Sam bukanlah lelaki yang suka sangat berkawan atau melepak dikedai-kedai kopi, tetapi amat banyak menghabiskan masa dibengkelnya dan keluarga sahaja. Selain itu, Sam adalah seorang yang amat suka berkemas dan menghias rumah serta bengkelnya.Boleh dikatakan setiap hari, dialah yang membersih dan berkemas rumah serta kilangnya.
Akibat kekusutan fikiran yang dialaminya, Sam telah mula berjinak-jinak dengan hobi barunya iaitu menyelam dilaut.Apabila dia merasa tidak selesa serta tertekan, dia akan pergi kePelabuhan Cendering atau mana-mana tempat yang sesuai untuk menyelam dengan ditemani oleh sepupu Najwa yang bernama Halim.Halim mempunyai motorsikal dan dialah yang menemani dan membawanya ketempat-tempat tersebut.Halim tidak pandai berenang, jadi dia hanya menunggu Sam didaratan ketika dia menyelam.
Kebanyakkan masanya, dia akan menyelam sendirian. Apa yang dibuatnya adalah bertujuan untuk menghiburkan hatinya dan menenangkan fikirannya, disamping mencari ilham baru.Keindahan didalam laut telah membuatkan Sam amat terhibur serta mendapat banyak ilham untuk rekaannya. Sebagai pelukis, Sam amat memerlukan sumber-sumber baru bagi menjana pemikiran kreatifnya. Dalam masa itu Sam juga menembak ikan, sotong dan ketam yang baik-baik untuk dibawa pulang sebagai lauk.
Walau bagaimana pun kegembiraan itu tidak kekal kerana apabila dia pulang kerumah, semuanya berubah. Dia amat kesepian, terutama apabila malam. Dia keluh kesah sendirian dan tanpa ada teman berbicara dan meluahkan segala yang tebuku didalam hatinya.Najwa seperti biasa, akan tidur awal dan kekadang Sam sampai merayu agar Najwa menemankan dia yang keresahan, tetapi tidak diendahkan oleh Najwa dengan alasan dia letih.
Bukan setakat itu sahaja, Najwa tidak melayan Sam seperti yang sepatutnya bila Sam hendak bersamanya. Dia senyap dan seperti orang tidur sahaja.Tiada kata, tiada bahasa serta tiada perasaan langsung. Sam amat kecewa dan terus kecewa, tetapi tiada apa yang dapat dilakukan. Apa yang ada dalam fikiran Sam ialah Najwa adalah seorang wanita yang sememangnya seperti itu. Sam sudah malas merayu atau menyembah agar Najwa berubah seperti yang dikehendakinya. Jawapannya hanya sama, "Saya adalah saya dan saya tidak boleh berubah".
Kebanyakan hubungan komunikasi antara Sam dan Najwa keseluruhannya amat buruk. Sam mendapati Najwa sering menggunakan Bahasa Beracun iaitu kata-kata yang menyindir serta menyakitkan hati. Apa yang jelas, Najwa tidak akan membuka mulut untuk bahasa yang baik-baik kecuali hanya bercakap bila ada masaalah sahaja, dan bahasa beracun selalu digunakannya.
Bagi Sam, masaalah keluarga mertua, masaalah perniagaan tidaklah besar sangat baginya, tetapi masaalah dia dengan Najwa amat memberi kesan kepada Emosi dan pemikirannya. Akibat masaalah itu, dia merasakan hidupnya kosong serta tiada kasih sayang langsung dan ini membuatkan semangatnya juga agak luntur.
Dalam masa yang sama, Sam meragui dirinya sendiri, kerana dia merasa amat hairan kenapa Najwa dan keluarganya amat tidak sefahaman dengannya, sehingga kekadang dia memikirkan bahawa mungkinkah semua tindakan dan buah fikirannya selama ini tidak betul. Kalau betul, tidaklah mereka semua bertindak sedemikian. Keyakinan diri Sam berkurangan. Dia keliru.
Suatu hari Sam menalipon Syikin di Kuala Lumpur dan bertanyakan khabar. Sam juga menceritakan bahawa dia sekarang berada di Kuala Trengganu serta sudah berkahwin dengan Najwa. Sam juga menceritakan yang dia telah membuka perniagaan Batiknya serta kemajuan yang telah dicapainya sekarang.
Syikin: Tahniahlah Sam, Saya sudah jangka yang awak akan berjaya suatu hari nanti sebab pada saya awak memang berbakat, tapi sayang yang awak tidak menghabiskan sekolah awak. Kalau awak teruskan mesti cemerlang juga. Keputusan SPM saya teruklah, saya pun malas hendak sambung belajar. Saya hendak bekerja pula.
