AHMAD BAHAROM CREATION

SILA BACA MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT.

NOVEL INI MASIH BELUM SIAP.

MASIH DI OLAH SERTA DIPERBETULKAN.


Wednesday, 17 December 2014

2.7 - NAJWA MINTA GELANG EMAS

Dengan kemajuan yang dicapai, Sam meneruskan segala aktiviti untuk berkembang iaitu penambahan ruang kilang, latihan pekerja mahir yang berterusan serta persediaan rekacipta yang baharu. Berdasarkan pengalaman serta pemerhatiannya, Sam mempunyai pandangan tersendiri terhadap perniagaan yang dibuatnya sekarang. Dia yakin bahawa perusahaan ini mampu berkembang serta menjadi sebuah Industri yang pesat suatu hari nanti.

Disebabkan keyakinan serta pengamatannya itu dia teruskan perancangannya itu walaupun dia terpaksa menghalang niatnya untuk mengutamakan kepentingan peribadi seperti membeli kenderaan atau memiliki barangan keperluan yang mewah.Semua keuntungannya hanya untuk kegunaan membayar hutang, serta pengukuhan perniagaan sahaja. Masa itu Sam hanya mempunyai sebuah basikal buruk yang digunakan untuk perjalanan yang dekat serta menggunakan Bas atau beca jika untuk perjalanan jauh.

Suatu hari, Najwa telah didatangi oleh seorang pedagang Emas dirumah kakak iparnya. Dia lalu menunjukan beberapa jenis barang kemas kepada Najwa dan nampaknya Najwa amat berkenan dengan satu set Gelang Emas yang ditunjukan oleh wanita itu kepadanya. Lama juga Najwa membelek serta mencuba gelang tersebut ditangannya.

Sam menunjukkan gelang emas tersebut kepada Sam dan berkata bahawa harganya cuma Lapan Ratus ringgit sahaja dan boleh berhutang katanya.

Sam; Biarlah dahulu Najwa sebab masa ini saya belum ada duit lebih lagi. Saya banyak hutang sekarang yang masih belum dibayar. Mungkin bila kita ada duit lebih nanti, barulah kita boleh beli.

Makcik Emas; Alahai! Encik Sam oi! bukannya mahal sangat yang ini, kalau tak cukup wang boleh berhutang, bayar beransur-ansur.

Sam; Tak apalah Makcik, biarlah dahulu mungkin lain kalilah.

Makcik Emas; Tak apalah Encik Sam, mungkin lain kali ada jodoh kot, tapi fesyen ini sangat laris, takut habis nanti.

Sam; Biarlah dahulu sebab sekarang saya masih belum punya wang dan hutang saya amat banyak. Terima kasih sahajalah makcik.

Akhirnya Makcik pedagang emas itu meninggalkan Najwa dan Sam. Sam pun meneruskan semula kerjanya dan Najwa juga pergi kebengkel sambil berbual-bual dengan pekerja.

Satu malam, Ibu dan bapa mertua Sam datang kerumah itu bersama kakak dan abang iparnya yang tinggal berdekatan dengan rumah mertuanya itu. Boleh dikatakan semua keluaga Najwa ada masa itu kecuali Yusri yang dengarnya masih belum boleh memaafkan Sam serta amat tidak setuju dengan perkahwinan Sam dan Najwa.

Selepas berkahwin, itulah kali pertama Sam dapat bertemu semula dengan bapa mertuanya kerana sebelum ini Sam tiada peluang untuk pergi kerumahnya kerana bimbangkan Yusri akan mengamuk.

Sam menganggap ini adalah lawatan keluarga bagi meraikan dia yang sudah hampir 2 bulan berkahwin dengan Najwa.

Kamariah; Sam mak ini datang sebab nak tanya kepada kamu sikit soal Gelang Emas itu tempuhari.

Sam; Gelang Emas mana tu?.

Rahim; Iskh! buat tak tahu pula dia.

