AHMAD BAHAROM CREATION

SILA BACA MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT.

NOVEL INI MASIH BELUM SIAP.

MASIH DI OLAH SERTA DIPERBETULKAN.


Tuesday, 9 December 2014

1.4- JUMPA EMAK SAUDARA NAJWA.

Sam terus berjalan dan akhirnya berjumpa dengan sebuah gerai yang menjual Nasi dagang dan nasi minyak. Kelihatan beberapa orang pelanggan sedang berbaris menunggu giliran untuk membeli dan beberapa orang yang sedang makan dimeja kayu yang disediakan.

Sam; Ada nasi dagang tak makcik?. Berapa harga satu pinggan?

Makcik; Banyok lagi Awang oi!, Tiga Ammah sepinggang.

Sam; Saya nak sepinggan sahaja makcik, bukan tiga.

Makcik; Tau lah mu no se gak, Eh! mu ni orang luo kot. Tiga ammah tu maknanya Seringgit Lima puloh Sen anak oi.

Sam: Ooooo, gitu, Bagi saya satu pinggan dan teh o satu. Saya nak makan disini.

Sam pun duduk dimeja kayu yang disediakan dimana sudah terdapat tiga orang lelaki yang sedang bersarapan disana.

Sam; Boleh saya duduk disini bang?.

Lelaki 1; Duduklah, memang kita semua kalau nak makan kena duduk.Takkan berdiri kot.

Sam; Eh! abang ni macam orang luar sahaja, tak cakap macam orang Trengganu pun.Abang dari mana?.

Lelaki 1; Abang orang Perak, tapi kerja kat sini. Dah lama dah. Tadi abang tengok adik bertanya hak nasi dagang tu dah tahu adik ni baru datang kesini.

Sam; Tadi dah minum dekat stesyen Bas tu, tapi terkena makan Laksam, tak boleh masuk, inilah sebabnya membalas semula dengan nasi dagang pula.Perut masih kosong.

Lelaki 1; Siapa nama? Abang, Din, kerja kat Hostpital Besar Kuala Trengganu tu.

Sam; Saya Sam, dari Kuala Lumpur, Eh! mana hospital besar tu bang?.

Lelaki 1: Kau nampak masjid besar tu?, belakangnya tulah Hospital Besar. Masjid tu namanya Masjid Ladang. Kau buat apa datang kesini? Melancung atau lawat keluarga?.

Sam; Saya datang ni sebab dapat tawaran mengajar membuat Batik.

Lelaki 2; Ngajo buat Batik?, batik guane tu dek?. Sini ramai orang buat batik, tapi dok pernoh dengo orang luor datang ngajo.

Lelaki 1. Ya lah, hairan juga, Abang dah lama kat sini, tapi tak pun pernah dengar cerita orang luar datang mengajar batik kat sini. Lagi pun pusat latihan Batik memang dah ada kat sini.

Sam; Tak tahulah bang, tapi memang saya ditawarkan kerja membuat batik kesini olih bekas Pengurus Pusat Kraftangan disini.

Lelaki 3; Mungkin dia ni kena ngajo kat Pusat Latihan Membatik kot, mungkin ada cara baru atau corok baru kot.

Sam; Itu saya tak pasti, tapi katanya nak buka pusat latihan itu kat depan Hospital Besar Kuala Trengganu, dan saya nak pergi kesanalah.

Lelaki 3; Eh! ambe ada lihat satu pusat batik baru kat situ, baru minggu ni dia buat, dekat bangunan tiga tingkat depang Hospital tu. Semalam baru letok sainbod. Dia tulis Batik House, lepas itu ada tulis eksklusive Hand-drawn Silk Batik. Saper punya pung dok tahu.

Lelaki 1; Saya pun ada lihat tu, betul-betul depan Hospital tapi belum buka lagi, mungkin situ kot adik ini kena mengajar tu.

Sam; Saya buat batik canting sutera bang,kata kawan-kawan saya dari Trengganu yang masih berlajar disana, ianya masih belum ada disini atau di Kelantan lagi.

Lelaki 2; Abang ni kerja membuat batik gok, menerap, tapi dok pernoh dengo lagi batik canting Sutera tu, mungkin lain kot.

Sam; Ya bang mungkin lain, kalau tak mana dia orang nak upah saya mengajar disini. Saya pun tahu orang disini memang dah lama buat batik. Abang kerja buat batik kat mana?

Lelaki 2, Abang dengan kawan abang ni kerja menerap ajer, ambil upah. Tu dekat lorong tu, rumah warna kuning yang beso tu. Dok jauh pong, mu boleh nampak tu.

Sam: Oooo , rumah kuning tu, dekat sahaja, patutlah abang minum kat sini. Boleh saya pergi tengok tak bang?.

Lelaki 3; Boleh apa salahnya, ramai juga orang luor yang datang melawat.Karang lepas minum, marilah ikut kami pergi kesana. Boleh tengok-tengok.

