AHMAD BAHAROM CREATION

SILA BACA MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT.

NOVEL INI MASIH BELUM SIAP.

MASIH DI OLAH SERTA DIPERBETULKAN.


Wednesday, 10 December 2014

1.7- PERNIAGAAN BERMULA.

Sam mula menumpukan perhatian terhadap usahaniaganya dengan Najwa. Sam akan bekerja dari pagi sehingga jauh malam bagi menyiapkan tempahan pelanggan. Diwaktu siang Najwa akan menemaninya bekerja disamping melakukan kerja-kerja mewarna semua kain yang telah dilukis olih Sam. Bila malam, Sam akan bekerja sendirian tetapi sekali-sekala Najwa kan menemaninya serta membawa minuman atau makanan kepada Sam.

Sam; Najwa, nampaknya tempahan kita telah bertambah banyak sekarang ini. Kalau mengikut pandangan saya, ianya akan bertambah meningkat dimasa akan datang.

Najwa; Ya lah, kesian lihat awak terpaksa bekerja sampai jauh malam untuk siapkan semua tempahan. Janganlah kerja kuat sangat, nanti awak sakit.

Sam; Tak apa, kita kena kerja keras awal sebab banyak perbelanjaan diperlukan untuk mengembangkan perniagaan. Walau pun kita untung banyak pun bukan semua kita boleh kita gunakan untuk diri kita. Sebahagian besarnya mungkin akan kita gunakan untuk buat bengkel, alatan serta stok bahan mentah.

Najwa; Betul tu, semuanya perlu duit. Memang banyak perbelanjaan yang diperlukan nanti.

Sam; Itupun kita boleh buat sendiri semua perkara, kalau main upah sahaja, tak tahulah, lagi banyak belanja. Kalau ikut perkembangan sekarang, kita sudah boleh mula latih pekerja mahir sebab mesti mengambil masa sebulan dua baru mereka boleh buat sebahagian kerja yang mudah.Kalau nak tunggu sampai mereka boleh buat Sutera, sekurang-kurangnya 6 bulan selepas jadi pekerja separuh mahir.

Najwa; Saya tak tahu hal itu, tapi saya harap awak buatlah apa yang patut kerana semua ini hak awak juga. Saya ni apalah tahu, sekadar menolong bolehlah.Saya juga terfikir untuk berhenti mengikuti Khursus itu sebab nak tumpu membantu awak.

Sam; Itu awak fikirlah sendiri, mana yang baik, awak belajar disana atau belajar dengan saya. Lagi pun kalau dekat rumah, awak belajar sambil bekerja, tentu lebih untung.

Najwa; Betul kata awak tu. Awak pun dari bergaji mahal, tapi sanggup berhenti kerana hendak berniaga. Inikan saya yang hanya mendapat elaun sebanyak enam puloh ringgit sebulan. Lagi pun awak lagi hebat dari cikgu yang mengajar kami.

Sam; Terpulanglah mana yang baik ikut fikiran awak. Bagus juga awak selalu ada tolong saya bekerja sebab boleh hilang dahaga dan rindu. Hehehehehe

Najwa; Awak ni, kita cakap betul, dia buat main-main pula.

Sam; Saya cakap benda betullah tu. Main apa dia?. Hehehe.

Tidak lama selepas itu Najwa telah mengambil keputusan untuk berhenti menjadi pelatih serta memberi tumpuan kepada kerjanya dengan Sam.

Perniagaan mereka telah mula amat maju dan Sam mula melatih dua tiga orang pekerja wanita. Sam sudah mula bercadang untuk membesarkan perniagaan mereka. Sam masih seperti dahulu. iaitu bekerja siang dan malam dengan tekun kerana dia amat ingin melihat usahanya dengan Najwa berjaya.

Sam; Nampaknya kita terpaksa membesarkan perniagaan kita secepat mungkin kerana sekarang amat banyak tempahan, lagi pun Wan Ariffin nampaknya bertambah banyak menempah kain-kain dari dahulu.Pelanggan kita pun sudah bertambah ramai.

Najwa; Ya lah! sekarang kita berlima buat kerja pun makin kurang barang serta pelanggan pun terpaksa tunggu lama baru barang mereka siap. Buatlah apa yang awak fikir baik serta boleh menguntungkan kita. Lagi pun duit kkeuntungan pun ada sudah saya kumpulkan sedikit.

Sam; Baguslah, sebab sekarang pun kita bermasaalah membuat batik dibawah rumah ini, selalu kain rosak sebab sampah dan tahi cicak yang jatuh sebelum kain kering.Buang masa sahaja kita repair.

Najwa; Betul tu, saya pun dah letih baiki kain yang rosak.Buatlah apa yang perlu. Betul juga rancangan awak tu, mungkin kita dah boleh buat bengkel kat belakang rumah itu. Tentu kurang rosak kain kita.

