AHMAD BAHAROM CREATION

SILA BACA MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT.

NOVEL INI MASIH BELUM SIAP.

MASIH DI OLAH SERTA DIPERBETULKAN.


Tuesday, 9 December 2014

1.3- MAKAN LAKSAM

Bas sampai kedistinasi nya dan Sam turun dari bas tersebut dengan satu perasaan segar dan bercampur teruja kerana itulah pertama kali dia menjejakkan kaki kesuatu tempat yang amat jauh dari kampong halamannya. Matanya masih segar walau pun dia hanya tertidur seketika semasa didalam perjalanan tadi dia tidak dapat melelapkan mata kerana asyik terjaga kerana hentakan badan bas.

Dalam bas tadi,bila sahaja terjaga dia dapati bas masih bergerak, dia akan memandang keluar tingkap bas untuk melihat suasana diluar. Apa yang kelihatan adalah kegelapan malam dan sesekali kerdipan sinaran lampu dari rumah kediaman dan pekan kecil yang dilintasi olih bas tersebut. Tidak satu tempat atau lokasi yang diketahui olih Sam kerana ianya adalah satu arah perjalanan baru yang Sam lalui.

Semakin hampir dengan destinasi..Sam amat teruja kerana dia dapat melihat pandangan kabur kearah laut serta bayangan pantai yang amat cantik. Dia juga melihat banyak kerdipan lampu ditengah laut yang menandakan nelayan masih berada ditengah lautan yang luas. Dia juga dapat melihat buih putih yang berlari menuju pantai dalam sinaran cahaya bulan yang tidak berapa terang pada malam itu.

Sebaik sahaja dia menuruni bas tersebut..Sam lihat ramai juga orang yang berada ditepi bas tersebut seperti mereka menunggu seseorang dan juga terdapat beberapa lelaki yang asyik bertanya sesuatu kepada penumpang bas yang baru turun dari bas tersebut.Fahamlah Sam bahawa mereka itu adalah pengayuh beca dan kereta penumpang yang mencari pelanggan yang ingin menyambungkan perjalanan untuk sampai kerumah mereka.

Sam pergi ketempat simpanan bargasi bas untuk mengambil bag pakaiannya tetapi terdapat seorang wanita berumur yang terkial-kial berusaha untuk menarik bag lusuhnya yang tersangkut diantara bag penumpang yang lain.

Sam; Makcik nak ambil beg kah?.

Perempuan tua; Yer! mokcik ada letok kat sini semalam tapi doh dok nampok, hilang kot! Beg warna meroh belang puteh, alah, macang beg Jabir tu, tapi beso. Hah! tu dia pong. Awang tulong ambik kang.

Sam yang nampak beg tersebut terus menarik beg plastik yang berwarna merah dan puteh itu lalu memberikan kepada makcik itu.

Perempuan Tua; Aloh! terima kasih lah Awang oi, susahnya kalau letok beg kat dalam Pantat Bas ni, nok bawok naik atas beso sangat.

Sam kehairanan dan menggaru kepala kerana hairan mendengar perempuan itu memanggil dia Awang dan kemudian mencarut dengan menyebut Pantat. Kalau ditempatnya Awang itu selalunya nama gelaran monyet atau beruk peliharaan dan pantat itu adalah bahasa mencarut.

Sam merasakan sekarang terlalu awal untuk dia mencari tempat kerjanya dan dia mahu berjalan sekeliling Bandar itu dahulu sambil mencari sarapan pagi. Dia berjalan menyusuri kedai-kedai kecil yang diperbuat dari kayu dan kekadang ada juga beberapa bangunan batu yang kelihatan. Dalam hati Sam menyatakan walau pun ianya sebuah Bandar tetapi ianya amat kurang maju berbanding dengan Kuala Lumpur..

Sam terus berjalan walaupun ada beberapa pengayuh beca yang mempelawa dia untuk member khidmat serta bertanya destinasi Sam. Sam menolak semua ajakan dengan member isyarat jari seperti kaki orang berjalan.

Akhirnya Sam berhenti disebuah gerai makanan yang dipenuhi olih pelanggan kerana dia yakin bahawa gerai yang ramai pelanggan mestilah yang amat disukai olih orang ramai kerana kesedapan makanannya.

