AHMAD BAHAROM CREATION

SILA BACA MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT.

NOVEL INI MASIH BELUM SIAP.

MASIH DI OLAH SERTA DIPERBETULKAN.


Friday, 19 December 2014

3.3 - SAM KERUGIAN.

Sudah hampir tujuh bulan semenjak kilang di Selangor dibuka, Sam masih kerugian kerana mutu pengeluaran yang amat buruk serta banyak kain-kain yang rosak. Sam merasakan dia telah membuat satu kesilapan yang besar dalam hal ini.

Wan; Encik Sam, nampaknya kain yang dibuat dari Selangor tidak dapat saya jual atau pamerkan kerana amat ketara mutunya yang amat teruk. Kalau dijual juga mungkin akan merosakkan Imej kita.

Sam; Kalau begitu awak buat apalah yang patut dan jangan sampai kita rosak nama baik. Saya cadangkan agar kain-kain itu kita buat Jualan lelong Akhir tahun sahaja.Mungkin kita boleh dapat mengurangkan kerugian yang kita tanggung.

Wan; Nampaknya kalau macam ini berterusan, susah juga kita kerana kain-kain ini terlalu banyak. Apa Encik Sam masih mahu meneruskan proses di Selangor lagi kah?.

Sam; Saya rasa mungkin hendak berhentikan kilang disana buat sementara waktu kerana saya pun sudah amat letih. Mungkin kita terpaksa menumpukan kerja-kerja di Trengganu sahaja dahulu.Saya pun tak tahan dengan kerugian yang telah dialami.Mungkin bulan depan saya akan membawa semua pekerja kita balik kesini.

Wan. Bagus lah kalau begitu.BOleh kita tumpukan membangun disini dan tutup segala kerugian. Lagi pun saya kesian lihat Encik Sam yang terpaksa berulang alik. Lagi pun amat merbahaya didalam perjakanan tu.

Sam; Ialah Wan, saya sudah buat kesilapan besar kali ini.Ingat nak bantu keluarga dan orang kampung sambil kita cari rezeki, tetapi tak sangka begini pula jadinya.


Akibat kerugian dan ketidakmampuan mengurus dengan baik, Sam terpaksa menutup Kilangnya diSelangor itu dan membawa semua pekerja mahirnya pulang bekerja diTrengganu.Akibat dari masaalah itu Sam menghadapi kesukaran kerana terpaksa menanggung bebanan hutang dari pembekal. Walau bagaimanapun Sam masih boleh bertahan dan membangun semula dengan perniagaannya yang masih mendapat sambutan yang amat baik.

Suatu hari, semasa Sam membersihkan rumahnya, dia terjumpa seikat kertas yang berupa seperti resit hantaran barangan melalui pejabat Pos. Gumpalan kertas itu agak banyak juga. Setahu Sam sebelum ini, dia ada membersihkan kawasan itu tetapi tiada terjumpa dengan kertas tersebut.

Setelah diteliti, ternayata ianya adalah keratan resit kiriman Bungkusan yang dibuat dipejabat Pos. Sam juga mendapati tarikh yang terbaharu yang tercatit pada resit itu adalah bertarikh pada empat hari yang lepas dan alamat kirimannya adalah semuanya sama iaitu Ke Bandar Tun Razak di Cheras.

Jika mengikut alamat yang tercatit, Sam tahu itu adalah alamat rumah ibu-bapa Zainuddin. Sam mula mengesaki sesuatu yang tidak kena dan dia telah pergi kePejabat Pos Cabang Tiga seperti yang tercatit di resit tersebut;

Pegawai Pos; Memang ini resit bagi penghantaran bungkusan Encik.Dan jika dilihat dari keterangan disini, semua bungkusan itu semua seakan-akan sama besar dan sama berat. Tak apa, nanti saya tanyakan pegawai yang mengendalikan bahagian parcel encik.

