Sam terpaksa membekukan sebahagian pembayaran hutangnya kecuali yang melibatkan bahan mentah perusahaannya terutama kain putih yang harus dibeli secara tunai.Mengikut perancangan Sam, mungkin semuanya akan pulih semula dalam masa tiga atau empat bulan sekiranya jualan berterusan seperti yang ada sekarang.
Walaupun Sam menghadapi keadaan yang agak gawat, tetapi dia amat jarang mahu berunding dengan Najwa dalam hal ini kerana didapatinya Najwa selalu memberi pendapat yang amat nagetif berkenaan banyak hal serta cadangan yang dikemukakan.
Dalam masa yang sama Sam dapati tiada langsung tanda memahami serta simpati yang ditunjukkan oleh Najwa terhadap dirinya.Ini terlihat dikala malam hari dimana Sam selalu keluh-kesah dan sukar hendak tidur. Najwa akan terus tidur dan tiada memperdulikannya sehinggakan ada masanya dia merayu Najwa untuk menemankannya yang bersendirian. Najwa hanya memberi tahu yang dia tidak boleh berbuat apa-apa atau nak berkata apa-apa.
Pernah juga Sam yang amat marah dengan sikap Najwa itu yang seperti tidak memperdulikannya, menyepak kaki Najwa yang lena tidur dengan tujuan untuk membangunkannya. Namun,semuanya sia-sia.Berhubung layanan sebagai isteri, Najwa tidaklah menolak, tetapi ianya seperti biasa, dingin dan hamabar, seperti sekadar melepas batuk ditangga sahaja. Sam merasa kesunyian dan tidak dihargai.
Sam; Kenapalah awak sebegini Najwa?. Langsung tak memperdulikan saya dan saya terasa seperti Pengemis dengan awak.Saya sahaja yang asyik memberi serta cuba menjaga hubungan kita sedangkan awak seperti tidak ambil kisah langsung.
Najwa; Pengemis macamana yang awak maksudkan?.
Sam; Maksud saya ialah, saya sahaja yang memulakan semuanya sedangkan awak tak pernah pun cuba mengambil hati saya. Saya sahaja yang mengucapkan kata kata yang baik-baik serta ucapan sayang kepada awak, tetapi awak tidak pernah sekali pun berkata sayang kepada saya dari mula kita kahwin. Saya juga yang selalu meminta maaf kepada awak sekiranya saya ada membuat kesalahan pada awak, tetapi awak tidak pernah sekali pun.
Najwa; Nak buat macamana?. Saya memang begitu. Kalau awak susah hati, tak payah awak minta tolong dari saya, lebih baik awak sembahyang serta minta tolong dengan Allah.
Sam; Betul cakap awak tu, tapi awak lupa yang kita ini manusia biasa yang perlu segala-gala yang macam manusia biasa. Saya bukan malaikat.
Najwa; Saya pun bukan tahu apa-apa berkenaan hal awak, lagi pun saya letih kerana menjaga anak.
Begitulah keadaan Sam dan Najwa yang sekarang telah tiga tahun kebih berumah tangga, tetapi masih tiada sefahaman serta semakin parah.Akibat dari keretakan perhubungan itu, Sam ada juga terfikir untuk berkahwinn lagi kerana dia merasa amat tidak bahagia serta merasa terabai dan kesunyian.
Usaha untuk memulihkan perniagaannya tetap Sam utamakan. Segala macam usaha serta ikhtiar dilakukan termasuk membuat pameran dan pertunjukan Fesyen bersama dengan Batik Malaysia Berhad (BMB). Sam juga pernah membuat satu pameran bersama BMB diHotel Federal di Kuala Lumpur yang juga dimasa itu telah dihadiri oleh Perdana Menteri bagi tujuan memertabatkan Industri Batik Sutera diNegara ini.
Dengan beberapa jenis corak dan fesyen yang dicipta oleh Sam semasa dipameran itu, dia telah berjaya memdapat peluang untuk membekalkan Pakaian Sutera kepada BMB dalam kadar yang amat banyak.Sam merasa amat gembira serta berazam untuk berusaha kuat untuk memulihkan semula perniagaannya.
