Sam mendapati satu kepelikan berlaku selepas dia memberi tahu perkara itu kepada Yusri. Dia mendapati Yusri seperti tidak mahu bercakap langsung dengannya serta perubahan air muka yang seperti membenci dirinya. Selain itu, tingkah laku seluruh ahli keluarga Najwa amat berubah dan tidak semesra dahulu. Kalau mereka senyumpun seperti terpaksa dan sekan-akan ingin menjauhkan diri, terutama ayah Najwa yang amat jelas perubahannya serta langsung tidak mahu memandang Sam serta meneruskan perangainya melarikan diri apabila Sam hendak makan bersama.
Memandangkan keadaan ini, Sam terlalu runsing serta cuba mencari sebab dan pernah juga dia membuka mulut pada Najwa, tetapi Najwa berkata dia tidak tahu dan meminta Sam jangan mengambil hati dengan perangai ayahnya itu kerana dia memang biasa begitu.
Jawapan Najwa itu sedikit melegakan hati Sam tetapi dia terfikirkan perubahan yang mendadak daripada Yusri,dan kakak-kakak Iparnya juga yang amat ketara. Akhirnya dia cuba memujuk hatinya dengan berkata bahawa mereka sekarang mungkin menghadapi masaalah keluarga sendiri yang tidak diketahui olehnya.
Suatu malam, sedang Sam melukis seorang diri dibawah rumah, Yusri pulang dan masa itu Sam perasan yang wajah Yusri seperti amat marah dan memandangnya dengan kebencian. Sebaik sahaja dia melalui berdekatan dengan Sam, dia pun berkata, " Haram Jadah, tak sedar diri".
Sam amat terkejut serta perasan bahawa kata-kata itu ditujukan kepadanya dan didapati Yusri memandangnya dengan renungan yang amat penuh kebencian. Selepas Yusri masuk kedalam rumah, Sam terduduk dan berhenti bekerja. Fikiran dan perasaannya kacau dan sedih.Sam pun terus berhenti bekerja serta terus masuk kedalam bilik tidurnya.
Dengan fikiran kacau serta kesedihan, Sam cuba memikirkan sebab kenapa Yusri amat marah kepadanya sehingga sanggup berkata sedemikian rupa.Dia cuba mencari salah lakunya selama ini serta kemungkinan salah bahasa yang pernah dituturkan, namun pada fikirannya tiada lagi yang amat bersalahan lagi.Malam itu Sam susah hendak tidur dan akhirnya tertidur juga selepas subuh dan terbangun agak lewat pagi itu.
Pagi itu Sam tetap pergi kebengkel batiknya tetapi tidak dapat melukis kerana amat letih dan mengantuk. Najwa dan pekerja lain tetap bekerja seperti biasa. Akibat terlalu mengantuk dan kepalanya amat pening, Sam pun balik semula kerumah. Sebaik sahaja dia sampai didepan pintu dapur rumah dimana takkala dia hendak memasuki biliknya, Yusri yang berada disitu berkata, " Amboi, rehatnya taukeh sekarang ini". Dia berkata itu dengan mimik muka yang seperti memerli.
Sam terus masuk kedalam bilik dan berasa terperanjat dan pelik kerana kedua ibu-bapa Najwa juga berada didapur tersebut, tetapi tiada berkata apa-apa, atau menegur perbuatan Yusri itu. Akibat merasa tidak selesa, Sam keluar semula dari bilik tersebut dan pergi kebengkel dan terus bekerja.
Sam tidak mahu menceritakan semua itu kepada Najwa kerana takut akan berlaku perselisihan serta tanggapan yang tidak tepat. Lagi pun Sam nampak seperti Najwa sebenarnya tidak tahu dengan hal sedemikian.
Walaupun Sam masih bertahan serta cuba mengawal diri tetapi sekarang dia hanya dilayan oleh Najwa seorang sahaja, sedangkan orang lain telah amat ketara meminggirkan dirinya.