Selepas minum, Sam pun mengikuti dua lelaki tadi pergi kerumah kuning itu.

Lelaki 2: Assalammualaikum, Cik Soh, ini ada orang nok tengok batik ni.

Cik Soh: Waalikummusalam, Ooo! orang mana tu?.

Lelaki 2: Orang kolompo, mari nok lihat orang buat Batik.

Cik Soh; Ooo! Awang ni?. Awang baru mari ke?.

Lelaki 3; Hah! Sam, mu duklah sini, kita orang nok pegi buat kerja dulu, karang marilah tengok kami menerap. Boleh tengok samada sama dengan batik yang ko tahu tu.

Sam: Ok bang, nanti saya pergi lihat abang. Terima kasih. Eh! makcik, ya, saya baru sampai pagi ni, tadi masa minum kat kedai Nasi Dagang tu, jumpa dengan abang tu. Dia yang ajak saya datang kesini untuk melihat mereka menerap Batik.

Kemudian mereka didatangi oleh seorang wanita muda.

Zuraida: Saper ni mok?.

Cik Soh; Ni Awang ni nok lihat orang nerap, dia baru sampai pagi ini. Orang Kolompo.Sapa nama Awang?, ini anak ambe Zuraida.

Sam; Oooo, nama saya Sam.

Zuraidah; Mu mari sorang jer ke? Ingat mari rombongan.

Sam; Ya, datang seorang sebab saya nak bekerja di Trengganu ini. Saya pun buat batik juga makcik.

Cik Soh; Kerja buat Batik? Mu pandai nerap jugok ker? Nak kerja kat maner?

Sam; Saya tak buat Batik macam makcik ini, saya buat Batik Canting, orang kata masih belum ada kat sini lagi. Susahlah saya nak bagi tahu macam mana batik tu sebab saya tak bawa contohnya.

Zuraidah; Nok kerja kat maner?.

Sam; Tempatnya saya belum tahu, tapi katanya didepan Hospital Besar Kuala Trengganu. Saya pun belum pergi kesana lagi, mungkin lepas ini saya kesana.

Zuraida: Oooo! kat tempat Batik House tu kot mok. Tulah perasan jugok tempat batik tu, baru dalam seminggu dua ni dia ada. Beradong nampoknya, siap sekali dengan Bilik Pameran sekali, tapi dok ader kain batik lagi, belum stat lagi.

Sam; Mungkinlah, sebab abang yang dua orang tu pun cakap begitu tadi. Jauh tak dari sini?.

Zaraida; Dok ler jauh sangat, jalan kaki pun buleh. Macam mana mu buleh dapat kerja tu?.

Sam. Saya ada kawan yang sedang berlatih membuat batik seperti ini di Kuala Lumpur, dia yang bagi tahu dan suruh saya amabil tawaran itu.

Zaraida; Eh! mok, kan ke Najwa gi belatih buat batik kat Kolompo, dengor kabo bulan depang dia balik.

Sam; Eh! Kenal dengan Najwa?. Dialah kawan saya yang tolong saya ni.Kenal macam mana dia tu?

Cik Soh; Mu kenal Najwa? Dia tu anak sedara mokcik, sepupu Zuraida ni.Alohai! keciknya dunia ni.

Zuraida; Lama doh kenal Najwa tu?. Dia guane sekarang?.

Sam; Dia sihat ajer, Memang betul dia akan habis khursus bulan depan dan akan balik kesini. Dia pun suruh saya pergi kerumahnya, melawat keluarganya. Dekat hiliran Masjid katanya. Jauh kah tempat tu dari sini?

Zuraidah: Dok gok jauh, tapi senang ajer kalau naik Teksi atau Kereta Sewa.Eh! teksi tu becalah Sam. Takut mu dok faham. Kereta sewa tu teksi biasa. Susoh jugok nak cakap dengan orang luor ni. heheheh

Cik Soh; Senang jer Awang, mu cakap ajer tempatnya kat teksi tu, dia anto ler. Lepas doh sampai situ mu tanyalah rumoh Wan kamariah dan suaminya Abdul Rahim, kenallah orang disana.

Sam; Oh!!! senanglah kalau begitu, tapi tak tahulah saya nak pergi kesana bila, tapi mungkin selepas saya berjumpa dengan Bos saya itu kot.

Zaraida; Sam ni pakwe Najwa ke?. Macam rapat sangat dengan dia tu.

Sam; Eh! taklah, saya dulunya bekerja tempat dia dan kawan-kawannya berlatih. Kenal gitu sahaja.

Cik Soh; Iskh! budok ni, kesitu puler ditanyanya. Marilah Sam kalau nok lihat orang menerap batik, nampoknyer mereka doh mula tu.

Zuraida; Tak buat kan air ke buat Sam ni mok?.

Sam; Tak payahlah, sebab saya baru sahaja lepas makan dan minum tadi.