Pegawa Pos; Ini Encik Karim, dia kata dia tahu dan kenal siapa yang membuat hantaran tersebut kerana dia amat selalu membuat hantaran itu.

Sam; Encik Karim, encik kenal dengan orang yang membuat penghantaran ini?.

Karim; Saya tak kenal dengan dia Encik, tapi saya tahu dia bekerja diKilang Batik yang ada di Kampung To Ku itu. Kilang tu tak jauh dari sini.

Sam; Saya tahulah kilang batik itu. Tapi saya nak tahu bagaimana keadaan orang yang awak katakan itu?.

Karim; Orangnya agak rendah, putih dan pakai cermin mata dan yang paling saya perasan, dia sentiasa memakai sandal dan selalu memakai baju Melayu.

Sam; Kalau begitu, tidak mengapalah, terima kasih kerana sudi membantu.

Pegawai Pos; Eh! Encik ini bukankah Encik Sam, tuan punya kilang batik itu?.Saya perasan sebab kereta Encik. Jadi apa hal dia ni Encik?.

Sam; Ah! tiada apa-apa cuma saya nak tahu cara dia menghantar barangan kepada pelanggan. Itu sahaja. Oh!, ya, saya memang Sam.

Karim: OOO ! Jadi awak ini taukeh Najwa Batik itukah?. Saya ada juga menerima dua tiga kali bungkusan itu, dan saya pasti semuanya adakah berisi kain. Saya pasti Encik.

Sam; Ok! Terima Kasih.

Selepas itu Sam pun pulang serta membuat penyeldikan dan mendapati bahawa untuk sebuah bungkusan yang seberat itu sekurang-kurangnya muatannya adalah bersamaan dengan 20 pasang kain Pakaian Wanita.

Sam telah mengira semua kepingan Resit tersebut serta mendapat membuat anggaran bahawa sekurang-kurangnya 700 pasang kain yang telah dihantar oleh Zainuddin kealamat yang sama. Sam amat yakin bahawa tiada satu pun arahan penghantaran kain-kain yang dibuat secara Pos melainkan hanya melalui Bas Ekspress sahaja, dan itu telah menjadi amalan syarikatnya selama ini. Sam mula mengesaki bahawa Zainuddin telah mencuri Stok kain-kainnya. Semua perbuatannya telah berlaku lebih dari jangkamasa setahun. Sam bersyukur kerana Allah telah membukakan semua penyelewngan ini.

Sam juga mula mengesyaki Zainuddin yang mencuri cek kosong yang ditinggalkan kepada Najwa tempuhari, kerana terdapat sekeping cek Tendang yang dilapurkan oleh Bank kerana cuba mengeluarkan sejumlah wang yang amat besar, iaitu berjumlah sebanyak RM 78,000. Mujurlah Sam tidak mempunyai baki wang sebanyak itu dalam bank tersebut dimasa itu.

Berkenaan Cek Tendang itu, Sam tidak mahu memperbesarkannya kerana dia mengesaki Najwa yang hendak mengeluarkannya dan bila ditanya kepada Najwa dan dia menafikannya.Disebabkan takut bergaduh kerana mengesaki Najwa, Sam membiarkan sahaja hal tersebut dan mulai hari itu Sam tidak lagi berani memberi Cek Kosong kepada Najwa seperti biasa.

Untuk menyelidik hal kehilangan kain itu, Sam telah pergi kekilang dan berunding dengan Wan Gayah bagi mendapat bukti.

Sam; Wan, Encik Din kemana?.

Wan; Tadi dia kata nak keluar bersama Halim ke Bandar kerana hendak berjumpa pelanggan serta membeli pakaian. Dia berkata akan pulang selepas waktu rehat tengahari.

Sam; Kamal mana? Dia ikut jugakah Wan.

Wan; Ya, tapi Kamal kata dia hendak mengedarkan poster untuk Bas Pelancung yang singgah di Padang Maziah.

