Bahar; Kau dengar semua yang Abah cakapkan?
Sam; Dengar dengan jelas, semuanya. Habis kena selepuk kena muka mereka.
Rohana; Abah kau tu, kalau bercakap, jagalah, jangan buat main-main.
Anjang; Aku puas hati betul cara Abah kau bercakap, Jangan anggap kita ini bangsat sangat. Kita datang kemari bukan hendakkan harta mereka tapi kalau bukan kerana Najwa, kau pun tak akan datang kemari. Rezeki ditempat kita pun banyak.
Bahar; Beginilah, Sam kamu kena ikut cakap Abah kali ini. Kau ikut Abah balik keKuala Lumpur dahulu.Kita berunding dan lepas itu baru buat keputusan samaada nak datang kesini atau terus menetap ditempat kita. Hal Najwa ini kau lupakanlah, ramai lagi wanita baik yang boleh kau dapati. Abah pun boleh tolong carikan kalau kau hendak.
Sam; Saya kan dah kata, saya akan ikut apa kata Abah sahaja lepas ini. Saya pun sudah tawar hati. Nampak sangat mereka ini tak jujur dan berbelit. Cukuplah Abah sudah membela maruah saya. Saya sudah puashati sekarang.
Rohana; Hal rezeki dan penat lelah kau tu lupakanlah, sudah tak ada rezeki. Biarlah mereka berusaha sendiri pula. Jangan kita ganggu lagi.Biarlah mereka ambil semuanya. Kita cari yang lain.
Bahar; Sebenarnya Abah pun tak bersetuju yang kamu nak buat perniagaan lain dsini kalau sudah tidak bersama mereka, susah nanti, sebab kita ini orang dagang dan kau tu masih terlalu muda.Kurang pengalaman. Abah tadi cakap hal kamu nak buat perniagaan lain tu, serta memberi tahu hal semua pekerja yang hendak mengikut kamu tu,hanya sebagai melepaskan perasaan marah Abah sahaja.
Sam; Saya faham.Bagus juga Abah bagitahu mereka hal itu. Biar sedar diri sedikit.
Anjang; Anjang pun puas hati. Kau tu Sam, kena banyak berlajar lagi, jangan hanya ikut hati. Kena dengar nasihat orang tua sikit.
Sam; Yalah mak anjang oi!. Saya ikutlah ni.
Bahar; Hah! Malam ini kita balik, kekampung, berkemaslah. Sam kau nanti pergi tempah tiket Bas. Jangan banyak fikir lagi.
Anjang; Aku pun malas nak berlama disini lagi. Kita pun dilayan macam sampah.
Sedang mereka berbual, pintu bilik diketuk oleh seseorang. Najwa mengajak mereka semua makan tengahari. Mereka semua keluar untuk makan kecuali Sam yang berkata dia masih kenyang sebab sudah makan roti canai pagi tadi.
Mereka semua makan sambil dilayan oleh Najwa dan kakak-kakaknya tetapi kedua orang tua Najwa dikatakan masih berada ditingkat atas rumah itu.Selepas semua selesai makan, barulah kedua orang tua Najwa turun kebawah dan berbual bersama mereka.
Bahar; Encik Rahim, mungkin kami akan balik malam ini juga. Tadi saya sudah minta Sam pergi menempah tiket untuk malam ini.
Rahim; Eh! kenapa cepat sangat hendak pulang?, biarlah berada disini untuk sehari dua lagi. Bolehlah kami bawa semua melawat sekitar Kuala Trengganu. Sam pun ada, dia boleh bawa awak semua berjalan-jalan.
Bahar; Tak apalah Encik Rahim, saya pun ada kerja dirumah. Ini pun sebab Sam yang minta datang kesini, kalau tidak, saya ni memang susah nak tinggalkan rumah.
Kamariah; Beginilah Encik Bahar, Emaknya Sam dan Makciknya Sam, kami ini meminta maaf kalau ada berlaku salah faham dalam semua hal yang telah berlaku. Tadi kami semua telah berbincang dan telah mengambil keputusan yang kami bersetuju untuk menjodohkan Sam dengan Najwa. Biarlah semua yang telah berlaku pulih semula.
