Sam belum membuat apa-apa keputusan lagi selepas berkahwin. Dia menimbangkan sama ada terus menetap di Trengganu atau pulang ke Kuala Lumpur dan mencari pekerjaan disana.Memandangkan dia kekurangan modal sekarang, dia rasa lebih baik dia dan Najwa bekerja dibengkel Abangnya disamping berehat dan melapangkan fikiran. Lagi pun ianya mungkin cara terbaik untuk menghindarkan dari Yusri yang dikatakan masih berdendam dengannya.
Tidak sampai seminggu, Sam berkahwin, dia telah didatangi oleh pekerja-pekerjanya yang bekerja diHiliran Masjid. Mereka datang kerana mengucapkan tahniah keatas kejayaan Sam dan Najwa yang akhirnya dapat juga bernikah dan hidup bersama.
Mah; Encik Sam, apa rancangan selepas ini?. Maksud saya perniagaan Encik Sam. Adakah hendak meneruskan kerja di bengkel yang lama atau Enck Sam hendak buat kilang yang baru?.
Sakinah; Yalah Encik Sam, kamu ini sudah amat bosan duduk dirumah, kami hendak bekerja semula, dan berharap Encik Sam membuat kerja semula.
Sam; Entahlah Mah dan Sakinah, saya belum tentu lagi nak buat apa. Kalau setakat hendak menjalakan bengkel lama yang diHiliran tu, minta maaf sahajalah sebab saya memang dah serahkan pada Pak Yusri untuk dia usahakan. Satu benda pun saya tidak ambil. Awak semua boleh meminta kerja disana. Tentu dia ambil kamu semua bekerja.
Mah; Iskh!, tak kuasalah kita nak bekerja disana lagi,lepas saya tolak pelawaan mereka untuk menjodohkan saya dengan Pak Yusri itu pun sudah rasa amat malu dan kalau boleh, sudah tak mahu nak pergi bekerja disana, tapi kerana Encik Sam, saya teruskan juga.
Sakinah; Mah, bukan kah baik kalau kau terima lamaran itu dahulu, tentu sekarang kau sudah jadi taukeh Batik Sutera sekarang?. Kayalah lu, hehehehe
Mah; Gila kau Sakinah, kau ingat aku ni tak ada perasaan dan fikiran kah?.Dia hendakkan aku semata kerana aku sudah pandai melukis dan dengan tujuan lain. Kenal pun tak, dah nak buat bini.
Sam; Kamu berdua ini, tolonglah cakap hal lain pulak. Najwa tu sekarang sudah jadi isteri saya dan Yusri tu abang dia. Kalau didengarnya, tentu dia berasa hati nanti.
Mah; Ops!, maaf Encik Sam, tak perasan. Ni Sakinah yang buat pasal, dia buat cerita pula hal kita.
Sakinah; Apa kitanya pula?. Saya cakap kalau kau nak cepat bekerja, buatlah begitu, sebab Encik Sam sedang berfikir dan cari jalan nak buat kerja. Ko ingat senang nak buat semua itu?.
Sam; Sudah!, sudah, karang saya sekeh pula kepala ko orang. Beginilah, bagi saya tempuh seminggu dan selepas itu saya akan hubungi awak dan semua pekerja jika saya akan buat bengkel batik lagi atau tidak.
Mah; Cadangannya dimana Encik Sam?. Kalau boleh, janganlah jauh sangat. Kalau kat Pulau Rusa tu baik juga sebab senang pengangkutan.
Sakinah; Yalah Encik Sam, kami semua hendak bekerja dengan Encik Sam, biarlah tempat yang senang kami berulang alik.
Sam; Awak semua nampak tak tanah kosong disebelah rumah ini?. Saya cadang hendak cuba meminta tuan tanah itu menyewakan sebahagian tanahnya kepada saya untuk kita buat bengkel.
Mah; Iskh! tanah itu luas sangatlah Encik Sam, mahu dekat dua ekar luasnya. Buat Kilang pun boleh ni.
