Pada tengahari itu, Sam telah selesai segala tugasnya menyediakan semua barangan keperluan untuk dia menetap dibilek nya dibangunan itu. Sam dan Azmi mengambil satu bilek berasingan setiap seorang.Sam merasakan masih banyak masa untuk pergi melawat ayah dan ibu Njawa di Hiliran Masjid. Sam pun menyewa sebuah beca dan memintanya menghantarkan dia ke Hiliran Masjid.
Beca; No gi dane Awang?.
Sam ; Saya nak pergi ke Hiliran Masjid Pakcik.Berapa tambangnya Pakcik?.
Beca; lima Riyal sahaja, Awang ni orang luor rupenyer, kalau gitu pokcik kena cakap luor juger ler.
Sam; Oklah pakcik. Boleh kah pakcik bercakap cara orang luar?. Saya ni baru hari ini sampai kesini. Pening juga nak faham cakap orang disini. Heheheheh
Beca; Boleh lah sikit-sikit tapi dok berapa pandai jugok. Pak cik dah hampir lima belas tahung bawa Teksi ni, ah! Beca, dan banyak bawa orang luor jadi boleh lah faham cara mereka bercakap;
Sam pun menaiki Beca pakcik itu dan mereka memulakan perjalanan.
Sam; Berapa jauh tempat tu Pakcik?
Beca; Dok jauh sangat, lebih kurang empat batu dari sini. Kita ikut jalan Pulau Kambing.
Sam; Waoit! Jauhnya pakcik, tak penat kah pakcik kayuh beca ini?.
Beca; Nok kate apa Wang, Eh! lupa pulok pakcik, nama awang ni saper?
Sam: Nama saya Sam pakcik. pakcik bawa beca dah lima belas tahun? Lama tu. Berapa sebulan pakcik boleh dapat sebukan bawa beca ini? Maaflah Pakcik saya bertanya.
Beca; Takper Sam, ramai juger orang bertanya. Pakcik dapatlah dalam tiga ratus sebulan. Payah nok cari makang sekarang ni, ramai sungguh orang bawa teksi, Emmmmm beca. Kekadang dapat seriyal dua ajer sehari, nasib baik pong, buleh dapat 15 riyal.
Sam; Susah juga ya pakcik nak cari makan ni.
Beca; Awang ni asal dari maner?, buat aper mari sini?
Sam; Saya dari Kuala Lumpur, saya datang nak berkerja disini. Tadi tu yang tempat pakcik ambil saya tulah tempat kerja saya.
Beca; Anak ni buat aper? Doktor ker?
Sam; Saya bukan doktor pakcik tapi pelukis sahaja.
Beca; Doh tadi mu naik beca pokcik depan spital tu!. Pakcik ingat dokter.
Sam; Saya kerja tempat Batik yang depan hospital tu, yang ada tulis Batik Housa tu.
Beca; Ooooo, ingatkan Dokter tadi. Berapa gaji mu sebulan kerja dinung?.
Sam; Saya bukan bekerja dinung, saya pelukis Pakcik.
Baca; Hok aloh! maksud pakcik gaji kamu kerja disana.
Sam: Ooooo, tulah manalah saya faham sangat cakap orang sini. Dia orang bayar saya dalam seribu lima ratus sebulan.
Beca; Mak ai! banyoknya gaji kamu wang. Macam dokterlah tu.
Sam. Manalah saya tahu gaji doktor tu berapa pakcik, tapi dia orang bagi begitu, saya terima sahaja.
Beca; Senanglah hidup mu wang. Tapi memang, orang Kolompo yang kerja disini selalunya bergaji beso.
Sam; Tak tahulah pakcik, ia kot. Eh! itu ada tulis Hiliran Masjid pakcik, kita dah samapai ya pakcik?.
Beca; Tahu pong, kita doh sampai doh, tak per pakcik tulong bawa sampai rumoh orang yang awang cari.
Pakcik Beca itu membawa Sam memasuki kampung itu dan setelah bertanya dengan orang kampung disitu akhirnya Sam sampai juga kerumah ibu-bapa Najwa.Pacik beca itu terus memberhentikan becanya dihadapan rumah itu yang mana terdapat lelaki agak berumur yang sedang duduk dimeja kayu dibawah pokok.
Baca; Asalammualaikum,
Rahim; Waalaikummusalam.
Beca; Ni ha! Awang ni mari dari Kolompo, dia mencari rumoh Wan kamariah dan Abdul Rahim. Ini ke rumohnyer?.
Rahim: Yer! ini rumohnyer, tapi Awang ni saper?.
Sam; Saya kawan Najwa pakcik.
Beca; Tak perlah, saya minta diri dulu yer!. Senanglah kalau doh jumpa rumohnya. Ambe minta diri dulu. Assalammualaikum.
Sam dan Ayah Najwa serentak menjawab salam penarik beca itu.
Rahim; Eh! marilah duduk sini dulu, pokcik sajer dok sini sebab dalam rumoh panas sangat, sini banyok angin sikit. Saper nama awang ni?.
Sam; Nama saya Hisyam pakcik, tapi orang panggil Sam sahaja.
Tiba-tiba seorang wanita berumur keluar dari pintu dapur rumah itu dan lama hati Sam, ini tentulah ibu Najwa. Dia hanya tersenyum melihatnya.
Kamariah; Saper awang ni? Datang cari saper?