Sam; Betul, saya tak faham langsung ni.

Zali; Itulah, Gelang yang Najwa hendak beli dari orang yang hendak menjualkan kepadanya tapi kamu tak belikan. Kalau tak silap dua hari lepas.

Kamariah; Yalah, celang itu. Sampai hati kamu tak mahu membelikan Najwa gelang itu, walaupun dia sama bekerja membantu kamu. Apa yang dia ada lagi sekarang? Tangannya semua kosong. Dia pun nak juga ada barang perhiasan.

Sam; Mak, saya mana ada duit lagi masa ini?, semuanya masih banyak saya hutang.Walaupun perniagaan saya nampak besar sekarang, tapi memang saya tak cukup duit lagi. Orang tengok memanglah saya macam banyak duit.

Tijah; Hai macam itu pun tak mampu beli, sejak kahwin apa yang pernah kamu beri kepada Najwa?. Janganlah kedekut sangat.

Sam; Peninglah kepala saya macam ini.

Rahim; Kamu saja yang buat pening, terlalu berkira, dengan bini sendiri pula tu.

Sam; Kenapalah perkara sebegini menjadi perbalahan?, sabarlah dahulu, mungkin bila saya sudah ada duit, saya belikanlah.

Rahim; Inilah orang tak mengenang budi orang, sudah kita tolong dan bantu sampai boleh senang, lupa diri.

Sam; Inilah yang saya tak suka dengar ini, jangan ingat saya dan keluarga saya bangsat sangat. Saya datang kesini pun bukan hendak atau laparkan harta kamu semua. Ayah saya dikampung tu, walaupun nampak selekeh tapi dia berniaga bersama atok saya lagi hebat. Saya nak balik kekampung pun masih boleh hidup. Tak payah disini.

Zali; Hah! tengoklah, baru kita tegur sedikit sudah kurang ajar. Dah melampau ni.

Rahim; Sekarang dia sudah menunjukkan belangnya.

Sam; Ini bukan soal kurang hajar atau tunjuk belang, tetapi perkara seperti ini sepatutnya tak boleh timbul pun. Amat tak masuk akal dan memalukan. Tak tahulah adat orang disini.

Tijah; Sudahlah, orang macam ini bukan mahu dengar nasihat orang langsung, sepatah kita kata, dia kata berjela-jela pula. Memang tak sedar diri langsung.

Sam; Saya tahu saya menumpang dirumah ini, tapi bukan ini cara yang betul. Biarlah saya dan Najwa yang menentukan serta merancang segalanya. Ini semua sudah amat melampau.

Rahim; Budak ini memang kurang hajar, biarkan sahaja dia ni. Kepala Batu. Kita nak nasihatkan dia supaya hidup aman suami isteri, kita pula yang dimarahinya, dia yang melampau.

Sam; Ah! Malaslah aku nak layan ko orang lagi, buatlah apa yang patut, aku tak kisah. Jenis semua tak ada otak.

Sam pun bangun dan meninggalkan mereka dan kedengaran mereka berbincang sesama sendiri. Malam itu Sam memang hilang pertimbangan serta bercakap kasar dengan mereka semua.Sebenarnya hati Sam masih marah dengan perkara yang telah berlaku sebelum ini, dan sekarang ditambah lagi dengan kes Gelang Emas ini.

Fikiran Sam berserabut memikirkan kenapalah perkara seperti ini harus berlaku. Siapakah yang mengadu kepada mereka semua tentang keenganan Sam membeli gelang itu tempuhari. Mungkinkah Perempuan Peniaga emas itu atau Najwa sendiri yang pergi mengadu?.

Tidak lama selepas itu Sam mendengar ibu dan bapa mertuanya serta kakak dan abang ipar Najwa pulang selepas berbincang sesama mereka. Sam tidak langsung keluar dari bilik tidur untuk meraikan mereka. Kemarahannya amat kuat serta mula mencurigai Najwa berkenaan hal tersebut.

