Sam telah pulang kekampungnya untuk bertanyakan kepada ibu bapanya pendapat mereka tentang tawaran tersebut.
Bahar; Memanglah Sam, memang lumyan tetapi boleh kah menjamin masa depan kamu. Abah nak lihat kamu berjaya dalam perlajaran dahulu. SPM dah dekat, baik kau tumpukan pelajaran kau dahulu.
Rohana; Betulah kata abah kau tu Sam, belajar dahulu.
Bahar; Kalau boleh, kerja dengan abang Amir kau tu, kurangkan sikit dan tumpukan pada pelajaran dahulu.
Sam; Abah, sebenarnya saya kalau luluspun dalam peperiksaan pun masih akan memilih sebagai Pelukis untuk dijadikan pekerjaan dimasa hadapan. Sam minat sangat nak menjadi pelukis terkenal dimasa hadapan. Lagi pun ramai cikgu sekolah dan kawan-kawan yang menyatakan saya amat berbakat serta boleh maju dengan minta melukis saya itu.
Bahar; Betul kau abah lihat memang pandai melukis, sehingga Pak Saudara kau yang menjadi Guru lukisan tu pun mengakui dan berkata yang kau ini memang berbakat besar,Tapi biarlah habis SPM dahulu dan barulah cari kerja jika keputusan tidak memberansangkan.
Sam; Abah tengok surat tawaran ini, gaji awal sahaja sudah RM 1,500.00. Mana nak dapat macam ini sekarang?, kerja kilang pun hanya dapat RM 300.00 sebulan sahaja sekarang ini. Kalau Sam tak ambil, mungkin orang lain yang ambil.
Rohana; Wah! lumayan juga abahnya, betul juga, lagi pun eluk juga Sam duduk disana dari di Kuala Lumpur. Dengar khabar orang disana alim-alim serta kuat berugama. Bolehlah Sam belajar Agama sekali. Ramai juga orang kampung kita yang hantar anak berlajar Agama kat sana, lagilah, pergi belajar tapi tak ada kerja, hanya belajar dan berbayar pula tu.
Sam; Beginilah Abah, bagilah Sam mencuba dahulu bekerja, kalau bagus serta ada masa depan saya teruskan, kalau tak ada, saya janji akan berhenti dan sambung semula pelajaran.
Bahar; Oklah, kalau kau dah kata begitu, tapi betul juga kata mak kau tu, hal belajar Agama. Abah nak kau belajar Agama juga, dan abah rasa duduk di Kuala Lumpur tu, silap-silap kau boleh hanyut suatu hari nanti. Jadi pasal peperiksaan SPM kau tu, kau tak ambilah tahun ini?.
Sam; Begitulah, tapi saya berjanji, jika rancangan ini tak ok, saya berlajar semula.
Bahar; Kalau begitu, kau cubalah dapatkan pekerjaan itu dahulu sehingga sah dapat.Dan lagi satu, Abah tak ada duit nak bantu kau untuk buat belanja atau persediaan untuk kau membeli persediaan keperluan untuk tinggal disana. Nak juga ada kelengkapan kalau nak duduk sendirian.
Sam; Tak apa, kalau takat belanja tu adalah sikit dari pemberian abang Amir dan mungkin saya nak kenakan syarat untuk meminta wang pendahuluan sebagai perbelanjaan awal nanti dari Taukeh tu.
Rohana; Betul tu, Mak rasa kau juga kena berunding dan bercakap baik-baik dengan Abang Amir kau itu berkenaan perkara ini.
Sam; Tak apa mak, tahulah Sam cakapkan nanti.
Bahar; Hah! kalau begitu, kau uruskan biar semuanya jelas dan betul yang kau tu dapat kerja itu dan bila nak pergi, jangan lupa bagi tahu kami.
Sam; Baiklah abah, mak, Sam akan usahakan dan mungkin akan balik sebelum Sam nak pergi nanti.
Rohana; Kirimkan salam mak pada Najwa dan semua kawan-kawan kau dari Trengganu itu.