Sam masih bersabar walaupun keadaan itu belarutan dan Yusri pula bertambah amat melampau serta lebih kerap bersikap kurang ajar serta bahasa penghinaan amat ketara biadapnya.
Sam telah membuat kesimpulan bahawa mungkin perkara dia hendak melamar Najwa itu menjadi perkara utama yang mereka semua mula membencinya. Sam beranggapan yang mungkin mereka tidak menyukainya sebab dia orang luar serta mungkin beranggapan Sam ini adalah pengikut parti politik yang mereka amat benci.
Sam lebih terdorong memikirkan perkara ini kerana setelah lama mengetahui mereka semua adalah pengikut sebuah Parti politik yang berasaskan sebagai Pembangkang kepada Kerajaan yang memerintah.Bukan mereka sekeluarga sahaja yang begini tetapi boleh dikatakan seluruh kaum keluarga terdekat mereka juga begitu.
Sam telah lama perasan yang mereka semua ini tidak pergi bersembahyang kemasjid-masjid yang dibina oleh kerajaan selain disurau-surau dan masjid yang dikatakan dibina oleh parti politik tersebut sahaja.
Sam yang tidak peduli akan semua perkara dengan hal politik tetap terus pergi bersembahyang dimasjid yang berdekatan yang dikatakan sebagai Masjid Kerajaan oleh mereka.Selain itu Sam juga pernah mendengar dan melihat tindak-tanduk mereka yang seakan-akan amat membenci mana-mana individu yang menjadi penyokong pihak kerajaan.
Sam merasakan inilah punca mereka berkelakuan sedemikian terhadapnya dan mungkin juga mereka amat tidak bersetuju dengan berita yang Keluarga Sam akan datang merisik dan meminang Najwa. Semua ini jelas terjadi selepas Sam menyampaikan hasratnya kepada Yusri.
Sam pun amat tidak tahan dengan sikap mereka dan merasa amat terhina. Dia rasa hendak sahaja meninggalkan semua ini dan berpindah ketempat lain dan memulakan perniagaan baru, tetapi apabila terfikirkan Najwa maka semua itu terpaksa dibatalkan. Sam percaya yang Najwa masih tidak berapa tahu berkenaan hal ini kerana jelas yang Najwa masih seperti biasa dengan Sam.
Sam masih berusaha untuk bersabar serta meneruskan kerja sehariannya dan tidak mengungkit kisah itu kepada Najwa. Sam juga mencurigai Najwa dan berfikiran yang Najwa sudah tahu tetapi dia hanya berpura-pura tak tahu. Sam tidak berani menuduh sehingga dia dapat mendengar pengakuan serta bukti kukuh. Sam berazam untuk terus bersabar dan mencari bukti serta sebab semua ini berlaku.
Dalam pada itu Yusri masih terus melakukan tekanan dan penghinaan kepadanya dan sekarang dia sudah mula bertindak didepan para pekerja dibengkel tersebut dan mula di perasan oleh sebahagian pekerjanya;
Mah; Encik Sam, saya lihat sekarang ini Pok Yusri itu lain macam sahaja dengan Encik Sam dan saya perhatikan seperti dia amat membenci Encik Sam.
Sakinah; Ialah, saya pun perasan, tapi kenapa ya?. Cara dia ini semakin melampau sekarang;
Mah; Betul tu, tapi saya hairan kenapa ya?, dan saya juga Najwa seperti buat tak tahu sahaja. Encik Sam ada buat salah apa?.
Sam; Tak tahulah Mah, Nah, saya pun amat pening dan sedih sekarang ini. Mungkin juga saya ada buat salah, inilah sedang fikirkan dan cari ni!.
Mah; Sabarlah Encik Sam, saya nampak seperti tak ada apapun kesalahan Encik Sam pada mereka tapi saya berfikir lain pula.