Sam; Oooo gitu. Wan awak kena tolong saya sedikit. Tolong cek serta jumlahkan rekod pengeluaran dalam masa setahun ini serta listkan setiap jenis dan jumlahnya sekali secara jelas. Awak ada catit kah?.

Wan; Mestilah ada dan tepat kerana saya tulis dan periksa setiap hari.

Sam; Lepas itu semak Invois dan Bil-bil serta jumlahkan semua jualan mengikut jenis pakaian. Selain itu saya mahu semua buku penyata hantaran barangan melalui Bas atau pos serta listkan juga mengikut jenis barangan.

Wan; Banyaknya Encik Sam, mana boleh siap sehari ni, mungkin dalan tiga atau empat hari untuk siapkannya. Itu pun kalau saya buat sampai malam hari dan saya terpaksa bawa balik kerumah.

Sam; Wan, awak minta Tengku tolong awak dan bawalah balik kerumah dan siapkan seberapa segera, lepas itu klaim Overtime. Saya minta awak buat semua ini secara senyap dan jangan bagi tahu Halim, Kamal dan Encik Din.

Wan; Iskh! macam pelik aja ni Encik Sam?.Ada yang tak kena kah?.

Sam; Tak adalah Wan, saya cuma nak periksa sahaja rekod yang awak semua catit. Jangan lupa, mesti rahsiakan.

Wan; Ok!, Boss, siap, memnjunjung perintah, heheheh.

Sam; Kau ni Wan, tak habis nak bergurau.

Wan; Yalah, lagi pun Encik Sam pun selalu dah tak datang ke Kilang, sunyi pulak saya.

Sam; Yalah tu, Sebenarnya saya sibuk dirumah dua tiga hari ini dan petang saya pergi kelaut.

Selepas empat hari bekerja siang dan malam untuk menyiapkan lapuran yang di \minta oleh Sam, dan setelah diteliti segalanya, Sam pun memanggil Kamal, Halim dan Zainuddin kerunmahnya.

Sam; Beginilah Halim, Kamal dan Din. Saya sebenarnya nak bercakap hal yang paling mustahak dan mungkin akan memalukan seseorang. Ini berkenaan dengan sesuatu yang paling saya tidak duga dan saya amat kecewa.

Sam mengambil keratan Resit Pejabat Pos itu serta meletakkan diatas meja tulisnya.

Halim; Apa ni Sam, ini macam resit pejabat pos sahaja.

Sam; Ya Halim, ini keratan bukti penghantaran kain-kain yang dibuatkan oleh Encik Din selama hampir setahun ini.Rupanya selama ini dia asyik menghantar kain-kain kerumahnya diKuala Lumpur. Saya tidak pernah memintanya membuat penghantaran itu. Kita tak pernah membuat penghantaran melalui pejabat Pos, melainkan melalui agen kita iaitu Pemandu Bas Eskpress.

Halim; Selama ini semua penghantaran diPejabat Pos itu bukanlah untuk pelanggan kita?. Alamak, saya pun kalau begini turut terlibatlah sebab saya selalu juga menghantarkan Encik Din semasa membuat penghantaran itu. Saya memang tak tahu langsung.

Kamal; Saya pun Abang LOng tak tahu langsung hal ini, saya ingat semua itu adalah penghantaran untuk pelanggan.

Sam; Along tahu Mal, Halim, kamu tak bersalah langsung, tapi apa kata kamu Encik Din?. ( Sam meninggikan suara sambil menepuk meja)

Zainuddin; Betul Encik Sam, saya buat semua itu. Maafkan saya kerana saya nak menolong keluarga saya yang miskin dan susah sekarang.

Sam; Haram jadah kau Din!, selama ini aku buat kau macam adik beradik, bagikau kerja dan gaji beribu pun kau kata susah lagi dan masih mahu mencuri lagi?.Kau ingat aku tak tahu apa barang yang kamu ambil?. Kalau ikut kiraan aku kalau mengikut bil-bil itu, kebih dari 700 pasang pakaian selama ini yang kau curi. Betul tak?.