Sam pun mengikut Cik Soh dan Zuraidah yang ingin menunjukkan perusahaan mengecop batik mereka.

Cik Soh; Sam, ginilah cara batik Trengganu dibuat, semua pakai cop. Yang ini dia buat batik Sarung dan yang itu batik Ela. Sana tu tempat celup warna dan tempat merebus. Sama dok dengan batik yang mu buat?.

Sam; Lainlah makcik, saya hanya guna canting untuk melukis, tak pakai cop-cop ni. Mewarna pun dengan tangan, tapi masih merebus untuk tanggalkan lilinnya.

Zuraidah; lain lah tu mok, nanti kalau Sam dah mula buat kat sana, Idah nak gi tengok juga. Nok belajo jugok. Boleh tak Sam?.

Cik Soh; Iskh! galoknyer budok ni, basuh baju pong malas, nak belajo buat batik.

Sam; Tak aper juga makcik, boleh sahaja kalau dia berminat. Ok makcik, Zuraida, saya minta diri dahulu. Saya nak pergi ke tempat kerja dahulu. Terima kasih kerana melayan saya, dan terima kasih kerana memberi tahu tempat rumah Najwa.

Cik Soh; Kalau mu sampai rumoh Najwa, kirim salam makcik kat ibu dan ayah dia.

Zuraida; Aku gok, kirim salam kat mereka yer.

Sam; Insyaallah, ok saya pergi dahulu.

Sam pun meninggalkan mereka berdua dan menuju kearah Masjid yang mereka tunjukkan itu. Sam sempat menoleh melihat mereka yang sedang bercakap sambil tersenyum sesama mereka sambil melihat Sam.


Akhirnya Sam sampai didepan bangunan tiga tingkat yang mempunyai Signboard yang tertulis Batik House. Setelah meneliti alamat yang diberikan akhirnya Sam pasti itulah tempat nya dan menaiki ketingkat dua yang tertera tukisan yang menunjukkan pejabat syarikat itu.

Sam dapat bertemu dengan Encik Mokhtar serta telah berkenalan serta berbincang soal kerja. Sam juga telah ditunjukkan sekitar bangunan tersebut serta bahagian tingkat atas sekali yang bakal dijadikan sebagai tempat penginapan Sam. Selain itu Encik Mokhtar juga berkata bahawa Anak Saudaranya yang bernama Azmi juga akan tinggal disitu bagi menemankan Sam.

Kebetulan masa itu Azmi sampai dan Encik Mokhtar pun memperkenalkan Sam kepadanya.

Mokhtar; Sam ini anak saudara saya, Azmi. Dia seorang pemegang diploma dalam bidang seni lukis. Saya harap awak ajar dia cara membuat batik ini. Berbincanglah dengan dia, mungkin masa awal ini, saya tak ambil ramai orang untuk berlatih,mungkin Azmi sahaja sudah mengukupi untuk berlajar. Selapas dia sudah pandai, barulah kita tambah orang untuk membuka kilang.

Sam; Saya ikut sahaja apa yang Encik Mokhtar mahu, tak ada masaalah. Tapi saya akan mula bekerja empat hari lagi,iaitu awal bulan. Saya datang awal ni sebab sahaja nak lihat serta buat persiapan awal serta nak melihat sekitar bandar ini dahulu.

Mokhtar: Tulah, saya terperanjat, awak datang awal. Kalau tahu tadi, mungkin saya boleh tunggu awak di Stesyen bas.

Sam; Tak apalah Encik Mokhtar, lagi pun saya sebelum ini tak pasti untuk datang kesini awal atau nak pergi kerumah kawan saya dahulu.

Mokhtar; Ada kawan disini?, kat mana?.

Sam; Rumah budak pelatih yang di Kuala Lumpur tulah. Mungkin lepas ini saya akan pergi kesana.

Mokhtar; Oklah Sam, mari ikut saya keofis sebab saya nak bagi wang perbelanjaan yang awak minta tu. Marilah.

Sam dan Azmi mengikuti Encik Mokhtar keofisnya dan dia telah memberikan wang sebanyak RM 500.00 kepada Sam. Encik Mokhtar juga menyerahkan kunci pejabat serta semua kunci untuk bagunan itu untuk memudahkan Sam menguruskannya serta boleh masuk bila-bila masa dia suka.

Sam juga telah memberikan semua senarai dan pelan peralatan keperluan untuk membuat batik, serta senarai bahan mentah yang diperlukan dan berharap Encik Mokhtar dan Azmi daoat mengadakannya sebelum dia memulakan kerja nanti.

Selepas itu Sam telah keluar dengan Azmi keBandar Kuala Trengganu untuk membeli semua alatan dan barangan keperluan untuk mereka tinggal disana. Mareka mengunakan beca untuk bergerak dan mengangkut semua barangan yang dibeli. Sam sengaja mmenggunakan beca kerana itukah pertama kali dia menaikinya.


No comments:

Post a Comment