Sam; Ikin, saya pun tak pasti semua keputusan saya itu betul, tapi saya hanya mencuba.Nampaknya memang mungkin rezeki dan takdir saya sebegini.
Syikin; Apa pula salahnya, kita berlajar pun kerana hendak cari kerja yang baik, tapi ini pula, awak sudah jadi Boss dan Taukeh, apa nak lagi?.Sepatutnya awak bersyukur.
Sam; Ialah, saya sepatutnya bersyukur. Eh! Ikin, emak-ayah dan adik-adik macam mana?. Lama betul saya tak jumpa mereka. Rindu pula saya pada mereka.
Syikin; Tulah awak, hilang begitu sahaja, mereka asyik tanya hal awak pada saya. Selain itu mereka kata awak merajuk sebab saya. Pening kepala saya dibuatnya.
Sam; Sebenarnya semua ini amat mendadak dan saya tidak sempat nak beritahu awak semua. Itulah sebabnya juga saya ambil keputusan berhenti bersekolah.
Syikin; Saya tahu awak marah dan merajuk dengan saya, sebab kali akhir saya ingat awak jumpa saya ialah waktu malam saya bersama Anizan tu, lepas itu terus hilang. Kalau ya pun, taliponlah. Ini tak, terus menghilang.
Sam; Ah! tak apalah Ikin, jangan diingat kesah lama tu, saya minta maaf, tapi sekarang saya sudah berkahwin, awak bagaimana pula?. Bila hendak berkahwin?.
Syikin; Saya masih lagi bersama Anizan, tapi soal kahwin tu mungkin lambat sikit kot, sebab kami nak pastikan ekonomi kukuh dahulu. Awak tak apalah, duit sudah banyak.
Sam; Saya pun tak sangka boleh kahwin awal, mungkin sudah jodoh saya, tapi awak tak tahu bahawa saya amat kesunyian kerana merantau. Diri sendiri tak terurus dan kesunyian tidak punya keluarga. Sekarang tidak lagi selepas berkahwin.
Syikin; Eluklah tu, sekarang sudah ada orang yang ambil berat dan menyayangi awak dan sudah ada keluarga yang ramai di Trengganu. Tentu seronok, saya tumpang gembira.
Sam; Alhamdulillah, nampaknya begitulah Ikin.
Syikin; Bila awak hendak datang ke Kuala Lumpur?. Saya ingin sangat berjumpa dengan isteri awak, dan kalau boleh bawalah dia kerumah dan berkenalan dengan keluarga saya.Tentu mereka suka melihat awak sudah berumah tangga, lagi pun emak selalu teringatkan awak, maklumlah, anak angkat yang amat dia sayang sekali.
Sam; Nantilah Ikin, mungkin sikit masa lagi kot. Jangan lupa kalau kamu hendak berkahwin nanti ya, harap bagi tahu saya, Insyaallah saya akan datang, dan bagi awak hadiah.
Syikin; Sam, saya tak mahu hadiah lain. Saya hanya nak baju batik sutera sepasang atau sedondon untuk saya pakai masa saya kahwin nanti.
Sam; No porblem, tapi kena bagi tahu awal untuk saya siapkan.
Sejak hari itu, Sam kerap berhubung dengan Syikin sambil berborak seperti dahulu. Dengan cara ini Sam dapat menghilangkan kesunyiannya. Dalam pada itu Sam merasakan Syikin masih dekat dihatinya, tapi dia sedar yang dia telah berkahwin, semua itu hanya dalam hatinya sahaja. Dia juga menerima bahawa Syikin telah mempunyai pilihan hati sendiri. Cukuplah dia masih boleh berborak dengan Syikin, dan itu pun sudah memadai.
Suatu hari Sam memberi tahu Najwa yang dia hendak mengajak Najwa pergi berehat ke Kuala Lumpur selama dua tiga hari sambil membeli belah. Sam juga memberitahu yang dia hendak memperkenalkan Najwa dengan adik angkatnya disana nanti. Najwa bersetuju.
Sam sekarang tidaklah bermasaalah untuk meninggalkan kilangnya kerana sekarang dia telah mempunyai kakitangan yang mencukupi serta sudah ada penyelia yang cekap iaitu emak saudara Najwa yang bernama Wan Rogayah. Dia juga yang mengatur pekerja dan menjaga pusat jualan.
Selain itu, Sam telah mengambil adiknya sendiri iaitu Kamal sebagai ketua pekerja dibahagian merebus serta membantu Wan dalam segala tugas. Sam hanya menyediakan rekacipta baharu dan memberi khidmat nasihat sahaja sekarang.
No comments:
Post a Comment