Sepanjang masa dia berniaga, inilah satu tempahan yang terbesar yang pernah di dapatinya. Selain itu, Sam juga mendapat tempahan yang mencuruah-curah kerana fesyen rekaan terbaharunya amat diminati oleh pelanggan.Bagi Sam, inilah kebangkitan terbaiknya setelah mengharungi dua peristiwa kerugian yang agak teruk.
Untuk memenuhi semua tempahan dari BMB serta pelanggan-pelanggannya Sam telah membeli kain Sutera dengan kadar yang banyak dari seorang sahabatnya yang bernama Syukri. Sam berharap dengan perlaburan yang sebegini banyak, akan dapat menyelesaikan sebahagian dari masaalahnya.
Sam mengarahkan semua pekerjanya untuk bekerja siang dan malam bagi mempercepatkan kain-kain tersebut diproses. Hampir sebulan mereka bekerja bertungkus lumus untuk menyiapkan semua kerja. Sebaik sahaja semuanya siap, Sam pun menghantar semua kain-kain tersebut ke BMB dan juga pelanggan-pelanggannya. Senang hati Sam sedikit kerana mungkin selepas sebulan, semua pembayaran akan diterimanya seperti mengikut perjanjian.
Dalam masa itu Sam masih meneruskan pembuatan Stok bagi jenis fesyen yang sama serta juga menggunakan kain sutera. Dia menjangkakan bahawa selepas sebulan, tentu barangan akan diperlukan lagi oleh BMB dan pelangga-pelanggannya sekiranya mengikut kebiasaan.
Mengikut pemerhatian dari minat pelanggan yang membeli dari Pusat Pamerannya, memang pembeli hanya memilih fesyen terbaharunya sahaja sekarang.Jangkaan Sam berkenaan ciptaan itu akan mendapat pasaran serta akan menjadi Tren atau kegilaan pembeli adalah tepat. Sehinggakan Sam pernah berangan untuk memperosesnya secara banyak sehingga seratus ribu pasang jika ada modal mencukupi.
Pada suatu dari, seorang pelanggannya telah datang berjumpa dengannya serta mengadu bahawa Kain Sutera yang dibelinya amat cepat koyak dibahagian jahitannya, walaupun telah dijahit sebanyak dua kali.dia telah cuba bebagai kaedah jahitan tetapi semuanya tetap sama.
Sam; Wan, cuba kamu lihat stok kain sutera putih kita dalam store, banyak lagi kah?
Wan; Mana ada lagi Encik Sam! pagi tadi sudah habis dikeluarkan dan telah dipotong semuanya, Kita sudah memeproses semuanya selama dua bukan ini. Semua telah siap dan ada saya catit dalam stok.
Sam, Ya- Allah Wan, saya mahu pengsanlah masa ini. Kali ini betul-betul saya akan mati dan perniagaan ini akan hancur.
Wan; Kenapa pula Encik Sam?. Orang perempuan tadi tu datang buat apa?. Saya lihat dia tunjuk-tunjuk kain sutera kepada Encik Sam.
Sam; Itu ha! dalam beg plastik tu, dia pulangkan kain sutera yang dibelinya dua minggu lepas,dia kata kualiti kainnya amat teruk dan tidak boleh dijahit, kerana akan cepat koyak. Saya sudah periksa dan memang benar, ianya akan kotak walaupun kita hanya tarik dengan perlahan sahaja.
Wan; Sudah itu bagaimana dengan BMB dan perniaga lain yang telah banyak membeli barangan kita itu?. Mestilah mereka pun akan pulangkan semua kain-kain itu.
Sam; Kalau sudah begini, kemungkinan besar semua kain-kain kita akan bermasaalah dan saya akan mampus. Perniagaan ini mungkin tidak boleh bertahan kerana saya sudah tiada modal yang mencukupi untuk beroperasi. Kalau ini betul-betul terjadi, maka mungkin ramai pekerja terpaksa diberhentikan.
Wan; Betulkah Encil Sam?. Kalau begitu kesihan melihat mereka dan mungkin saya juga terpaksa berhenti nanti.
Sam; Nampaknya begitulah Wan. Bukan sahaja semua pekerja termasuk awak, saya pun terpaksa berhenti bekerja, atau pun saya terpaksa bermula dari mula seperti saya mula-mula membangunkan perniagaan ini dulu. Modal saya sudah habis. Kalau semua stok yang ada ini habis terjual pun belum tentu boleh melunaskan segala hutang-hutang saya.
