Usaha Halim membantu Sam menarik lebih banyak Bas Pelancung juga sedikit sebanyak telah membantu Najwa Batik dapat terus bertahan dan terus beroperasi seperti biasa.
Sam; Halim!, Hari ini kamu dengan Kamal pergi berkempen kemana?.
Halim; Hari ini kita orang lepak di Padang Maziah. Disana hari ini mungkin banyak Bas Pelancung yang singgah dan kita orang nak berkempen disana.
Sam; Macamana kalau begini. Kamu buat Flyers, kemudian awak cari Ejen-Ejen dan bermula dari Rantau Abang, awak cari taukeh Kedai-Kedai, Resort-Resort atau sesiapa sahaja yang boleh mengedarkannya kepada semua Bas Pelancung atau Pelancung bersendirian untuk mengedarkannya.
Halim; Kalau macam itu, kita kena upah merekalah?.
Sam; Begini, setiap Plyers itu mesti dicop atau ditulis nama Ejen tersebut. Jika Pelancung yang membawa Plyer dan menunjukkannya kepada jurujual kita, tawarkan potongan sebanyak 10% dan ambil Flyers tersebut dan rekod siapa yang punya.Kita akan bagi komisen kepada semua Ejen sebanyak 2 peratus dari hasil jualan setiap pembelian yang dibuat oleh pelanggan. Kita bayar mereka setiap satu minggu sekali komisen mereka itu.
Halim; Betul juga tu, dan kita boleh jimat masa, serta lebih banyak Ejen boleh bekerja.
Sam; Dengan cara ini kamu dan Kamal boleh rehat sedikit dan membantu Wan diKilang. Saya kesian juga melihat dia bekerja kuat sekarang ini.
Dalam masa itu Sam terus berusaha mengutip semua Hutang Pelanggannya yang selama ini yang masih gagal membayar hutang-hutangnya. Kutipan hutang telah menjadi terlalu bermasaalah dan kebanyakkan pelanggan tidak mampu membayar hutang mereka.
Sam; Hj, tolonglah bayar sedikit wang saya tu, sebab saya sekarang amat susah dan mengalami kerugian, lagi pun hutang itu sebenarnya disebabkan oleh Cek Hj yang ditolak oleh pihak Bank ini. Saya dulu kalau tiada masaalah, langsung tidak pernah paksa Hj untuk membayar. Sekarang saya amat memerlukan, tolonglah saya sekarang. Kalau tak dapat semua, sikit dahulu pun jadilah.
Hj; Maaflah Sam, saya masa ini pun sedang susah sangat. Perniagaan saya amat teruk, dan nak buat makan keluarga pun masih tak cukup. Maafkanlah saya. Beginilah, ambillah Seratus Ringgit ini dahulu sebagai tidak menghampakan kamu Sam.Minta maaflah.
Sam; Alamak! sikit sangat yang Hj berikan ini. Cek Hj yang tendang ini semuanya bernilai hampir Sepuloh Ribu Ringgit, tolonglah bayar lebih sedikit Hj. Lagi pun hutang Hj ini sudah lama.
Hj; Itulah yang saya ada sekarang Encik Sam. Minta maaflah.
Sam; Oklah Hj, kalau begitu, harap pulangkanlah semua kembali semua kain-kain yang Hj ambil dari saya itu.Itulah cara yang paling mudah.
Hj; Minta maaflah Encik Sam, kerana kain-kain itu telah habis semuanya.Sehinggakan tiada sehelai pun yang tinggal.
Sam; Kalau begitulah ceritanya, saya sendiri pun tak tahu apa nak kata kepada Hj ini. Penipuan Hj sudah amat nyata serta tidak adil kepada saya.
Suatu hari kilangnya didatangi oleh sebuah Bas Pelancung dari Kuala Lumpur. Masa itu Sam berada didalam kilang menyapu sampah dibilik Tetamu dihadapan kilang itu. Semasa semua penumpang bas mula menuruni bas itu, Sam terperasan bahawa dia amat mengenali mereka kebanyakkan dari mereka iaitu bekas guru-gurunya yang pernah mengajarnya disekolah. Setelah diamati memang sah mereka adalah guru-guru dari sekolahnya,di Kuala Lumpur dimana sebelum ini Sam adalah perlajar sekolah itu.
Mereka semua memasuki kilang Sam beramai-ramai melihat semua pekerja yang sedang membuat kerja. Sam masih menyapu sampah sambil menundukkan muka untuk mengelakkan dari dikenali olih mereka kerana masa disekolah, Sam adalah pelajar yang nakal, dan mungkin menjadi pelajar pertama sekolah itu yang tidak mengambil peperiksaan SPM kerana menghilangkan diri.
Setelah melihat perkerja membuat kerja pembuatan batik, mereka akan pergi ke Pusat Jualan dan Pameran untuk membeli kain-kain Batik sebagai cenderahati dan ramai juga yang memborong untuk berniaga.Dalam proses pembelian akan berlaku tawar-menawar.
Guru 1; Adik, bolehlah kurang lebih sedikit kerana kami ini datang beramai serta ingin membeli banyak jikalau harganya agak murah.
Wan; Ya Encik, itu saya telah beri potongan sebanyak 10% sebab Bas Encik adalah melalui Ejen kami, dan kalau tidak, tak dapat.
Guru 2; Sikit sangat tu, kalau boleh berilah lebih sedikit dan kami bercadang untuk membeli banyak sedikit.
Guru 1; Saya mahu berjumpa dengan Taukeh kilang ini. Saya nak berunding sendiri sebab saya nak beli banyak untuk dibuat berniaga. Kawan-kawan saya yang kain juga begitu.
Wan; Kalau begitu, Encik berundinglah sendiri dengan Taukehnya. Kebetulan dia ada hari ini. Encik nampak tak lelaki yang sedang menyapu dekat Kantin itu?, itulah dia Taukehnya. Nanti saya panggilkan dia.
Sam pun memasuki bilik pameran tersebut dan buat-buat tak kenal pada semua yang ada disitu, tetapi dua tiga orang gurunya yang amat rapat dengannya disekolah terpegun mengamati wajah Sam.
Mereka kemudian berkata bahawa amat biasa melihat wajah Sam dan Sam hanya tersenyum sahaja. Akhirnya mereka cuba meneka dan berkata bahawa Sam ini adalah perlajar VI yang bernama Sam. Sam ketawa dan mengiakan tekaan mereka.
Maka gamatlah semua guru-guru itu serta memuji kejayaan Sam dan tidak kurang juga mengenang kenakalan dan kegagalan Sam meneruskan pelajaran sehingga tidak mengambil peperiksaan SPM. Walau bagaimanapun mereka sudah berpuas hati serta mengucapkan tahniah diatas kejayaan Sam.
Maka pada hari itu Sam telah menawarkan semua guru-guru tersebut harga yang tidak pernah diberi kepada pelanggan sebelum ini. Mereka semua pulang dengan senyum riang serta berbangga dengan anak murid mereka yang paling bermasaalah semasa disekolah. Sam juga merasa seronok sangat kerana dapat melihat wajah-wajah yang selalu diingatinya sekira dia mengimbau zaman persekolahannya.Memang dia nakal dan selalu ponteng sekolah dan
Sam teringat bahawa semasa dia tingkatan 3 dia hanya datang kesekolah hanya lebih kurang 100 hari sahaja tetapi keputusan SRPnya cemerlang juga. Sam tersenyum sambil duduk diruang tetamu. Dia mula mengingatkan zaman sekolahnya serta kejadian yang berlaku semasa dia tinggal diasrama.
No comments:
Post a Comment