Bahar; Abah pun, sampaikan salam abah pada mereka. Ya tak ya juga, manalah tahu abah dan emak kau nanti boleh juga pergi ke Trengganu. Nak juga lihat negeri orang nanti.
Selepas itu Sam pun membuat perundingan dengan pihak yang menawarkan pekerjaan tersebut dan akhirnya Sam diterima serta dijanjikan wang pendahuluan sebanyak RM 500.00 sebagai saguhati untuk membeli semua barangan keperluan serta perbelanjaan awal.
Sam telah pergi kerumah sewaan Najwa dan rakan-rakanyan bagi memberi tahu keputusan rundingannya berkenaan tawaran tersebut.
Sam; Wa, saya sudah menalipon dan dan berunding dengan orang yang menawarkan pekerjaan itu dan dia sudah setuju untuk mengambil saya bekerja. Dia juga sanggup menyediakan tempat tinggal serta perbelanjaan awal jika saya sanggup bekerja dengan mereka.
Najwa; Alhamdulillah, Kak Lah, kak Shima! mari sekejap. Ada berita baik ni!
Azlah; Hah! apa hal? Oooo Sam pun ada. Apa citernya?
Najwa; Ni ha, Sam dah terima tawaran untuk bekerja di Trengganu. Dah sah pun.
Azlah; Yes, adik akak nak jadi orang Ganu lah ya?. Kalau begini senanglah kami bila balik ke Trengganu nanti, boleh minta tolong ajar dan bagi design baru kalau kami balik kesana dan ingin buka perusahaan Batik sendiri.
Najwa; Ah! kak lah ni, dia nak kerja dengan orang lain lah bukan ada masa nak tolong kita nanti.
Sam; Alah, kerja tetap kerja, kalau setakat tolong kakak-kakak semua, tak jadi masaalah. Sam akan bantu.
Najwa; Kalau kau dah habis mengajar dan berhenti kerja, bolehlah kita buat bisnes bersama. Rumah saya masih ada tanah kosong untuk buat kilang Batik. Luas juga kat belakang rumah tu.
Sam; Ok ajer, jadi boleh masuk duit.
Azlah; Aduhai! Najwa dah potong jalan dah, akak ingat nak ajak Sam jadi rakan kongsi, dan nak buat adik ipar. Habislah peluang akak, hehehehe.
Sam; Ooooo! baru sekarang nak buat baik ya?, dulu kutuk semacam.
Azlah; Dulu lain sekarang dah lain, dulu adik tiri, tapi sekarang bakal adik ipar.
Najwa; Amboi sedapnya kakak kita ni, kita dah book awal lah. Heheheh
Shima; Apa bising-bising ni, Akak tengah sembahyang pun tak senang. Ada hal apa?
Azlah; Ni, adik Sam nak jadi orang Trengganu, dia nak duduk disana.
Shima; Apa?, Sam nak kahwin dengan Najwa?. Baguslah gitu.
Najwa; Ah! keisan kak Shima tertinggal bas, dia dah terima tawaran untuk mengajar di Trengganu tu. Dah kompom pun. Ada pula kata kita nak kahwin dengan dia.
Shima; Oooooo! gitu, tapi kalau kahwin terus dengan Najwa pun baik juga. Sekarang pun akak lihat ko orang berdua ni dah macam belangkas. Kesana kemari asyik berdua. Orang macam Sam ini kalau buat perusahaan disana insyaalah boleh maju. Senanglah kau Najwa.
Azlah: Betul tu Sam, akak tadi bergurau sahaja. Manalah akak ada adik perempuan, adik lelaki adalah, kau nak? Memang akak nampak ko boleh maju disana. Kalau ko dah ada modal nanti, bukalah perniagaan disana, boleh juga kami menumpang bekerja nanti.
Sam; Alah! yang ini pun belum tentu, dah nak berangan. Kita lihatlah nanti.
Shima; Kau kerja dekat mana Sam?
Sam; Kata mereka tempat latihan itu betul-betul depan Hospital Besar Kuala Trengganu, Batik House namanya. Tuan punyanya Encik Mokhtar namanya, iaitu bekas Pengurus Besar Kraftangan Malaysia di sana dahulu.