Halim; Amboi sampai begitu banyak Sam?. Iskh! rasa hendak sahaja aku hentak kau Din masa ini juga. Melampau betul binatang ini. Berak dalam periuk yang memberi dia makan dan kesenangan.

Sam; Sabar Halim, akupun kalau ikut hati dan sudah tahu begini, mahu sahaja aku masukkan dia dalam guni dan rendamkan dalam laut. Tapi aku masih ada peri kemaknusiaan lagi. Bukan macam dia ini. Itu pun masih kata dia susah?, sedangkan selama dia mencuri, sudah hampir 80 hingga 90 ribu ringgit nilai semua kain itu. Itu sanggup kata masih susah lagi?. Awak mengaku tak Din?.

Zainuddin; Saya mengaku Encik Sam, saya minta maaf.

Halim yang senyap dari tadi amat marah serta menumbuk Din dimuka dan Din terlentang diatas lantai tetapi Kamal dapat menghalang Halim dari terus memukul Din.

Halim; Mad, apa tunggu lagi? Kita report sahaja pada Polis, biar dia kena dan merengkok dalam penjara. Geram betul aku lihat muka dia ni. Nampak Alim, sembahyang tak tinggal, tapi Syaitan Rupanya.

Sam; Sudahlah tu Lim, Kamal angkat Encik Din tu, suruh dia duduk.

Zainuddin; Maafkan lah saya Encik Sam, saya betul-betul minta maaf dan janganlah reportkan kepada polis, nanti malulah saya nanti.

Sam; Baru sekarang awak tahu malu ya?, masa buat tak fikir?.Sekarang saya nak tanya kamu, kain yang kamu curi itu masih ada atau sudah kamu jual?.

Zainuddin; Sudah habis dijual Encik Sam, keluarga saya yang jualkan dan sebahagiannya dijual secara berhutang. Masih banyak lagi duit yang masih belum dikutip.

Kamal; Kita repotkan pada Polis sahaja Abang Long, biar dia rasa merengkok dalam penjara.

Sam; Betul tu Kamal dan Halim, saya pun ingat begitu juga. Biar dia rasakan.

Zainuddin; Tolonglah Encik Sam, saya janji akan bayar semua nilai barang yang saya ambil itu tapi bagilah saya masa, biar saya kutip semua duit hutang pelanggan dan saya suruh ibu-bapa saya menghantarnya kesini. Saya berjanji tapi janganlah repotkan saya pada Polis. Tolonglah.

Sam; Din, awak ada buku simpanan diBank sekarang?. Kalau ada bawa kemari.

Zainuddin; Ada Encik Sam,nanti saya ambilkan.

Sam; Halim, Kamal, kau ikut Din pergi ambil Buku Simpanan Banknya dan bawa kemari. Din berapa akaun yang kamu ada?.

Zainuddin; Ada dua Encik Sam. Semua ada dalam bilik saya.

Sam; Semua ada berapa baki yang ada?.

Zainuddin; Semua ada lebih kurang Lapan Ribu Ringgit semuanya.

Halim; Banyaknya duit simpanan kau Din, Aku yang buat dua kerja ini pun tak boleh simpan duit sebanyak itu. Kau baru setahun lebih bekerja sudah ada simpanan sebegitu banyak?.

Sam; Mana tak boleh simpan banyak Sam, mungkin banyak lagi yang disonglap oleh dia disini. Lagi pun kalau begitu caranya, dia bukan ada hantar duit kekampung sebab keluarganya sudah kaya makan duit haram.

Halim; Memang haram jadah kau Din, Orang kerja tungkus lumus siang malam, kau main sapu sahaja. Ok Din mari pergi ambil buku akaun kau tu biar aku kawankan.

Sam; Periksa semua bilik dan begnya ambil semua akaun dan wang tunai yang ada.Bawa kesini.

No comments:

Post a Comment