Mulai dari pergaduhan berkenaan gelang emas itu Sam telah tidak ditegur sapa dan seperti di Pulaukan oleh seluruh keluarga Najwa.Walaupun setiap hari berselisih atau bertemu dengan kakak iparnya serta suaminya, mereka sentiasa bermasam muka serta selalu memalingkan muka bila bertemu dengan Sam. Bukan setakat itu sahaja, semua anak-anak mereka juga sebegitu.
Sebenarnya Sam amat sedih serta selalu tertekan dengan perangai mereka itu. Najwa juga seperti tidak peduli keadaan itu dan dia masih seperti biasa dengan mereka serta kerap beulang alik kerumah ibu-bapanya. Sam tidak kisah hal itu kerana dia tidak mahu memutuskan silaturahim diantara mereka sekeluarga dan disamping itu dia tidak mahu timbul perbalahan diantara dia dengan Najwa.
Selain itu Sam menghadapi masaalah dengan perangai pelik Najwa sendiri iaitu sikap dinginnya terhadapnya. Sebenarnya, semenjak dari berkahwin, tidak pernah sekali pun Najwa memuji atau berkata sayang kepadanya. Bukan itu sahaja, malah layanan Najwa kepada Sam waktu bersama juga amat kaku dan mati. Akibat dari sikap Najwa yang acuh tak acuh serta seperti orang tiada perasaan, Sam merasakan dirinya tidak dihargai langsung.
Sam; Najwa, kalau saya ada buat salah kepada kamu, maafkanlah saya. Saya pun bukannya semua betul, tapi semua yang saya hadapi sekarang amat membebankan. Saya sebenarnya amat sedih dan keliru sekarang.
Najwa; Itu saya tak tahu, tapi awak itu keras kepala dan tidak faham niat baik orang lain. Saya pun pening memikirkan semua masaalah. Sepatutnya awak itu pandai-pandailah menjaga hati keluarga saya.
Sam; Aduhai! kenapalah bila saya bercakap dengan awak, saya rasakan saya ini semacam orang gila, atau mungkin saya ini betul-betul sudah gila?.
Najwa; Itu saya tak tahu. Awak kena fikirkan apa yang awak telah lakukan, jangan asyik hendak menyalahkan orang lain sahaja.
Sam; Ok! tolonglah bagi tahu saya apa kesalahan saya selama ini.Biar saya dengar.
Najwa; Awang tu, keras kepala, tak mahu mendengar nasihat orang yang lebih tua.
Sam; Nasihat apa?, bukankah semua yang telah berlaku terang dan jelas tidak kena dan menyusahkan saya, serta merosakkan keharmonian dalam keluarga?. Itulah saya kata saya boleh jadi gila kalau bercakap dengan awak.
Najwa; Memang saya bodoh dan tak boleh berfikir langsung.
Sam; Itulah awak, bila ajak berbincang sikit sudah hendak tarik muka. Bila kita hendak pandai?.Ni lagi satu saya nak tanya juga hal kita ini.
Najwa; Apahal lagi?. Kan saya ni bodoh, nak tanya buat apa lagi?.
Sam; Bukan begitu, saya ini suami awak, kekadang saya kena juga bercakap sebab kita ini kena berterus terang untuk memperbaiki diri kita.Barulah boleh aman dan bahagia.
Najwa; Tanyalah apa dia?.
Sam; Saya perhatikan dan perasan selama kita bersama, awak tak pernah berkata sayang atau kata-kata yang baik untuk saya. Saya seorang sahaja yang selalu berbuat demikian dan sentiasa cuba untuk menghiburkan hati awak. Lagi pun bila kita bersama, awak seperti tiada perasaan langsung dan kekadang awak seperti orang tidur sahaja. Awak macam tidak peduli serta tak sayang lansung pada saya.
Najwa; Kan saya cakap saya bodoh dan tak tahu apa-apa. Saya bukan macam orang lain pandai merayu-rayu atau memuja-muja, tetapi berpura-pura. Dah saya nak buat apa lagi?.
Sam; Jadi awak ingat selama ini saya berpura-puralah?. Buat apa?. Nak harta awak? Kaya sangatkah awak?. Janganlah merapu, saya cuma hendak meminta awak berubah sedikit supaya kita lebih mesra dan bahagia.
Najwa; Saya nak berubah apa lagi?, saya sudah macam ini. Saya tetap saya dan saya tak boleh berubah lagi.
Sam; Astaufirullahalazim. Itulah awak, saya sendiri pun amat tak faham cara awak berfikir. Saya berkahwin dengan awak semata-mata nak jadikan awak teman paling baik serta boleh membahagiakan saya. Bukan kerana sebab lain.
Najwa; Jadi sekarang awak tak bahagialah?.
Sam; Bukan begitu, tapi kita kena berusaha untuk menjadi lebih baik lagi sepanjang masa dan mengubah kalau kita salah.
Najwa; Jadi saya sahaja yang perlu beruabah?, awak tidak?.
Sam; Saya tak niat begitu, kita berdua kena berusaha sama-sama berubah. Saya pun boleh berubah, tetapi bila saya tanya awak apa salah saya dan yang masih kurang, tapi awak tak bagi tahu apa-apa pun, jadi nak berubah tang mana?.