Wan; Aduhai, sedihnya saya Encik Sam, tapi kalau Encik Sam hendak membuatnya semula dari bawah semula, saya masih mahu bekerja walaupun bergaji sedikit. Saya akan tolong dan akan pujuk sahabat yang lain membantu juga.
Memang benar jangkaan Sam iaitu selepas itu pihak BMB telah menolak semua kain-kain sutera yang dibekalkan. Selepas itu semua pelanggan-pelanggan nya yang lain juga berbuat demikian.
Akibat perkara tersebut, Sam telah memberhentikan sebahagian pekerjanya dan hanya meninggalkan sebahagian sahaja yang terdiri pekerja mahir dan separuh mahir untuk terus bekerja. Akibat kekurangan modal Sam terpaksa membuat barangan murah sahaja sebagai tindakan bertahan, disamping mengambil semula kaedah Upahan Proses seperti yang dilakukannya sebelum ini. Ini menyebabkan kadar keuntungan menjadi amat berkurangan.
Sam juga berusaha mengutip hutang-hutang lapuknya yang masih belum dibayar yang berjumlah hampir ratusan ribu ringgit tetapi semuanya hampa. Ada yang tidak mampu membayar, sudah berhenti berniaga dan ada juga yang telah meninggal dunia. Apa jua cara Sam lakukan bagi mempastikan perjalanan kilangnya berjalan seperti biasa.
Akibat dari tekanan dan kerunsingan, Sam menjadi terlalu bersedih dan murung.Dia merasakan amat kecewa serta putus asa.Fikirannya amat kacau dan keliru.
Wan; Kenapa Encik Sam kelihatan amat teruk hari ini?. Sudah makan?
Sam; Tak ada selera Wan, hati sedih sangat ni. Tak tahu mana nak pergi untuk berehat. Saya susah hati sangat ni, lagipun tiada siapa yang boleh saya bercakap.Terasa sangat seperti orang terbuang.
Wan; Kenapa cakap begitu?. Bawalah anak dan Najwa pergi berihat.Biar tenang sedikit. Mungkin boleh dapat ilham baru.
Sam; Najwa itu keluarga awak, jadi saya pun amat payah hendak cakap masaalah saya sebenar.Lagi pun awak lihatlah, sebahagian keluarganya masih tak bertegur dengan saya sehingga sekarang, sudah hampir tiga tahun.
Wan; Sebenarnya saya tahu Cik Sam, saya juga sebagai keluarganya tahu serba sedikit hal Encik Sam dan Najwa serta keluarganya.Lama sudah tahu tapi tak mahu campur. Saya pun kesal dengan apa yang berlaku serta berasa semua itu tak patut berlaku.
Sam; Bukan itu sahaja Wan, sebenarnya saya dan Najwa pun amat kurang mesra dan saya terlalu rasa terasing serta tidak diperlukan. Ah! biarlah, itu masaalah saya.biarkan lah.
Wan; Yalah Encik Sam, saya pun tak patut campur hal itu. Tapi sebagai manusia biasa, saya faham bahawa semua itu akan memberi kepada pemikiran serta semangat kita. Saya pun tak tahu apa nak katakan lagi. Kalau tak dapat bantu pun, berilah simpati sedikit.
Sam; Tak tahulah Wan, semua itu mungkin telah diatkdirkan sebagai Ujian kepada saya. Mungkin kot semua yang terjadi ini semuanya ada hikmah untuk memberi saya kesedaran dan Ilmu. Lagi pun sebelum ini saya mana pernah belajar berniaga atau pun berniaga.
Wan; Yalah, siapa yang pandai terus semuanya, kena berlajar, tapi saya lihat masalah Encik Sam ini bukan sahaja perniagaan sahaja tapi kurang sokongan semangat dari keluarga.
Sam; Ah! biarlah Wan, saya sendiri sudah malas nak merayu dan mengajar lagi.Kalau diteruskan, mungkin akan timbul pergaduhan dan suasana lebih buruk. Saya sekarang hanya hendak berfikir dan menguatkan semangat saya untuk terus berusaha. Jangan saya jatuh sakit dalam masa ini, sudahlah.
Wan; Yalah Encik Sam, saya sokong, harap boleh berjaya.
.jpg)
No comments:
Post a Comment