Sajinah; Kenapa pula Mah?.
Mah; Baru-baru ini Mak Najwa ada berjumpa dan bertanya dia dan ingin menjodohkan saya dengan Pok Yusri, tapi saya tolak sebab kata saya Pok Yusri itu saya anggap sebagai Abang sendiri sahaja. Itu sahaja.
Sam; Kenapa pula dengan perkara itu?. Kalau dia marah kamu kerana menolak lamarannya itu, apa kena-mengena dengan saya yang sekarang menjadi sasarannya?.
Sakinah; Yalah, kenapa pula Encik Sam jadi kemarahannya pula?, atau dia cemburukan Encik Sam dengan Zaimah kot?.
Mah; Nantilah dahulu, kita baru nak cerita ni, tapi nak tengok sama ada Najwa ada dekat tak?, takut dia dengar nanti.
Sam; Najwa dah masuk kerumah tadi, mungkin dia memasak kot, lepas rehat sebelah petang baru dia masuk bantu kat bengkel.
Mah; Gini, sebab masa Mak Najwa bercakap tu, seperti dia meminta Mah supaya kekal bekerja disini dan seperti membayangkan yang Encik Sam mungkin akan pergi dari sini. Dia meminta Mah terus bekerja dan membantu Najwa dan sekiranya saya berkahwin dengan Pok Yusri, ini akan memudahkan lagi untuk Mah menumpukan perhatian kepada kerja ini serta menganggap ianya kepunyaan sendiri.
Sakinah; Hai! pelik juga, Eh! yakah Encik Sam akan tinggalkan semua ini dan balik ke Kuala Lumnpur?. Kesihanlah kami disini sebab kami tahu kami belum pandai dan masih mahu belajar lagi dari dari Encik Sam.
Sam; Siapa kata saya hendak tinggalkan semua ini kerana saya dan Najwa berkongsi membinanya, lagi pun saya mana ambil gaji sebenar dari kerja saya selama ini. Semua yang ada sekarang ini adalah usaha saya semua.
Mah; Itulah yang saya fikirkan juga, saya tahu sejarah perniagaan ini dari mula lagi, Najwa ada beritahu saya. Kalau Encik Sam tak ada dan sanggup berhenti bekerja, tentu semua ini tidak akan berlaku kerana selain kerja Encik Sam yang laku dipasaran, semua ini adalah atas usaha dan kerja keras Encik Sam siang dan malam.
Sakinah; Sampai sekarang pun kalau berharap dengan lukisan kami dengan Najwa, maka alamat bungkus awallah sebab kami hanya mampu buat barangan biasa yang murah sahaja. Sampai sekarang masih kena kuat belajar lagi.
Sam; Sebenarnya saya juga ada terfikir ketahap itu, tapi saya tidak mahu cepat menuduh sesiapa tanpa sebarang bukti. Ada juga terfikir sebab lain, tapi saya cuba bersabar selagi mampu.Saya juga telah bersedia dan telah mencari tempat baru untuk membuat perniagaan lain. Saya tak takut kerana saya tahu apa yang saya boleh buat serta sebenarnya semua pelanggan adalah bergantung kepada hasil rekacipta dan corak lukisan saya selama ini.
Mah; Jadi betullah tekaan saya itu?. Terasa semacam ajer mereka ini.
Sam; Saya sudah fikirkan semua, tapi saya masih bertahan sebab Najwa sahaja, saya takut dia tidak terlibat atau tidak tahu. Kalau saya sudah yakin dan pasti Najwa pun terlibat sama, barulah saya bertindak.
Sakinah; Yakah Encik Sam nak buat ditempat lain?. Saya akan ikut kalau Encik Sam buat kilang lain. Kau macamana Mah?.
