Kalau dahulu semasa perniagaannya masih kecil, masaalah yang dihadapi pun kecil juga, tetapi sekarang permasaalahannya menjadi besar dan berliku serta mungkin melibatkan maruah serta Imej perniagaan.
Sebagai sebuah perniagaan terkenal Sam tahu bahawa ramai orang yang memerhatikannya dan tidak kurang juga ramai yang ingin melihat dia musnah. Sam berazam memperbetulkan segala kesilapannya bagi memastikan perniagaannya dapat terus berkembang dan maju semula.
Sam terduduk kecewa dan fikirannya amat kusut. Dia tahu bahawa dia dalam masaalah besar kerana akan kerugian dengan jumlah yang amat besar. Mulai dari hari itu Sam amat tertekan dan dia mula merasa takut akan keadaan perniagaannya.
Dia mula resah dan sukar tidur walau pun segala aktiviti perniagaannya masih seperti biasa.Dia mula tidak dapat melunaskan gaji pekerja tepat pada masa seperti dan selalu lewat, dan kekadang secara beransur-ansur.
Pembayaran kreditnya juga terpaksa ditangguhkan atau dikurangkan dari apa yang telah dijanjikan. Sam memang kekurangan wang dan akhirnya terpaksa mengurang aktiviti pengeluaran dengan memberhentikan pekerja yang kurang mahir dan mengekalkan pekerja mahir atau yang telah lama bekerja.
Dengan itu tiada lagi bekerja untuk shif malam dan hanya bekerja pada waktu siang sahaja. Ada juga Sam menceritakan hal itu kepada Najwa tapi dia tidak sangat faham hal sebenar malah tiada sebarang kata nasihat atau peransang dari Najwa.
Malah bila waktu malam Sam memang susah nak tidur, dia akan mengejutkan Najwa yang telah tidur lebih awal bagi menemankan dia bersembang bagi menenangkan perasaannya, tapi tidak diperdulikan. Pernah dia merayu supaya Najwa menemaninya yang sukar tidur tapi tak dilayan dengan sepatutnya.
Dia keseorangan dan penuh dengan tekanan serta tiada teman yang bersamanya menghadapi dan berdepan semua masaalah. Bagitu juga layanan Najwa ditempat tidur, masih tidak berubah malah lebih dingin.
Bila dia amat tertekan, Sam akan pergi menyelam dilaut untuk menenangkan fikiranya.Untuk menceritakan masaalah ini kepada teman-teman seperniagaannya mungkin tidak patut kerana kebanyakkan mereka pun bergantung pada Sam untuk berniaga dengan bantuan kredit yang diberikan kepada mereka.
No comments:
Post a Comment