Rahim; Ini Sam, katanya kawan Najwa dari Kolompo.
Sam; Ya makcik, saya kawan Najwa disana dan biasa sangat dengan sahabat lain yang datang dari Trengganu yang belajar bersama Najwa. Najwa juga yang suruh saya datang melawat makcik dan pakcik disini.
Kamariah; Gitu, doh Najwa disana guane? sihat ke dia?.
Sam; Sihat makcik, tapi masa datang kemari tempuhari, saya tak sempat beritahu atau jumpa dia, cuma dia beri alamat ini sudah lama.
Rahim; Bila Sam sampai disini? Nak buat aper?
Sam; Saya sampai pagi tadi, tapi saya pergi ketempat kerja dahulu dan selesaikan hal disana. Lepas semua selesai saya pun datanglah kesini.
Rahim; Patutlah lewat sampai disini. Sam ni nampok muda sangat lagi, doh kerja?. Buat kerja aper?.
Sam; Saya kerja macam yang Najwa berlatih sekarang, buat Batik Canting. Najwa dengan kawan-kawan dia yang bagi tahu saya tentang kerja ini. Saya minta dan dapat. Dah rezeki.
Kamariah; Kerja kat maner?
Sam; Saya kerja betul-betul depan hospital besar tu makcik. Saya pun tinggal disana, mereka dah sediakan tempat tinggal. Saya mengajar mereka membuat batik.
Kamariah; Gikgu lah ni, Berapa dia bayo Sam?.
Sam; Saya bukanlah cikgu, tapi hanya tahu melukis dan buat batik ini sahaja. Dulu pun masa saya jumpa Najwa dan semua rakannya, saya bekerja sebagai pelukis disana juga.
kamariah; Tentu beso gaji kamu wang, kalau dok takkan kamu mari sini.
Sam; Tak lah besar sangat gaji tu, diaorang bayar saya seribu lima ratus sahaja sebulan, dan tempat tinggal percuma.
Rahim; Masyaallah! banyak sungguh tu Sam, syukurlah.
Kamariah; Yer lah banyok tu, orang muda macam kamu doh bergaji beso, orang kerajaan pong mula masuk kerja baru lima ratus sebulan ler ni. Syukurlah mu Sam.
Rahim; Oi! maknyer, gilah buatkan Sam ini air sikit, saya pun nok jugok.
Kamariah; Kejap yer Sam, macik buat air dulu, duduklah borak dengan pokcik mu tu.
Masa itu seorang anak muda dengan motor cup sampai dan berhenti betul,betul berdekatan dengan mereka. Anak muda itu tersenyum lalu bersalam dengan Pakcik Rahim dan Sam.
Rahim; Ini abang Najwa, Yusri namanya.
Yusri; Saper ni Pok?
Rahim; Ini kawan Najwa dari Kolompo, dia akan bekerja disini. Mengajo buat batik yang macang Najwa belajo tu. Dia kata tempat ngajonya dekat depang Hospital Beso tu.Namanya Sam.
Yusri; Ooooo tempat batik baru depang Hospital tu, patutlah baru nampok, baru buat bulan ini, tapi dok nampok lagi orang kereje.
Rahim; Mu tahu gok Yus?.
Yusri; Dok tahu buat aper, hari-hari lalu kat situ. Beradong dia buat tempat tu. Ooo ngajo situ, ingatkan kat Kraftangan. Tapi dengo kabo tempat tu Bos Kraftangan yang punya.
Sam; Ya, Encik Mokhtar namanya.
Yusri; Gitulah gamoknyer. Tentu gaji mu beso Sam, kalau tak mu dok mari sini.
Rahim; Gaji beso ler, dia orang bayo Sam Seribu Lima Ratus sebulan.
Yusri; Adumak banyoknya Sam, boleh belanja saya nanti, heheheh
Sam; Boleh sahaja, tapi kerja pun belum lagi. Awal bulan ini baharu mula bekerja.
Yusri; Mu duk maner Sam?.
Sam; Mereka sediakan bilik untuk tempat tinggal diatas bangunan itu. Ada kawan seorang kawan tinggal disana, anak saudara bos.Dia yang nak berlajar tu.
Yusri; Berapa lama mu kereje disini?.
Sam; Satu bulan pertama ini percubaan nak lihat kebolehan saya dahulu, lepas itu kena sain kontrak selama 3 tahun untuk bekerja terus.
Yusri; Wah kaya mu Sam.
Sam; Tak pastilah lagi.
Ibu Najwa keluar dengan membawa beberapa cawan minuman dan mereka minum serta makan keropok goreng yang dibawa bersama.
Kamariah; Ingat kamu dok ader tempat tinggal, kalu dok bolih duduk rumoh mokcik ni, ada bilik kat bawoh tu. Abang Yusri kamu ni duduk, tapi boleh dia tinggal kat bilik atas pulok.
Sam; Tak apalah makcik, mereka sudah sediakan tempat tinggal, siap lengkap semua termasuk TV sekali, cukuplah tu. Lagi pun senang saya nak buat kerja.
Rahim; Betul tu, dah dekat dok payoh nok naik kenderaan. Kalau hujang, lagi susoh.
Petang itu Yusri membawa Sam bersiar-siar disekitar Bandar Kuala Trengganu dan akhirnya menghantar Sam pulang ketempat tinggalnya didepan Hospital itu.
No comments:
Post a Comment