Mah; Bukan aku sahaja, habis semua pekerja ikut Encik Sam. hehehe
Sakinah; Kalau itu yang mereka fikirkan, memang mereka ini semua teruk, malah tak pandai menilai dan berfikir. Bagi saya, Encik Sam amat berharga sekarang dan semua orang sedia membantu atau berusaha bersamanya. Encik Sam boleh maju walaupun tanpa mereka dan mereka tak sedar yang mereka sebenarnya menumpang tuah Encik Sam.
Mah; Kalau Encik Sam hendak berpindah, kat mana rancangan itu?.
Sam; Saya sudah pergi melihat ke Paloh dan Pulau Rusa, dan semua rumah disana amat tinggi serta bawah rumah mereka semua kosong dan sesuai kalau nak buat batik macam kita disana.
Sakinah; Kenapa disana pula Encik Sam, saya sanggup berunding dengan keluarga saya untuk membantu Encik Sam dan boleh buatkan tanah lapang kepunyaan keluarga saya diSeberang Takir. Tanah itu sepuluh kali luas dari tanah yang Encik Sam buat bengkel ini. Kalau sebab modal, jangan risau, boleh bantu.
Mah; Betul itu Encik Sam, semua kami ini berasal dan tinggal diseberang Takir, dan tentu lebih senang nak bekerja, lagi pun amat ramai orang disana mahu bejerja.Lagi pun tempat itu amat dekat dengan Pasar Payang dan lagi mudah hendak menghantar kain kesana. Jalan kaki dan naik bot sahaja, dah sampai.
Sam; Betul cakap awak semua tu, tapi sekarang, saya hanya melihat apa yang Najwa lakukan itu sahaja. Kalau dia pun sama dengan keluarganya, buat apa saya memperbodohkan diri lagi, lantak mereka lah. Saya masih boleh berusaha dimana-mana dan kalau bukan jodoh saya dengan dia. Kalau pasal perempuan bukan susah sangat, awak berdua pun ada, boleh saya ambil buat isteri, hehehehe
Mah; Amboi! amboi! sedapnya mulut, ingatkan kita ni semua anak ayam kah yang senang nak tangkap dan dibuat gulai?.hehehhe.
Sakinah; Betul juga cakap Encik Sam tu, dia masih fikirkan Najwa sahaja.Kalau Najwa juga berfikiran sama nak buat apa lagi?.
Mah; Aik! awak ni Sakinah, macam menyokong sangat Encik Sam ni, macam ada sesuatu sahaja ni?. Ada apa-apa kah?.
Sakinah; Ambe ni bukan apa setakat bercakap benar, tak boleh kah?.Lagi pun Encik Sam ini hensem orangnya, pandai cari duit pula tu, siapa tak hendak?. Saya ok sahaja, tapi kalau sampai nak bermadu dengan awak tu, minta maaflah. Saya nak dia jadi hak saya seorang sahaja. heheheeh.
Sam; Apalah awak sampai kesitu pula perginya. Saya cuma terangkan pendirian saya sahaja dan saya kena bersedia membuat rancangan. Tapi kalau sudah jodoh dan telah ditakdirkan sama ada dengan Najwa atau salah satu dari awak, apa nak kata.Hahahaha.
Mah; Betul tu, kita hanya boleh merancang, tapi Allah yang menentukan.
Sajinah; Yalah, tapi biarlah Allah menentukan Encik Sam jadi jodoh aku mah, bukan Najwa dan Engkau Mah, hehehehe
Mah: Amboi! berangan sangat tu, malukah sikit kat Encik Sam tu.
Sam; Ah sudahlah, takut nanti Najwa dengar atau ada orang yang menyampaikan gurauan kita ini, mampuslah saya, tapi banyak benarnya apa yang kita cakapkan ini.Kita lihatkan sahaja nanti, tapi saya tidak akan menyerah kalah walau apa pun terjadi.Sekurang-kurangnya dengan pendirian dan pendapat awak tu, membantu saya menjadi lebih yakin dengan apa yang saya fikirkan.
