Bahar; Sekarang ini kamu tinggal dirumah Najwa lah Sam.
Sam; Ya, abah, mereka amat baik serta melayan saya seperti anak sendiri. Najwa pun seperti biasa.
Rohana; Lamanya emak tak berjumpa dengan Najwa, rindu pula. Entah bila nak pergi kesana. Teringin juga nak lihat kampung dia, orang kata disana amat cantik.
Sam; Memang betul mak, disana sangat cantik,tapi saya bukan pun selalu berjalan, asyik bekerja sahaja. Kuranglah tahu sangat tempat lain, lagi pun tak ada kenderaan.
Rohana; Minta-minta Allah bagi kau rezeki dan boleh beli kenderaan yang baik, dan mak teringin nak pergi kesana.
Sam; Insyaallah Mak, Sam akan berusaha kuat untuk berjaya. Eh!, saya ada hal nak cakap dengan Mak dan Abah ni. Saya nak minta Abah dan Mak pergi keTrengganu sikit masa lagi.
Bahar; Iskh! apahal pulak?. Kita ni bukan ada duit nak pergi kesana.
Rohana; Ya Sam, tapi kalau kau dah ada kereta sendiri tu, mungkinlah kami akan pergi, kerana senang nak berjalan. Kalau naik bas, mak tak tahan, mabok nanti.Kalau terlalu jauh begitu, mungkin bolih sampai tak boleh bangun nanti.
Sam; Sebenarnya Sam nak minta Abah dan Mak datang merisik Najwa dan tetapkan pertunangan saya dengan dia. Sebelum balik ni pun saya dan bagi tahu Najwa. Dia setuju ajer.
Bahar; Iskh! mana boleh macam itu, tak manis Abah dan Emak sahaja yang pergi, kita kena ajak Mak Anjang atau Mak Andak ko sekali datang.
Rohana; Eluklah gitu Sam, kau pun dah terlalu lama dengan dia pun. Eluklah kalau buat begitu, biar Najwa ada hala tuju serta semangat, begitu juga dengan kamu tu.
Bahar; Abah setuju dan mungkin akan meminta Mak Anjang kau sekali pergi. Tentu dia amat suka dan nak juga melihat Trengganu.
Sam; Kalau begitu, saya akan tinggalkan duit belanja dan tambang untuk Abah dan Emak uruskan semua itu nanti.
Rohana; Baguslah begitu sebab kita orang ni pun manalah ada duit lebih sangat.
Sam; Sam balik dahulu kesana, kemudian akan memberi tahu bila Abah dan Mak patut datang setelah saya memberitahu keluarga Najwa hal ini.Nanti saya akan talipon balik dan beritahu. Abah dan Mak pandai-pandailah uruskan.
Bahar; Kau ni yang nak bertunangnya bila?, dan berapa lama?.
Sam; Ginilah Abah, Abah dan Mak merisik dahulu dan kemudian jika semua dah bersetuju, mintalah tempuh untuk bertunang selama dua atau tiga bulan kagi. Kalau boleh Sam nak bertunang selama dua tahun sebelum berkahwin. Sempatlah Sam berusaha dengan Najwa untuk bersedia. Insyaallah.
Bahar; Eluklah tu, Abah setuju dan masa itu insyaallah kau lebih stabil masa itu.
Sam; Kalau begitu, ini duit lima ratus sebagai simpanan untuk abah pergi kesana nanti. Sam pun sebelum balik nanti akan singgah rumah mak Anjang dan bolehlah memberi tahunya nanti.Dia pasti suka.
Rohana; Baguslah Sam. kau jangan lupakan Mak Anjang dan Mak Andak kamu tu, dialah yang banyak menjaga kamu masa kecil.
Setelah cukup seminggu berada dikampungnya, Sam pun pulang ke Trengganu, tetapi sebelum itu dia telah singgah kerumah Mak Anjangnya dan memberi tahu semua hasratnya itu.
Selepas dari pulang bercuti, Sam pun memulakan semula kerjanya seperti biasa dan tempahan terus datang dengan banyaknya. Sam terpaksa bekerja siang dan malam. Sam rajin bekerja sebab dia amat bercita-cita untuk mengumpul wang kerana hasratnya untuk hidup bersama Najwa selain itu, Sam tidak berapa suka berjalan atau melepak dan hanya suka duduk dirumah sambil membuat kerja bagi menghilangkan kesunyian dan kebosanannya.