Najwa; Betul tu, dia bekas orang kuat Kraftangan Malaysia, kita lihatlah apa yang kita pelajari sekarang ini amat berharga serta masih belum ada ditempat kita. Kalau tidak, masakan dia sanggup mengupah pakar dari luar untuk mengajar dia tentang Batik ini.
Azlah; Tulah, orang yang pandai macam Sam dalam bidang ini amat berharga dan mempunyai harapan yang sangat cerah.
Shima; Hah! Najwa, jangan lepas peluang, jagalah Sam baik-baik. Bertuah hidup kau.
Najwa; Ah! Kak Shima ni, kesitu pula fikirannya. Malu lah saya.
Sam; Kalau dah jodoh, saya tak kisah kak Shima, lagi pun Najwa orang baik, saya tahu.
Azlah; Kalau begitu pergilah rumah Najwa bila sampai kesana nanti, boleh berkenalan dengan keluarga dia.
Najwa; Saya dah bagi tahu dia, kalau payah sangat nak duduk bersendirian, boleh tumpang rumah saya. Selain dekat dengan tempat kerjanya, Abang saya ada, boleh buat kawan dia disana nanti. Lagi pun abang saya tu anak lelaki tunggal dalam keluarga saya.
Shima; Ha! Sam, Najwa dah offer dan buka jalan tu, ada can tu, heheheheh.
Sam; Kalau tak jadi masaalah, saya ok ajer kak Shima, betul tak kak Lah?. Tapi mungkin saya duduk di tempat yang telah disediakan untuk saya itu. Senang untuk bekerja.
Azlah; Eluk lah tu kau duduk kat sana, kau pun hantu Budu dan Keropok Lekor. Kau nak pergi bila Sam?
Sam; Mungkin minggu depan kot, tapi beratlah nak cakap dengan Abang Amir dan Kak Rohani. Mungkin dia akan terasa hati dan marah pada saya nanti.
Azlah: Abang kau dan isterinya tu dah ada kerja tetap, dia tak susah dah, tahulah dia ikhtiar kalau dia nak teruskan usahanya membuat Batik itu. kau kena fikirkan diri kau pula dan cuba mencari rezeki yang lebih baik.
Sam; Walau bagaimana pun saya tetap akan pergi dan terpaksa meninggalkan mereka kerana saya dah bersetuju dan berjanji dengan tawaran ini. Saya lihat pun Abang Amir pun sudah pandai buat batik sendiri.
Najwa; Sana best Sam, dekat dengan laut serta pantainya bersih dan luas, banyak pulau-pulau peranginan. Kau kata minat memancing.
Azlah; Bagus benar kalau kau ambil tawaran itu sekarang Sam , sebab kami semua ini hanya tinggal hanya sebulan lebih sahaja masa latihan disini. Lepas itu kami akan pulang kesana dan sambung latihan disana. Masa itu bolehlah kita bersama lagi, tentu kau tak sunyilagi bila dengar mulut kami ni.
Sam; kalau begitu,lagi bagus.
Sam masih berkerja bersama abang sepupunya dan dalam masa itu tempahan bertambah dengan banyaknya. Siang malam Sam terpaksa bekerja..Semakin hari semakin maju. Sam menjadi keliru dan selalu menilai kembali segala keputusan yang diambilnya itu.Pendapatan nya sekarang pun telah bertambah, malah sudah mula agak lumayan hasil pendapatannya.Sam serba salah, tetapi dia masih belum memberi kata putus kepada Amir tentang perkara itu.
Setelah memikirkan bahawa Najwa pun tidak berapa lama lagi akan tamat belajar dan dia dan rakan-rakannya akan pulang kekampung halamannya yang agak jauh itu…Sam pun bertekad untuk menerima juga tawaran tersebut.
Dia sudah mula rasa sayang pada Najwa dan takut kesunyian nanti. Sam sebenarnya adalah seorang yang amat kurang berkawan atau berpoya-poya seperti remaja yang lain kerana dia terlalu tumpukan bekerja dan hobbinya memancing ikan.