Sakinah; Kami bukan apa, sekadar simpati serta sayang dengan semua yang telah diusahakan. Saya rasa kalau tak ada Encik Sam, semua ini akan hancur dan kami juga tahu Encik Sam bukan senang nak mengalah begitu sahaja.
Mah; Saya memang akan terus bekerja dengan Encik Sam sebab saya rasa ada peluang untuk maju serta punyai harapan cerah.
Sam; Tak apalah Mah, Sakinah, saya akan cuba fikirkan cara yang paling baik. Saya akan cuba yang terbaik dan saya harap awak memahami masaalah saya dan sentiasa membantu. Sebenarnya fikiran saya terganggu juga sehingga kurang kreatif hendak merekacipta corak dan fesyen baharu sekarang. Bukannya senang nak buat semua itu, kalau fikiran kusut masai.
Sakinah; Tahu, tetapi hal itu tak dapatlah kami nak membantu.
Mah; Betul kata Encik Sam, kita ini lah pandai sangat, tapi soal merekacipta serta membuat pembaharuan itu yang paling penting untuk terus maju. Saya lihat Najwa dan keluarganya bukan reti sangat hal Batik ini langsung.
Sam; Yalah, itu setakat cabaran untuk membuat barangan sahaja, bukan lagi tentang perkara hendak berkembang serta taktikal perniagaan lagi. Banyak sangat yang hendak dipelajari, kalau tidak alamat bungkuslah.
Sakinah; Itulah, saya akan terus ikut Encik Sam kerana hendak terus berlajar dan kalau boleh, terimalah tawaran saya itu, mungkin kita boleh berjaya Encik Sam, lagi pun keluarga saya biasa berniaga ini, senang buat rangangan.
Mah; Sakinah, kau ni nak buat Encik Sam rakankongsi niaga atau rakankongsi hidup?.
Sakinah; Dua-dua pun boleh, lagi pun Encik Sam bukan sesiapa yang punya lagi.
Sam; Ah! sudahlah, bergaduh pula awak ni. Nantilah saya fikirkan,tapi saya lebih berminat untuk berdikari, supaya tak terhutang budi pada sesiapa, senang.Saya dan Najwa masih lagi saya pegang pada janji kami. Sehingga tidak soheh semuanya , maka saya masih pegang kemas semua itu.
Sakinah; Kalau sudah nampak serta dalam satu keluarga, takkan Najwa tak tahu langsung apa yang berlaku, atau dia saja buat tak tahu kot?. Mungkin dia juga bersubahat dengan keluarganya.
Mah; Iskh! tak baik kau tuduh begitu, selidik dahulu, tetapi aku pun kekadang berfikir seperti itu juga. Lagi pun sudah jekas Pok Yusri amat menghina terang-terang Sam didepan mata mereka, Najwa dan keluarganya buat macam tak tahu sahaja. Nampak bebenar macam tak ada adab dan otak.
Sakinah; Amboi! tadi dok kutuk aku berapi, tapi sekatang dia pula yang lebih.
Sam; Shhhttt! Najwa ada kat tingkap dapur tu, dia memandang kesini tu. Jangan cakap kuat sangat.
Sakinah; Mungkin dia cemburu sebab sekarang Encik Sam selalu bercakap dengan kami ini. Biarkan dia cemburu, biar dia rasakan.
Mah; Kekadang eluk juga begitu, biar dia tahu dan mungkin lepas ini lebih menjaga Encik Sam.
Sakinah; Sekarang baru saya faham sebab Wncik Sam masih mampu bertahan dengan kerena Pok Yusri, kalau saya, dah lama cabutnya.
Mah; Kau tu mana boleh ikut, besuk pun kalau suami kau marah sikit aja pun kau akan lari juga. Tak tabah langsung.
Sam; Tu Najwa datang dah, lebih baik senyap.
.jpg)
No comments:
Post a Comment