Malam itu Najwa masuk lewat kedalam bilik kerana sibuk berkemas pinggan mangkok. Semasa Najwa masuk kedalam bilik, Sam tidak berkata apa-apa, dia hanya terbaring sambil berfikir. Najwa yang baru masuk itu terus baring serta membelakangi Sam dan terus senyap dan mungkin tidur.

Sam memerhatikan sahaja perangai Najwa itu dengan sakit hati. Dia malas hendak membuka mulut untuk bertanyakan perkara yang baru berlaku kerana tidak mahu timbul perbalahan lagi. Malam itu tiada apa-apa perbincangan diantara Sam dengan Najwa berhubung perkara itu. Sam juga tidak mahu memperbesarkan kisah itu lagi.

Malam itu Sam tidak dapat tidur kerana memikirkan bencana apakah yang bakal menimpa dirinya selepas ini. Dalam masa itu juga Sam telah mengambil keputusan untuk berpindah dari rumah itu. Hatinya sudah tidak tenteram serta takut bila melihatkan apa yang telah terjadi malam tadi. Dia merasakan bahawa mereka sekeluarga mempunyai cara pemikiran yang agak pelik serta tidak sesuai dengan nya.

Selain itu Sam juga hairan dengan sikap dan cara Najwa terhadapnya.Semenjak berkahwin sehingga sekarang, didapatinya Najwa seolah-olah amat dingin terhadapnya. Sam berfikir bahawa keadaannya menumpang dirumah kakak iparnya selama ini, membataskan pergaulan serta tutur kata mereka selayak suami isteri.

Sudah hampir subuh, Sam melihat Najwa masih lagi berbaring dengan membelakangi dirinya. Memang sah Najwa sudah tertidur. Akhirnya Sam juga tertidur dengan perasaan sakit hati melihat perangai Najwa itu.

Keesukan paginya Sam terbangun dan didapati Najwa sudah bangun dan Sam keluar dari bilik tidur untuk pergi mandi. Sam dapati kakak iparnya dan suaminya tidak pergi mengajar hari itu kerana hari cuti. Sam dapati mereka semua bermasam muka dengannya serta tidak berkata-kata seperti biasa. Sam tahu mereka amat marah sebab dia berlaku kurang hajar malam tadi. Najwa juga begitu, senyap dan asyik membuat kerja dapur serta tidak langsung memandang atau bertanya seperti biasa kepada Sam.

Selepas bersiap diri, Sam pun terus keluar pergi keBengkelnya untuk bekerja. Hatinya amay sedih melihatkan semua yang terjadi. Fikiran dan perasaannya berkecamuk dan semangat kerjanya pudar. Bila waktu rehat pun Najwa masih belum keluar dan menemuinya lagi, jadi Sam pun pergi kekedai makan yang berhampiran dan sarapan disana. Hatinya sudah amat tidak tenteram untuk berada didalam rumah itu lagi.

Sam terus bekerja sehingga hari hampir malam dan selepas berehat dan membersihkan diri, dia menyambung kerja-kerja dibengkelnya sehingga larut malam. Begitulah keadaannya selama beberapa hari, dan Najwa masih begitu, senyap dan dingin terhadapnya. Sakit hati Sam tidaklah dapat dibayangkan, tetapi dia cuba bersabar.

Akhirnya Sam dapat menyewa sebuah rumah yang berdekatan dengan bengkelnya itu. Setelah menyiapkan semua kelengkapan rumah sekadar yang mampu, Sam dan Najwa berpindah kerumah itu. Sam merasa gembira sedikit dan begitu juga dengan Najwa.

Berkenaan masaalah yang lepas, Sam tidak mahu membesarkan lagi dan secara perlahan-lahan dia dengan Najwa pulih kembali dan Sam buat-buat melupakan apa yang terjadi.Tiada sepatah kata pun yang dikeluarkan berhubung perkara tersebut.





No comments:

Post a Comment