Sejak dari kepulangannya dari kampung, Sam mendapati sedikit kelainan yang berlaku, iaitu ibu-bapa dan abang Najwa seperti tidak berapa mesra dengannya. Yang paling nyata ialah ayah Najwa. Dia seperti selalu cuba menghindari Sam serta amat jarang bercakap dengannya lagi. Perkara yang paling ketara ialah setiap kali Sam ingin makan dan duduk bersamanya dimeja makan, dia akan terus mengangkat pinggan makanannya dan terus membawa ketingkat atas rumah dan makan sendirian. Dia hanya akan turun selepas habis makan dan terus naik semula.
Begitu juga dengan ibu Najwa, dia sudah kurang bercakap dengan Sam serta selalu berada tingkat atas rumah.Sam berfikir mungkin mereka berehat atau mengaji atau mungkin ada masaalah lain yang tidak mungkin untuk mereka ceritakan kepadanya.
Selain itu, abang Najwa, Yusri juga begitu, amat terasa perubahan serta kurang mesra dengan Sam. Dia seperti cuba menghindarikan dirinya dari Sam. Walau bagaimanapun, Najwa tetap seperti biasa dan tidak ada perubahan langsung.
Suatu hari, Yusri telah masuk kedalam bilik Sam dan bertanyakan Guitarnya yang disimpannya dalam bilik itu. Yusri juga berkemaskan semua barangannya didalam bilik itu untuk dipindahkan kebiliknya sendiri. Sebenarnya bilik yang Sam duduki sekarang ialah bilik Yusri sebelum ini. Apabila Sam mendudukinya Yusri telah berpindah kesebuah bilik ditingkat atas rumah itu.
Yusri; Sam, abang nak pindahkan semua barang ini kebilik Abang.Biar senang kau berkemas.
Sam; Saya tak kisah Bang, barangan saya pun sikit sahaja.Tak mengganggu pun.Saya masih simpan dalam satu beg sahaja.
Yusri; Bagaimana balik kampung baru-baru ini, emak-ayah Sam sihat?.
Sam; Alahamdulillah semua sihat Bang.Hilang sudah rindu saya Bang,lama sungguh hari tu tak balik kekampung.
Yusri; Memang pun kita mesti selalu melawat ibu-bapa kita. Biar mereka suka hati.
Sam; Yalah Bang, tapi dari sini jauh sangatlah, kalau dikira jauhnya untuk satu perjalanan pergi dan balik sahaja, hampir seribu kilometer.
Yusri; Kampung Sam tu dekat mana?, jauh sangat tu.
Sam; Keluarga saya tinggal diSabak Bernam Bang, tapi saya sudah lama menetap di Kuala Lumpur kerana berlajar. Kalau dari Kuala Lumpur, paling tidak pun saya balik dua kali sebulan.
Yusri; Dengar khabar, di Kuala lumpur Sam ada buat berniaga dengan Abang sepupu, betul kah?.
Sam; Ya Bang, Saya yang membuat kerja dan Abang dan Kakak saya bekerja dengan Kerajaan. Masa saya tinggalkan mereka, perniagaan disana pun sudah amat maju. Saya tinggalkan sebab nak kemari, bekerja dengan Batik House.
Yusri; Tak apalah, mana-mana pun boleh cari rezeki.
Sam; Saya ni nak cakap sesuatu pada Abang dan saya harap Abang boleh sampaikan kepada keluarga Abang.
Yusri; Apa dia? Isyaallah jika tiada halangan.
Sam; Gini Bang, emak dan ayah saya hendak datang kemari sebab ada hak nak jumpa keluarga Abang. Mereka bercadang untuk merisik dan meminang Najwa.
Yusri; Merisik apa pula Sam, siapa yang hendak kahwin ni?. Kamu hendak kahwin dengan Najwa?. Bukan kah kamu berdua masih amat muda, dan pekerjaan pun baru bermula?.
Sam; Itu saya tahu Bang tapi saya rasa biarlah orang tua saya dan ayah dan ibu abang berbincang serta menimbangkan. Kita yang muda ini biarlah mengikut pandangan mereka nanti. Saya ikut saja yang mana betul.
Yusri, Kalau begitu, tak apalah, nanti saya sampaikan kepada mereka.Insyaallah.
Selepas itu Yusri pun keluar dari bilik itu, tapi dengan tanpa membawa barangan yang dikatakan hendak dibawanya kebiliknya tadi.Ditinggalkannya semua didalam bilik itu lagi.
Keesukan harinya, Sam pun menalipon pihak keluarganya dan memberi tahu mereka tarikh yang sepatutnya mereka mesti datang seperti yang telah dirancangkan oleh Sam. Najwa juga telah diberitahu oleh Sam berkenaan perkara itu dan Najwa tiada sebarang bantahan.
No comments:
Post a Comment