Sakinah; Kalau disini ok lah sebab lebih kurang sama jauhnya dengan Hiliran Masjid dan tambang bas dari Bandar pun sama harga. Saya setuju.
Sedang mereka berbual itu, Najwa keluar membawa minuman dan keropok goreng untuk menjamu mereka semua. Selepas itu, Najwa duduk bersama mereka.
Sakinah; Kak Najwa, Encik Sam kata yang dia bercadang hendak membuat bengkel ditanah kosong disebelah rumah ini. Wah kalau begitu, mungkin boleh buat kilang besar nanti.
Najwa; Iskh! belum tentu lagi, mungkin tuan tanahnya tak mahu nak menyewakan nya kerana hendak membuat rumah kot.
Sam; saya baru bercadang dan akan cuba bertanya, mungkin ada rezeki, siapa tahu.
Najwa; Lagi pun kita mana ada duit nak bayar semua itu dan tiada modal langsung hendak berniaga. Cara paling senang, kita buat semula kerja di Hiliran tu, semua sudah ada dan tak payah susah-susah lagi.
Sam; Minta maaflah kalau nak buat kerja disana lagi sebab hati saya sangat terguris dan saya juga tidak mahu menumpang orang lagi untuk berusaha. Tak apalah, biar saya usahakan sendirian.Mana tahu boleh berjaya.
Najwa; Itulah, kita jangan keras hati sangat, kena berfikir yang baik sahaja dan cari yang tidak menyusahkan kita.
Sakinah; Kita orang ini tak tahu apa-apa, cuma mengikut sahaja boss. heheheh
Sam; Tak apalah, biar saya uruskan semuanya. Awak tunggu sahaja berita dari saya. Saya akan beritahu Mah semua perkembangannya nanti.
Mah; Kalau begitu, biarlah kami balik dahulu Encik Sam dan Kak Najwa. Kami ni nak meronda-ronda kat Bandar dahulu sebelum balik kerumah.
Malam itu Sam telah pergi kerumah tuan tanah tersebut iaitu Ayahku Tuan Hitam dengan tujuan untuk meminta kebenaran menyewa tanah tersebut untuk dibuat bengkel batik. Sebenarnya Tuan Hitam inilah Iman yang menikahkan Sam dengan Najwa dan dia juga tahu serba sedikit kisah Sam dan perniagaannya sebelum ini.
Sam; Tuan Hj Haji, sebenarnya buat masa ini saya belum ada wang untuk membayar deposit sewa yang tuan sebutkan itu. Saya minta tempuh setelah saya menjalankan perniagaan barulah saya boleh membayarnya.
Ayahku; Saya faham Sam, buatlah dahulu apa yang patut, wang sewa tu bayarlah bila kamu sudah mampu. Yang penting kamu dan pekerja kamu dapat bekerja kembali. Insyaallah boleh berjaya.
Sam; Saya sebenarnya tak ada duit modal langsung ni Tuan, semua ini hanya bertawakal dan berharap bantuan sahabat atau orang yang sudi membantu sahaja.
Ayahku; Insyaalah Sam, kalau niat baik, Allah akan permudahkan. Cubalah. Saya dengar perniagaan awak sebelum ini amat maju, tapi biarlah itu semua. Mungkin ada hikmahnya.
Sam; Ia Tuan, cobaan Allah kepada saya.
Hari itu juga Sam telah pergi untuk berunding dengan Hardware yang selama ini membekallkan bahan untuk dia membuat bengkel di Hiliran Masjid tempuhari. Rezeki Sam amat baik, dan tuan punya kedai itu sanggup membantu Sam untuk membuat bengkelnya semula dan memberi kemudahan kredit sebanyak Lima Belas Ribu ringgit sebagai permulaan.
Setelah selesai membuat tempahan bahan-bahan yang diperlukan, Sam terus pergi berjumpa dengan rakan-rakan niaganya, termasuk seorang yang amat rapat dengannya iaitu Hj Yahya. Sam meminta semua sahabatnya membelikan kain putih seberapa banyak yang boleh dan Sam berkata semua ini adalah bawah Skim Upah proses dimana harga yang ditawarkan adalah lebih murah sedikit dari belian secara Borong selama ini.