Hobbi memancing juga adalah sebagai salah satu tarikan untuk dia pergi kekampung Najwa… setelah mengetahui sebelum ini bahawa kampong Najwa adalah amat berdekatan dengan sungai dan laut. Dia suka berangan-angan memancing disana dan juga berazam untuk menjadi seorang penyelam disana nanti.
Setelah mengambil ketetapan tegas untuk pergi juga ke Trengganu, Sam pun berjumpa Amir dan Rohani untuk memberitahu mereka akan racangannya itu.
Sam; Abang Sam ada hal nak beritahu ni, Sam nak pergi ke Trengganu.
Rohani; Pergi dengan siapa?, kata Najwa lagi sebulan sahaja dia dah habis latihan disini.
Amir; Kau nak pergi dengan dia kah?. Iskh! kamu berdua ni abang rasa sudah amat rapat. Kesana kemari bersama, siang malam. Nak pergi rumah dia kah?.
Sam: Taklah, Sam pergi seorang sahaja.
Rohani: Ialah, orang dah ada duit sekarang, nak melancunglah. Eluk juga pergi melancung bagi melepaskan rasa kecewa tu. Harap-harap balik nanti dah segar dan boleh melukis lebih cantik lagi.
Sam; Taklah kak dan Abang Amir, saya dapat kerja disana, dan tawarannya lumayan juga.
Sam memberikan surat tawaran pekerjaan itu kepada Amir dan Amir senyap dan membacanya.
Amir; Kau dah fikir habis-habis Sam?. Memang lumayan tawarannya, tapi disana kau tu bekerja dengan orang, tapi disini kita berdua sebagai rakan kongsi dan abang rasa sikit masa lagi perusahaan kita akan lebih maju serta mungkin boleh dapat pendapatan yang lebih lumayan. Abang rasa ciptaan-ciptaan kau akan menjadi amat laris kerana sekarang pun sudah nampak hasilnya.
Sam; Tapi bang, saya sudah berjanji dan menerima tawaran tersebut. Najwa dan kawan-kawan dari Trengganu itu semuanya sudah tahu.
Amir; Kenapalah kau Sam, tak mahu berunding dengan abang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Susahlah abang kalau kamu tak ada, Abang dan kakak kerja, kalau tak, boleh juga cuba-cuba buat sendiri. Tapi hal sekolah ko macam mana?
Sam; Biarlah Sam cuba dahulu, kalau tak seronok atau tak lumayan sangat, nanti saya balik pula buat kerja sama abang.Hal sekolah tu dah cakap dengan Abah dan Mak dan mereka bersetuju.
Amir; Ok lah Sam, kau pergilah dahulu mencuba, lagi pun kau dah berjanji dan sudah menerima tawaran tersebut. Bila kau nak pergi?.
Sam; Tiga hari lagi, hari Sabtu malam Ahad.
Rohani; Betul kah Abah dan emak kau tahu tak hal ini?
Sam; Betul, dulu Sam dah balik kampung dan dah bagi tahu mereka. Petang ini pun nak balik lagi sebab sudah janji, kalau sudah betul nak pergi, kena bagi tahu mereka.
Amir; Eluklah kalau begitu. Abang dan kakak doakan kau berjaya.
Sebelum pergi Sam telah balik kekampung dan meminta restu ibu dan ayah serta datuknya. Datuk dan Ayahnya telah memberi wang sebanyak Rm 200.00 sebagai sebagai wang tambahan kepada Sam.
Setelah membeli semua kelengkapan yang agak banyak serta membeli tikit bas ..Sam hanya ada baki wang yang diberikan olih datuk dan ayahnya iaitu RM 200.00. Dia berazam dengan modal sebanyak itu dia akan menjadi lebih maju dan kaya. Itulah impiannya.
Tiba waktunya..Sam pun berangkat ke Kuala Trengganu. Sebelum pergi, Sam telah membuang dan membakar semua gambar-gambar serta barangan kenangan yang berkaitan dengan Syikin. Malah semua rancangan serta peregerakannya sekarang tidak langsung dia memberi tahu Syikin. Dia betul-betul patah hati.
No comments:
Post a Comment