Najwa; Bukankah saya dah kata saya bodoh dan tak reti apa-apa.Jadi awak fikirlah sendiri.
Sam; Kalau begini saya boleh jadi gila bila bercakap dengan awak. Bukan bertambah baik, tapi menjadi bertambah buruk dan saya bertambah susah hati. Najwa, tolonglah saya, saya ini terlalu banyak susah hati. Bukan sahaja dengan masaalah keluarga kita, tapi masaalah kita lagi besar. Saya ini amat perlukan ketenangan untuk bekerja. Awak ingat senang kah nak berniaga seperti yang saya buat sekarang?.
Najwa; Manalah saya tahu?. Yang awak buat perniagaan besar-besar tu saya kah yang suruh?.
Sam; Aduh!!!! mati, mati, mati saya kalau awak macam ini. Kalau nak berbincang sahaja, mesti bergaduh dan sakit hati. Boleh gila saya kalau macam ini. Tak tahulah apa nak kata lagi. Apalah nasib saya ini.
Najwa; Saya dah kata, saya memang tak boleh berubah. Inilah saya.
Sam; Sudah banyak kali saya nak ajak awak berbincang, tapi semua macam ini. Selalu salah faham dan berakhir dengan sakit hati. Bilalah kita nak sefahaman. Apalah yang telah saya lakukan kepada awak sehingga seperti awak amat berdendam dengan saya. Saya betul tak faham.
Najwa; Saya tak pandai berdendam, saya cuma tak boleh berubah seperti yang awak kehendaki. Memang tak boleh.
Sam; Kalau awak dah kata begitu, tak tahu apa lagi yang hendak dikata. Kalau sampai saya tak boleh bercakap serta menegur awak, apa gunanya saya menjadi suami awak. Mana ada harga diri saya lagi. Kalau macam ini, beratlah.
Sam amat kecewa dengan sikap dan cara Najwa berfikir. Dia amat sedih dan marah dengan sikap Najwa itu. Dia juga merasa harga dirinya amat tercabar.Sekarang Sam merasa amat sedih kerana tempat yang diharapkan sebagai tempat bermanja serta meluahkan keresahan serta kekeliruan nyata tiada, malah yang ada ialah tambahan kesengsaraan yang bakal menimpa.
Memerhatikan cara Najwa itu, Sam amat yakin bahawa yang mengadu hal Gelang Emas tempuhari adalah Najwa sendiri. Ternyata dia tidak dapat berfikir dengan rasional dalam banyak perkara. Walau bagaimanapun Sam tetap berazam untuk mengubah Najwa dan mengasuhnya sehingga boleh berubah.
Akibat dari masaalah itu, Sam lebih banyak membawa diri dan melakukan semua kerja dengan tanpa berunding atau meminta pendapat Najwa.Baginya sudah tiada kebaikan bercakap dengan Najwa hal masaalah kerana bukan penyelesaian yang dapat, tetapi pertelingkahan yang dapat.
Walaupun mereka kurang mesra, tetapi yang hairannya bila didepan orang lain, Najwa seperti mesra dengan Sam.Ini juga amat membingungkan Sam dengan sikap Najwa itu.Sam berasa seperti dia dipermain-mainkan oleh Najwa.
Sam masih meneruskan usahanya dan terus mengembangkan perniagaannya.Sekarang bengkelnya yang kecil telah menjadi agak besar dan pekerjanya pun bertambah ramai.
Sam mengambil kesempatan semasa keuntungannya yang amat baik untuk membina dan melatih pekerja kerana dia takut mungkin dimasa akan datang pendapatannya akan berkurangan serta kos akan bertambah jika dia tidak membinanya sekarang.
Sebenarnya Sam mempunyai visi tersendiri iaitu untuk menjadikan kilangnya sebuah pusat pelancungan Kraftangan yang tunggal dinegeri itu.Selain membesarkan kilang, Sam juga bercita-cita untuk membuat Ruang rehat tetamu, Kantin, Bilek Pameran dan Jualan serta pusat Jahitan bagi membuat barangan siap untuk dijual.
Walaupun Sam tiada membuat sebarang pinjaman, dia masih mendapat bantuan sahabat-sahabat serta pembekal yang sudi menolongnya. Dengan itu, walaupun mendapat keuntungan yang lumayan, Sam masih tidak boleh bermewah kerana hanya memberi tumpuan kepada pembayaran hutang dan pusingan perniagaan sahaja. Dia masih seperti biasa, menggunakan basikal, bas dan beca bagi urusan seharian.
Tekanan kerja serta keletihan yang dialami, serta ditambah dengan tekanan masalah keluarga, Sam menjadi selalu bermurung serta hilang tumpuan kepada kerjanya. Tugas yang paling berat ialah mereka cipta corak dan fesyen terbaharu. Ini amat penting bagi mengekalkan kadar permintaan yang tinggi dari pelanggan.
Najwa masih begitu dan tidak nampak perubahan. Sam merasakan dia amat kesunyian serta tiada tempat berborak dan bergurau senda, malah layanan ditempat tidur pun tetap masih begitu juga.
No comments:
Post a Comment