sam.

Sam; Ikin dah hilang akal ya. Semua dah tahu dan nampak Sam berkepit dengan Ikin siang dan malam, mereka semua ingat kita ni couple, mana dia orang hendak dimadukan.

Syikin; Ko ni ada-adalah Sam. banyaklah madu kau.

Sam; Sekarang pun dah kena madukan, hahahahaha.

Syikin; Iskh! ada pula begitu, kan kah Ikin dah bagi tahu semuanya tempuhari. Sam masih tak faham kah?

Sam; Faham, no prblem. Tapi tentulah lama untuk tunggu Ikin jadi janda baru boleh Sam ada peluang. heheheheh.

Syikin; Tak baik cakap macam itu. Macam berdoa juga tu.

Sam; Ma'af Kin, tak sengaja, nak bergurau ajer.

Syikin; Tahu.

Seminggu selepas itu, Sam mendapat tahu bahawa abang sepupunya Amir dan Rohani hendak berpindah kerumah baru di Selayang dan akan membuat perusahaan Batik yang lebih selesa disana berbanding tempat sekarang yang terlalu sempit kerana tiada ruang untuk diperbesarkan lagi.Mungkin lagi dua minggu lagi Amir dan Rohani akan berpindah dan Sam terpaksa mengikut mereka berpindah sama.

Sam; Ikin, mungkin Sam kena ikut abang Amir dan Kak Rohani akan berpindah keSelayang sikit masa lagi. Jadi kita mungkin tak boleh naik bas bersama lagi kerana kalau nak keselayang, kena naik bas lain, jauh pula dari stesyen yang kita biasa naik.

Syikin; Lecehlah macam ini, tentulah Ikin akan kena himpit bila nak naik bas nanti. Kalau begitu, Sam duk rumah Ikin ajerlah.

Sam; Mana boleh sebab Sam terpaksa buat Batik kat sana. Mungkin juga sudah payah nak lepak kat rumah Ikin kerana sekarang sudah amat jauh, payah nak berulang alik dengan Basikal.

Syikin, Aduh! susahlah Ikin macam ini.

Sam; Susah nak naik bas sahaja, tapi sunyi tak kot sebab Azizan dah ada buat teman.

Syikin; Itu lain, dia bukan boleh temankan Ikin pergi sekolah.

Dua minggu selepas itu Sam mengikut abangnya berpindah ke Selayang. Sam dan Syikin sudah tidak bertemu lagi setelah tamat masa sekolah kerana mereka terpaksa menaiki Bas yang berlainan tempat, serta berjauhan kedudukan tempatnya. Sam sebenarnya sudah agak tawar hati hendak berjumpa dengan Syikin dan itulah yang membuat dia tidak berapa bersungguh-sungguh untuk tujuan tersebut.

Satu perkara yang membuatkan Sam bertambah patah hati ialah pernah dua tiga kali Sam menalipon Syikin untuk mengajak dia pergi berjalan-jalan dihujung minggu, Syikin menolak sebab katanya dia ada date dengan Azizan minggu itu dan ada juga semasa Sam menalipon, Galo berkata yang Syikin telah keluar dengan Azizan.

Selepas itu, Sam tidak lansung berminat untuk pergi kerumah Syikin kerana dia amat terasa hati kepada Syikin yang membuatkan dirinya seperti alat dan sandaran sahaja. Sam merasakan yang dia tiada langsung peluang untuk bersama Syikin lagi.

Sam sedih dan kecewa dengan perkara yang berlaku diantara dia dengan Syikin, dan dia keresahan dan agak murung. Dia amat kurang tumpuan pada pelajaran dan selalu ponteng sekolah serta kerjanya membuat Batik pun selalu tergendala.

Rumah baru Amir dan Rohani sekarang agak dekat dengan Pusat latihan dimana Najwa dan sahabatnya dari Trengganu berlatih. Jadi Sam lebih kerap pergi melawat mereka jika berasa bosan dan tertekan.

Sam; Assalammualaikum. Semua sudah mandi atau belum?.Banyak langau kat sini nampaknya. Ni mungkin sebab kuat bau budu kak Azlah lah ni.

Azlah; Laaaa biawak kabok datang. Patutlah bau bangkai. Tak kerja hari ini?.

Najwa; Kalau dia ada kerja, takkan boleh datang kesini. Tu mesti ada yang dicarinya, makan free.

Sam; Pagi buta semua orang dah buat dosa kering ngata saya. Hello daling, ada baki sarapan lagi tak? ( Kata Sam sambil mendekati Najwa)

Azlah: Darling korak mu Sam, dia tu dah ada boyfriendlah.heheheh Najwa jangan buat baik dengan dia tu, mesti ada hajat tu. Dah tahu sangat perangai dia.

Sam; Apalah kak Azlah ni, Saya datang dengan niat baik pun kena kutuk. Cubalah buat baik dengan adik hensem ni.Kot-kot boleh buat adik ipar ke atau paling malang boleh buat suami.

Azlah; Manalah akak ada adik, Shima, ko ader adik tak?

Shima; Ada tapi kak tak relalah adik kak bagi kat Sam.Takut kematu punggongnya asyik naik basikal.

Semua mereka yang sedang bekerja itu ketawa termasuk Najwa.

Sam: Tak nak pun tak per, Najwa ada, kan Najwa? hehehe

Najwa: Saya pun tak ingin.

Azlah; Alah! Najwa tu mulut aja tak nak, tapi bila Sam dua tiga hari tak datang mulalah asyik bertanya, mana Sam tak datangni, merajuk kot. Hehehehe.

Najwa; Mana ader! Kak Azlah ni pandai ajer.

Shima: Najwa akak pun ada dengarlah, memang pun.