Bahar; Sebenarnya pihak saya sebagai orang tua ini, taklah banyak hal, yang baik tetap kami suka, tetapi kita kena tanya Sam dahulu, sebab dia yang punya hal.
Rahim; Najwa pun sudah bersetuju tadi dan biarlah kita tutup sahaja cerita ini setakat ini sahaja.
Kamariah; Beginilah Encik Bahar, kita nikahkan mereka seberapa segera kerana mereka ini sudah lama sangat bersama. Kalau dibiarkan begini pun tak manis juga.Mereka sentiasa bekerja bersama.
Rahim; Betul tu, kalau boleh malam ini pun boleh nikah. Saya rasa lebih cepat lebih baik kerana perkara ini abang dia pun masih belum tahu lagi. Takut dia membuat kacau lagi. Kalau mereka sudah berkahwin tu nanti lainlah pula fikirannya nanti. Kita harap begitulah.
Bahar; Saya setuju juga tu, tapi biarlah saya tanya Sam dahulu, dan saya akan cuba nasihatkan dia nanti.
Rahim; Berundinglah dahulu Encik Bahar, kami ni nak sembahyang Asar dahulu. Kalau boleh biarlah kata sepakat ini kita buat hari ini juga.
Bahar; Eluklah tu, kami pun hendak solat juga ni. Karanglah kita sambung semula perbincangan kita ini.
Selepas ibu dan ayah Sam bersembahyang, mereka pun berunding dengan Mak Anjang sekali. Sam hanya mendengar sahaja. Setelah mendapat persetujuan semua maka Sam menyerahkan semuanya kepada keputusan ayahnya sahaja.
Bahar; Sam tadi abah sudah bagi Samsh bola tanggung pada mereka, jadi janganlah lagi kita jatuhkan mereka. Kesian juga pada Najwa yang telah mengaku dan sedia berkahwin dengan kamu. Kamu terimalah dia. Mungkin selepas ini semuanya akan berubah.
Sam; Kalau ikut perasaan, memang saya sudah tawar hati, tapi tak apalah saya ikut cakap Abah dan emak serta Anjang. Abah buat lah keputusan, saya ikut sahaja.
Petang itu, sewaktu minum petang, semua ahli keluarga Najwa kecuali Yusri minum bersama-sama dengan keluarga Sam.
Kamariah; Bagaimana ceritanya Encik Bahar? Sam bagaimana?.
Bahar; Sam itu mengikut sahaja cakap saya, dia bersetuju tetapi dia hendak bertunang sahaja dahulu sebab dia masih tak ada wang untuk berkahwin. Jadi dia hendak balik dahulu keKuala Lumpur untuk bekerja mencari duit dahulu.
Kamariah; Buat apa nak baliknya, boleh terus bekerja dan usahakan apa yang ada disini. Semua telah ada.Lagi senang.
Anjang; Tapi Sam sudah tak mahu hendak buat kerja disini lagi. Dia nak bekerja ditempat lain dahulu.
Rahim; Beginilah Encik Bahar, pasal wang tu janganlah risau, tak ada pun tak apa asalkan bayar upah nikah sahaja sudah mencukupi.Asalkan mereka sah di ijabkabulkan kira selesai semua hal. Lepas itu pandailah mereka membawa diri.
Rahimah; Betul tu Encik Bahar, kita selesaikan secara ringkas sahaja, asalkan mereka selamat. Tak payah betunang dan jangan fikirkan hal duit lagi.
Bahar; Kalau begitu kata emak dan ayah Najwa, saya tidak bermasaalah, saya pun setuju. Tentang Sam jangan risau, dia ikut sahaja apa saya cakap. Dah tu bila sebenarnya hendak dinikahkan?
Rahim; Tulah kata saya, malam ini pun boleh.
Bahar; Tapi Sam kena balik juga kekampung dahulu sebab hendak mengambil surat akuan bujang, kalau tak, masih tak boleh berkahwin disini.
