Halim; Ini Sam, dua akaun dengan wang didalamnya sebanyak Tujuh Ribu lebih, wang tunai yang saya jumpa bawah tilam dan enam pasang kain sutera yang Kamal jumpa dalam beg pakaiannya. Hah! dia hendak kata apa lagi?. Mari kita buat report Polis sahaja.
Sam; Hah! apa awak nak kata lagi Din?. Kain ini pun sudah lagi membuktikan awak memang mencuri.
Zainuddin; Ya Encik Sam, saya mengaku bersalah dan saya berjanji akan membayarnya secara beransur-ansur.
Sam; Din, mana dompet awak?. Bagi saya lihat.
Zainuddin; Ini Encik Sam.
Sam; Wah banyak lagi duit awak ni. Halim, masih ada empat ratus lagi didalam ini. Din saya ambil yang ini juga. Minta maaf, saya memang sudah tidak percaya dan kesihan lagi kepada awak.
Halim; Rampas sahaja semua apa yang dia ada Sam.
Sam; Halim, tolong photostat Kad pengenalan dia ni, saya hendak sekurang-kurangnya tiga salinan. Cepat sedikit.
Zainuddin; Encik Sam, maafkan lah saya, harap janganlah repotkan hal ini pada Polis.
Sam; Din betul tak kalau saya katakan yang nilai semua kain-kain yang awak curi itu bernilai lebih dari lapan puloh ribu ringgit semuanya?.
Zainuddin; Betul Encik Sam.
Sam; Awak jual berapa sepasang? Awak jual lelong atau ikut harga borong?.
Zainuddin; Saya suruh keluarga saya jual ikut harga yang biasa Encik Sam jual runcit sekarang.
Sam; Amboi! kayalah awak sekeluarga, bermakna awak boleh dapat seratus ribu lebihlah?.
Zainuddin; Tapi masih banyak orang yang berhutang yang masih belum membayar. Duit yang sudah dapat saya suruh keluarga saya buatkan rumah dan buat belanja mereka.
Sam; Sampai hati awak bagi keluarga awak harta Haram untuk dimakan, dan sampai hati awak khianati kami semua.
Halim; Nah Sam! fhotostat kad pengenalan dia.
Zainuddin; Encik Sam, ampunkan saya dan janganlah repotkan saya. Saya berjanji akan membayarnya balik secara beransur-ansur.
Sam; Lagi satu Din. Sebelum ini saya ada kehilangan sekeping Cek yang saya tinggalkan diatas meja ini. Saya tinggalkan sebanyak empat keping cek Kosong yang saya tandatangani untuk Najwa membayar bil-bil bahan mentah dan untuk belanja dia, tapi sekeping telah hilang dan ada orang telah cuba menunaikan dengan jumlah sebanyak Tujuh Puloh Lapan Ribu Ringgit. Apa awak nak cakap hal tersebut?.
Zainuddin; Ya, memang saya yang ambil cek tersebut, tapi saya tak tunaikannya.
Sam; Din, mujurlah masa itu saya tak ada wang sebanyak itu masa itu, kalau ada susahlah saya Din. Awak ini manusia atau binatang Din?. Tak ada hati perut langsung. Sebab duit awang menjadi amat jahat.
Zainuddin; Maafkan saya Encik Sam.Saya tak akan buat lagi.
Sam; Minta maaf memang mudah Din, tapi selepas ini tak payahlah awak nak kata tidak akan buat lagi, kerana mulai hari ini awak tidak akan bekerja disini lagi.
Halim; Repotkan sahaja Sam, benci sangat aku lihat muka dia.
Sam; Ok Din, Ini surat akuan awak behutang serta Invoice yang telah saya tulis jumlah yang hendak saya tuntut dari awak, iaitu dalam anggaran Lima Puloh Ribu sahaja. Awak sain dan cap jari sekali. Din dan Kamal tolong tanda tangani sebagai saksi. Lepas itu awak, dan Halim serta Kamal, pergi keluarkan semua wang dalam simpanan awak ini dan balik semula kesini.
Selepas menandatangani semua surat yang Sam kehendaki, mereka pun pergi mengikut arahan yang Sam suruh itu. Lebih kurang dalam masa satu jam, mereka telah pulang dan menyerahkan semua wang yang telah dikeluarkan dari Akaun Zainuddin.