Sam; Oklah saya akan buat bengkel pada bulan hadapan apabila kita sudah cukup duit.

Najwa; Nanti saya tanyakan perkara ini kepada Keluarga saya.

Seperti yang dirancangkan, Sam pun memulakan membuat bengkel ditanah Lapang dibelakang rumah ibu-bapa Najwa. Dia membuat bengkel itu sendiri sambil dibantu oleh Najwa dan keluarganya. Waktu Siang Sam akan membuat kerja bertukang dan diwaktu malam dia melukis kain batik bagi menampung keperluan pekerjanya yang bekerja diwaktu siang.

Selain penambahan bengkel, alatan untuk memproses juga telah ditambah.Setelah ada pekerja separuh mahir yang mampu melukis, termasuk Najwa juga turut melukis, pengeluaran perusaahaan mereka bertambah banyak dan Sam agak tidak lagi terlalu sibuk untuk bekerja sampai lewat malam. Mereka juga menambah beberapa orang pekerja lagi untuk melancarkan kerja-kerja memproses.

Walaupun telah dibuat penambahan, serta pengeluaran bertambah banyak, tetapi akibat permintaan terlalu banyak, tiadalah sempat juga mereka memenuhi permintaan pelanggan.Perniagaan mereka bertambah maju.

Sam; Najwa, saya rasa nak balik kekampunglah sekejap. Sudah hampir 4 bulan saya disini dan tak pernah balik lagi. Rindulah sangat kat emak dan abah.

Najwa; Eluklah tu, sekarang pun perniagaan kita sudah agak stabil dan pekerja pun dah agak mahir. Kalau awak balik pun sekejap, Mah dan Sakinah serta saya boleh melukis dan pekerja lain boleh mewarna. Kalau setakat buat kain biasa tu tak jadi soal, tapi kalau yang pelek-pelek serta kain mahal kena tunggu awak juga.

Sam; Saya pun balik bukannya lama, dalam seminggu sahaja. Saya rasa awak dan pekerja yang ada dah boleh berdikari, saya yakin.

Najwa; Saya pun rindu dengan Mak dan Abah, lama tak jumpa mereka.

Sam; Saya pun balik ini nak berbincang dengan mereka tentang hal kita ini, dan mungkin nak meminta mereka datang kesini untuk merisik dan meminang kamu.

Najwa; Itu terpulanglah kepada kamu.Saya tak jadi masaalah.

Sam; Saya sekarang rasa kita dah boleh berdikari dan terus berusaha memajukan perniagaan kita. Lagi pun saya rasa tak eluk juga kita bergini terlalu lama sebab fikiran saya selalu kacau ingatkan kamu.

Najwa; Itulah awak, cari penyakit.

Sam; Memang sakit pun dah.hehehhe

Najwa; Bila awak bercadang nak balik?.

Sam; Habis minggu ini, tiga hari lagi. Sebaik habis tempahan Wan Ariffin tu.

Najwa; Eluklah tu, sebab kita dah dapat bayaran banyak sikit masa itu.

Sam; Najwa saya cadang nak minta sikit duit untuk dibawa pulang sebab saya nak bagi sedikit pada orang tua saya, dan kalau melawat Mak Andak dan Mak Anjang, nak juga hulur sedikit kat mereka.Merekakah yang juga membela saya dari kecil.

Najwa; Eluklah tu, sebab lama sangat awak tak balik kampung. Tentu mereka rindu sangat dan tertanya-tanya hal awak disini.

Sam; Saya cadang nak ambil dahulu sebanyak Seribu Lima Ratus Ringgit dahulu duit perniagaan kita untuk dibawa balik nanti. Saya nak belikan sedikit hadiah, serta tinggalkan sedikit lebih untuk mereka untuk dijadijan Tambang serta belanja untuk mereka datang kesini bagi tujuan merisik dan meminang awak nanti.

Najwa; Itu terpulang lah pada awak dan yang penting semuanya beres dan perniagaan kita dah ok semua. Saya ikut sahaja.

Sam; Lagi pun wang gaji saya pun sudah hampir habis sebab saya buat perbelanjaan selama ini, kerana saya tidak mengambil sebarang gaji atau upah dari perniagaan kita.Kekadang wang saya itu saya gunakan juga untuk membeli sebahagian barangan untuk perniagaan kerana malas saya nak berkira sangat dan menuntut semula kerana bukan banyak pun.

Najwa; Saya faham, tapi kalau awak balik, jangan lama sangat, nanti susah kami yang tinggal ini, kerana tak tahu juga nak buat jika ada tempahan baharu.

Sam; Susah bekerja atau rindukan saya?.

Najwa; Ya lah tu.

Akhir minggu itu, Sam pun berangkat pulang kekampungnya setelah berada hampir empat bulan di Terengganu.

No comments:

Post a Comment