Kamariah; Betul juga tu, jadi biarlah dia buat urusan itu dahulu dan bila sudah selesai, barulah kita nikahkan mereka ni.
Rahim; Kalau begitu, saya setuju dan Sam boleh datang kesini bila-bila masa dan kemudian bernikah.
Bahar; Nampaknya kena begitulah.Tapi kalau begitu, kami semua tidaklah dapat turut serta kerana amat susah kami hendak datang kesini, terlalu jauh, dan kami pun ada kerja.
Rahim; Tak apalah Encik Bahar, biarlah kami uruskan. Lagi satu yang kami nak bagi tahu ialah selepas berkahwin, saya minta Sam dan Najwa terus meninggalkan rumah ini dan tinggal ditempat lain kerana saya takut abangnya Yusri buat hal lagi.
Kamariah; Tadi pun kakak dia yang sulong tu cadangkan selepas berkahwin, Sam dan Najwa boleh tinggal disebuah bilik kosong dirumahnya.Dengan itu bolehlah mereka berfikir untuk merancang kehidupan mereka.Sebelum bernikah ni, Sam boleh juga tinggal disana dahulu.
Bahar; Saya setuju tu,dan selepas ini saya serahkan hal Sam ini pada emak dan ayah Najwa. Kalau ada dia buat salah, tegurlah. Jadi kita kira semua ini selesai disini dan nampaknya kami hendak pulang malam ini juga dan Sam pun kena ikut juga sebab dia hendak uruskan hal surat-surat akuan itu.
Rahim; Ai! cepatnya hendak balik, tinggallah sehari dua disini sambil kita berkenalan dan bolehlah kita pergi melawat.
Bahar; Sebenarnya kami memang berancang untuk hanya sekejap sahaja sebab anak kami dirumah tak ada yang menjaga. Lagi pun kami ini sudah 2 hari meninggalkan rumah,maklumlah kerana rumah kami itu jauh dari Kuala Lumpur dan terpaksa naik bas beberapa jam lagi, baru sampai kerumah.
Kamariah; Kalau begitu, tak dapatlah kami hendak membantah.
Malam itu Sam dan keluarganya berangkat pulang Ke Kuala Lumpur dan apabila sampai pagi esuknya, mereka terus menaiki Bas untuk pulang kekampung mereka. Semasa didalam bas, Sam dan keluarganya masih berbincang hak Sam dengan Najwa.
Bahar; Sam sekarang kita sudah berada ditempat sendiri dan kamu fikirkanlah semula segala keputusan dengan teliti. Kamu masih boleh meneruskan rancangan untuk berkahwin dengan Najwa atau terus melupakannya. Kamu tak nak balik langsung keTrengganu lagi pun boleh.
Anjang; Betul tu Sam, kalau sebab perempuan ini, janganlah risau, banyak lagi yang boleh kau buat teman.Bukannya susah, janji kau ada duit.
Rohana; Sekarang pun kami tak salahkan kamu dalam hal ini, cuma kami takut perkara sebegini akan berulang lagi.Ini bukan sebab Ilmu Agama, Harta Benda, tapi hal taraf pemikiran. Takut kamu tak boleh hidup bersama dengan orang yang berfikiran seperti itu.
Bahar; Sebelum berkahwin, eluklah berfikir baik-baik, jangan pula bila sudah kahwin nanti, mulalah buat hal dan mula ungkit-mengungkit. itu yang kita tak mahu nanti. Abah pun rasa mereka akan berubah selepas kena sebegitu semalam. Najwa pun kelam-kabut bila Abah kata yang hendak bawa kamu balik semalam.
Sam; Tak apalah Abah, saya setuju berkahwin dengan Najwa dan muga-muga semua akan berubah menjadi baik. Kalau orang lain pun, bukan tentu lagi baiknya.
Anjang; Kalau sudah bergitu kau kata, tak adalah dapat kami membantah lagi. Sekarang berusahalah untuk segala urusan perkahwinan kamu itu.Lepas itu, barulah fikirkan soal perniagaan kamu tu.
No comments:
Post a Comment