Sam; Biar betul, Tak sia-sia saya panggil dia darling,.Hahahahah

Najwa yang merasa malu cuba hendak menendang kaki Sam dan secepat kilat Sam berundur mengelakkan tendangan Najwa itu.

Begitulah keadaan Sam selang beberapa lama..malah kekadang dia akan bertandang kerumah sewa Najwa dan rakan-rakan yang lain untuk berborak dan bergurau. Lama kelamaan mereka menjadi amat mesra dan sering keluar bersiar-siar bersama. Najwa juga selalu mengikut Sam kebengkel batiknya dihujung minggu dan membantu Sam membuat kerja.

Sam mula ceria semula dan bertambah rajin bekerja. Kemesraan Sam dengan Najwa dan rakan-rakan yang lain telah membuatkan Sam mengajak semua mereka pergi berkunjung kerumah Ibu bapa Sam dan Najwa pun ikut sama. Najwalah tempat Sam sekarang berhibur dan bermanja dan mereka mula berjalan bersama untuk santai dan berhibur.

Tidak kira siang atau malam ,jika ada kelapangan mereka akan berduaan…malah bila Sam balik kekampung Sam pun bersama. Pernah mereka sampai kerumah ibu bapa Sam jam 2 pagi… Olih kerana Sam begitu rapat dengan Najwa…pernah ayah Sam menyuarakan kepada dia agar mengambil Najwa sebagai isteri sekiranya Sam sudah mampu.

Suatu hari seperti biasa Sam melawat Najwa dan sahabat-sahabatnya yang sedang bekerja dibengkel latihan mereka.

Shima: Najwa itu Sam datang. Panjang umurnya, bila kau sebut ajer, dia muncul.

Najwa; Eluklah tu, sebenarnya saya yang talipon dia tadi. Nah! ini surat tawaran itu, kak Azlah tolong bagi tau dia. Saya ni tak pandai nak bercakap dan terangkan padanya. Tak pandai bercakap.

Sam; Hah! mana Darlin saya?, tadi talipon dan merayu-rayu berkata nak berjumpa kerana amat rindu. Ni Abang datang.

Azlah; Abang korok mu Sam, sedarlah diri tu muda berdecit lagi,baling dengan selipar karang baru tahu.

Sam; Kak Azlah memang dengki sebab saya tak mengorat dia,tu yang marah sangat tu.

Azlah; Banyaklah mengorat kau, Hah! mari duk dekat akak tiri kau ni, ada cerita baik ni. Najwa kekasih kau yang bagi kat kak surat ini.

Sam; Laaaa, surat cinta dia buat apa nak tunjukkan kat saya pulak?.

Najwa; Bukan surat cintalah, itu surat orang yang minta carikan pekerja lah.

Azlah; Banyak tanya pula, duk sini lah, biar akak terangkan. Ni ada taukeh besar dari Trengganu yang mencari orang Pakar dalam pembuatan Batik Canting untuk menjadi Pengurus dan mengajar mereka cara untuk membuat batik macam kau buat tu disana.

Sam; Aik! kat sana masih belum ada seperti yang ini kah?.

Najwa; Mana ada lagi, kat Kelantan pun belum ada. Kami ini pesukan pertama yang dihantar kesini sebagai pelatih.

Azlah: Hoi!, dengarlah sini, dia suruh orang bagi tahu, dia pula membebel. Orang ni tawarkan gaji sebanyak RM 1,500.00 sebulan dan tempat tinggal percuma. Ko nak tak Sam?.

Sam; Fuyo! lumyannya, boleh kaya kalau begitu. Sekarang pun kalau ada PHD pun baru dapat RM 1,750.00 sebulan. Memang lumayan, tapi Saya mana ada kelulusan?

Azlah; Tak payah kelulusan, asalkan pandai buat Batik Canting sahaja, Kau nak tak?.Kita orang ni kalau pandai, dah tentu tak tolak lagi. Ini pun dah pening dan tak pandai-pandai lagi. Kau tu memang layak sebab kau memang handal melukis dan mereka. Kita ini, nak ikut pun masih terkial-kial lagi.

Sam; Payahlah kak, saya dah buat kerja dengan abang saya dan walaupun pendapatan tak sampai begitu banyak tapi kalau saya tak ada, tentulah dia susah nanti. Lagi pun tempat itu jauh sangat dan mungkin saya akan kesunyian nanti sebab tiada orang yang kenal.

Najwa; Tak apa Sam, rumah saya tak jauh dari tempat yang dirancangkan sebagai pusat latihan itu. Awak boleh tinggal kat rumah saya dan boleh naik basikal sahaja pergi bekerja. Lagi pun abang saya ada dan dia boleh dibuat kawan dan bantu awak ketika disana nanti.

Azlah; Hah! Darling kamu dah offer tu, lagi pun kami semua akan pulang dalam masa dua bulan lagi selepas tamat berlajar. Boleh kita orang kawankan kamu disana nanti.

Najwa: Kalau orang pandai macam kamu, banyak peluang dekat sana, malah mungkin boleh buka perusahaan sendiri disana, tentu maju sebab tak ada lagi orang buat.

Sam; Oklah, nanti saya fikirkan. Nak tanya pakar tentang hak ini.

Najwa; Nak tanya siapa?

Sam; Mak dan Ayahlah.

Azlah: Nah surat ini, didalamnya siap alamat dan nombor talipon taukehnya, ko rundinglah sendiri dengannya. Tunjukkan kepada ayahanda dan bonda kamu.

Sam mengambil surat itu dan setelah berborak dan bergurau senda, masa berehat tengahari itu pun tamat. Najwa dan sahabat-sahabatnya kembali bertugas dan Sam pun pulang kerumah.

No comments:

Post a Comment