Sam melabuhkan punggongnya kekerusi kayu panjang dan menghadap meja yang dipenuhi berbagai jenis juadah makanan. Dia memerhatikan semua makanan yang berbagai jenis itu dan tertarik dengan maknanan yang berbungkus plastic terang yang seakan-akan kueh Tiaw dan mempunyai Bungkusan kuah yang di sertakan lada giling dan belacan.

Diambilnya makanan tersebut dan bertanya kepada seorang tua yang sedang menghirup teh susunya yang berada dihadapan bertentangan dengan tempat dia duduk.

Sam; Pak cik, Apa nama makanan ini? Nampak macam laksa sahaja.

Orang Tua; Eh! Awang ni bukan orang sini yer?

Sam; Saya baru sampai pagi ini dari Kuala Lumpur, tapi nama saya bukan Awang pakcik, nama saya Hisyam, orang panggil Sam sahaja.

Orang Tua; Tahulah nama mu bukang Awang, tapi orang sining panggil orang muda macam kamu ini dengan pangilang Awang ajer kalau dok kenal namanya. Wah! orang Kolompo rupenyer, nok sebut nama pong macang orang puteh, Sam.

Sam; Ya pakcik, dah biasa orang panggil saya Sam, eh! apa nama makanan ini pakcik?.( Sam dari tadi masih memegang laksam itu dari tadi)

Orang Tua; Itu orang panggil Laksam disini. Kalau nak makang, kena campur dengan kuohnya dulu dan kemudiang campurkan lada dan belacang tu sekali. Lepas tu makang lah.

Sam; Makan gitu jer pakcik?, tak payah masak lagi kah?

Pakcik Tua; Mu ni gok Awang, darat sungguh. Benda tu doh masok doh,tinggal makang ajer. Gi ambik pinggang kat dinung.

Sam; Eh! saya tak faham lah pakcik. Apa tu darat dan apa itu dinung yang pakcik cakapkan tu.

Pakcik Tua; Mu ni, darat tu maknanya Jakung, kau tu macang tak pernoh makang Laksam, Dinung tu maknanya disana. Hah! gi ambik pinggang tu. ( sambil menunjukkan susunan pinggan yang tidak jauh dari Sam)

Pakcik Tua; Mu doh oder air ke?

Sam; Belum pakcik. Saya nak teh tarik satu.

Orang Tua; Woit! Taukeh, buatkan budok Kolompo ni Teh Tarik se. ( Jerit pakcik itu kepada lelaki yang sedang sibuk membuat air minuman dan lelaki itu menganggokkan kepalanya)

Sam mengambil pinggan, sudu dan garpu lalu mengisikan laksam tersebut kedalamnya dan dia mula makan. Sam terhenti memakannya lalu memandang kepada pakcik tadi.

Pakcik Tua; Hok aloh! Awang oi!, gaul lah dulu lada dan kenyek belacang tu bio rate, barulah makang.

Sam; Kenyek tu macam mana?

Pacik tua itu menggeleng kepalanya dan mengambil pinggan Sam lalu menggaul serta menghancurkan belacan yang ada sehingga laksam itu berubah warna menjadi merah coklat. Selepas itu dia memberikan pinggan tersebut semula dan Sam mula memakan laksa tersebut.

Selepas Sam memakan sesuap Laksam itu dia pun termenung dan menyapu kepalanya serta seperti hairan.

Pakcik tua; Ngape Awang, dok biasa makang? Mu ingat macang laksa penang?

Sam; Lainlah rasanya pakcik, tak pernah rasa lagi.

Pakcik Tua; Gaul dan kenyek belacang pun mu dok reti, nak kate pernoh makang pendenya.Hehehehe.

Sam cuba memakan laksam itu tapi masih tidak bolih habis, dan dia hanya minum Teh Tariknya. Selepas membayar semua makanannya dan pakcik yang membantunya, Sam bertanya kepada Pakcik itu.

Sam; Pakcik, saya ni mencari Hospital Besar Kuala Trengganu, kat mana arahnya kalau saya nak pergi kesana.

Pakcik Tua; Mu jalang terus jalang depang tu, Gi terus dan mu jumpa Masjid beso. Dekat situlah ada Hospital Beso. Kalau tak tahu lagi, tanyalah orang kat situ pulok.

Sam; Terima kasih.

Selepas bersalaman dengan Pakcik tersebut dan beberapa pelanggan kedai itu, Sam pun berjalan mengikut arah yang di tunjukkan oleh Pakcik tersebut.

No comments:

Post a Comment