Sam; Ok, sekarang saya nak bagi tahu awak Din. Semua wang tunai dan campur dengan wang yang baru awak keluarkan dari akaun awak tu, saya ambil semuanya. Ambil Kad Pengenalan dan Dompet awak ini semula dan sekarang juga saya hendak awak berkemas dan malam ini awak mesti pulang keKuala Lumpur. Kalau awak masih berdegil, mungkin saya akan buat repot polis. Ini wang Lima puloh Ringgit sebagai belanja dan tambang awak. Selain itu, awak sudah tandatangan surat akuan dan Invoice dan awak mesti membayar saya setiap bulan sebanyak Tiga Ratus Tinggit setiap bulan sehingga habis hutang awak.
Halim; Kau faham tak Din?. Kau nasib baik kerana Sam masih boleh bertimbang rasa lagi. Kalau saya, tak tahulah apa nak jadi.
Zainuddin; Terima kasih Encik Sam dan saya janji akan bayar semua hutang itu.
Sam; Din, lepas ini awak jangan bagi sampai saya saman awak, nanti lagi teruk.
Zainuddin; Saya faham dan malam ini saya akan balik ke Kuala Lumpur.
Sam; Ok, ini surat salinan perjanjian untuk awak, dan bolehlah awak pergi dan berkemas-kemas untuk pulang malam ini. Ingat, jangan cuba main menipu lagi dengan saya.Kalau tidak awak akan mendapat susah lagi.
Zainuddin pun pergi meninggalkan mereka untuk berkemas segala barangannya dan tidak lama Zainuddin pun keluar dari rumah Sam setelah meminta maaf dan bersalaman dengan mereka semua.
Halim; Kenapa kau tak repotkan sahaja Sam?. Kalau aku masak dia aku kenakan. Orang macam itu bukan boleh bagi muka pun.
Sam; Kalau ikut hati memang begitu Lim, tapi akhirnya kita yang rugi walaupun dia kena tangkap. Sudahlah susah nak mendakwa dia, silap-silap dia boleh lepas jika kurang bukti. Kalau dia didapati bersalah pun, bukan boleh dapat duit kita balik pun. Cara ini lagi baik, kalau dia tidak bayar mengikut syarat, kita masih boleh saman dia sehingga dia membayar semua duit itu.
Halim; Betul juga cara kau ini.
Selepas itu Sam, Kamal serta Halim telah pergi kekilang untuk berbincang dengan Wan berkenaan masaalah tersebut.
Wan; Masyaallah, saya sungguh tak percaya yang dia sanggup berbuat sedemikian, saya betul-betul tak tahu Encik Sam. Dahsyat betul perangainya. Kalau dilihat orangnya, Pijak semut pun tak mati.
Sam; Sudahlah tu, dia pun sudah tiada lagi, yang tinggal kita yang ditinggalkan dengan penuh masaalah sekarang. Semua ini bukan salah sesiapa, tapi semua salah saya sebab belum cukup bijak menjaga perniagaan ini.
Wan; Kesian Encik Sam, sudahlah baru sahaja rugi banyak sebab kilang diSelangor dan kini hal Encik Din pula.
Sam; Sekarang beginilah, Wan dengan Kamal uruskan kilang dan Halim saya minta terus kempen besar-besaran menarik Bas pelancung bagi menggiatkan jualan kita. Tugas Utama Wan dan Kamal ialah mengira semua Stok Barangan Siap kita dan buat catitan dengan tepat. Sekarang saya tahu bahawa stok kita sudah banyak hilang atau rosak dan bermakna nilainya amat kurang. Mungkin tanggungan Hutang saya lebih besar daripada stok. Kalau terjual semuanya, belum tentu boleh menampung tanggungan saya.
Wan; Yalah Encik Sam, stok Selangor dah pasti tidak menguntungkan dan barangan yang hilang amat banyak. tentu amat berkurangan.
Sam; Aduh!, sekarang baru terasa sebak nafas saya. Mungkin kita terpaksa bekerja untuk beberapa bulan untuk menstabilkan pusingan modal kita semula. Halim, saya harap sangat usaha awak boleh membantu kita semua. Saya juga berharap semua pelanggan akan membuat pembayaran hutang mereka dengan cepat, kalau tidak, kita akan bermaalah.
Halim; Sabarlah Sam, kita cuba usaha. Saya akan cuba kempen pada waktu malam semasa bas-bas berada dihotel-hotel atau pusat peranginan supaya dapat berhubung dengan lebih banyak pelanggan.
Sam; Kamal, ajak seorang lagi pekerja lelaki untuk membantu kamu disini. Panggil budak Zakaria yang hendak bekerja disini tempuhari.
No comments:
Post a Comment