Semua sahabat niaganya bersetuju dan sedia membantu Sam dan sebagai pendahuluan, Sam meminta setiap seorang membayar Lima Ratus Ringgit sebagai bayaran awal Upah Proses.Kesemua pelanggan yang bersetuju adalah seramai 5 orang dan Haji Yahya telah memberi wang lebih iaitu sebanyak Seribu Lima Ratus bagi membantu Sam. Petang itu sahaja Sam telah mendapat Modal Tunai sebanyak Tiga Ribu Lima ratus bagi dia membuat perbelanjaan lain untuk memulakan perniagaan.
Petang itu, sekembalinya dari urusan berjumpa dengan semua rakannya, dia dapati semua bahan untuk membuat bengkelnya telah semua berada ditanah kosong yang disewanya itu.Dilihatnya dua tiga orang kampung yang sedang melihat semua bahan itu serta bertanya Sam apakah tujuan semua itu.
Bila Sam menyatakan yang dia ingin membuat bengkel batik, maka ramailah orang menyokong dan ada yang memohon untuk bekerja.Sam menyatakan yang mungkin dia akan memerlukan ramai pekerja dikemudian hari dan berharap mereka bersabar. Tidak kurang juga yang meminta bekerja untuk bertukang, tetapi Sam berkata yang dia kekurangan wang untuk membayar upah dan mungkin akan membuat semua kerja secara sendirian.
Esuk harinya, Sam memanggil dua orang tukang yang lain untuk membantunya kerja-kerjanya. Sebelum itu Sam juga telah memaklumkan kepada Mah berkenaan hal itu dan dia amat suka dan berkata yang mereka bersedia bekerja pada bila-bila masa sahaja.
Sam bersama tukang rumah yang diupahnya itu, bekerja keras untuk menyiapkan bengkel awal untuk membolehkan pekerjanya memulakan kerja. Dengan peruntukan yang ada, Sam hanya boleh menyiapkan sebuah bengkel yang agak sama besar dengan keadaan bengkel di Hiliran Masjid sahaja.
Selepas hampir sebulan berlalu, kerja-kerja pembinaan pun siap dan Sam memanggil semua pekerja lamanya datang bekerja. Sam juga bekerja keras siang dan malam seperti biasa untuk memajukan perniagaannya serta sambil membayar segala hutang-hutangnya.
Dengan adanya sebahagian pekerja nya yang telah hampir mahir, pengeluaran Sam bertambah baik dan banyak jumlahnya. Selain mula mendapat pasaran yang baik, Sam juga mendapat keuntungan yang lebih sebab rekaan terbaharunya mendapat harga jualan yang tinggi serta pelanggan juga bertambah ramai.
Dalam masa itu Sam terus membesarkan bengkelnya lagi dan masih meminta bantuan Taukeh Hardware yang terdahulu untuk membantu bagi mempercepatkan proses pembesaran bengkelnya. Disebabkan pembayaran hutang Sam yang baik, serta melepasi anggaran janji sebelum ini maka Taukeh Hardware itu sanggup memberi berapa banyak yang Sam perlukan bagi membina bengkelnya.
Dengan kemudahan yang ada, Sam terus membesarkan bengkelnya dan menambah bilangan pekerjanya. Perniagaannya cukup maju serta permintaan sentiasa bertambah. Sam merasa lega dan terasa semua yang lepas telah ditebusnya.
Memandangkan kejayaannya setakat itu, maka dia tidak lupa dengan bantuan Najwa yang telah sanggup berkahwin dengannya serta memberi peluang sedemikian. Sam pun mendaftarkan Syarikat itu dengan nama NAJWA BATIK dan Najwa adalah pemilik Tunggalnya.
Sam berbuat demikian kerana hendak menjaga hati keluarga pihak Najwa dan berharap agar semuanya akan baik dan tiada keraguan lagi pada dirinya. Selain itu Sam berfikir adalah lebih baik sekiranya syarikat itu dimiliki oleh Anak Tempatan bagi memudahkan segala urusan.
No comments:
Post a Comment