Bagi Sam, sekiranya Najwa berkomplot dengan keluarganya dalam perkara ini, itu sudah lain cerita jika dia membuang Najwa dari hatinya. Baginya kalau soal perempuan ini tidaklah menjadi soal sangat kerana kalau sudah tidak jujur atau tidak berniat murni, tak payah ada pun tidak mengapa.
Ramai lagi perempuan yang berminat dengannya seperti Sakinah yang ternyata jauh lebih cantik serta amat seksi dari Najwa, malah dengan rela hati sudi membantu serta lebih memahami dari Najwa. Tapi yang penting dalam hati Sam sekarang ialah berkenaan janjinya pada Najwa sebelum ini. Inilah yang masih tinggal jadi pegangngan Sam sehingga sanggup menanggung segala cobaan.
Selain dari itu, Sam cuba menunjukkan kepada kedua ibu-bapanya yang dia bukanlah seperti kanak-kanak yang cepat putus asa serta cepat berubah hati sekiranya ditimpa cobaan dan masaalah. Dia mahu membuktikan kepada mereka yang dia sudah matang dalam menilai dan bertindak bila berhadapan dengan masaalah. Itulah yang paling penting dalam hidup Sam.
Diwaktu Sam menglamun, pintu biliknya diketuk oleh seseorang. Bila diintainya dari lubang dipintu itu, dilihatnya sepupu Najwa Azman tercegat didepan pintu. Sam pun membuka pintu serta meminta Man masuk kebiliknya.
Sam; Apahal kau datang ni Man, ada apa berita yang tak baik kah?.
Azman; Tak adalah, Najwa suruh saya datang melihat keadaan kamu kerana katanya awak nak membunuh diri sekiranya tidak dapat berkahwin dengan dia. Saya pun risau juga dibuatnya, takut awak hilang pertimbangan.
Sam; Sebenarnya saya berkata begitu adalah semata-mata untuk melihat sejauh mana keadaan hati Najwa kepada saya. Saya sebenarnya ok sahaja, tak akanlah saya hendak membunuh diri disebabkan Najwa atau pun keluarganya. Kalau pasal perempuan, saya tak lapar lagilah, cuma yang penting saya nak tahu pendirian Najwa supaya saya tidak bertindak dan menzalimi dia. itu sahaja.
Azman; Itulah, saya lihat awak walaupun bersedih dan keliru, tapi saya dapati awak sedar dan boleh mengawal diri sendiri serta mempunyai semangat untuk menyelesaikan masaalah ini. Saya sendiri tak percaya semua ini. Sekarang barulah saya faham cara awak berfikir.
Sam; Jadi apa lagi yang Najwa suroh awak buat?.
Azman; Najwa berkata yang dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana dia terpaksa mengikut segala arahan keluarganya serta meminta awak bertenang serta berfikiran yang waras bila bertindak. Baginya dia tiada kuasa atau usaha selain mengikut segala perintah keluarganya.
Sam; Itulah yang saya kelirukan sekarang, ianya soal Najwa. Kalau dia berkata terus terang dan berkata dia tidak perlukan saya lagi, saya akan terima, tetapi kalau begini susahlah.
Azman; Tapi Sam, saya lihat dia amat bersedih dan dengan cara dia menyuruh saya melawat dan menasihatkan awak ini, seakan-akan dia masih ambil perhatian. Mungkin dia takut nak bersuara atau bertindak kerana dia tidak mahu menderhaka kepada kedua orang tuanya. Itu sahaja.
Sam; Betul juga pendapat kamu tu Azman. Kesian dia.
Azman; Sekarang saya serahkan pada awak memikirkan cara dan tindakan yang terbaik. Tapi bagi sayalah, Najwa itu perempuan yang baik dan dia sebenarnya tak tahu serta keliru dengan apa yang berlaku. Bagi pendapat saya, eluklah awak berkahwin dengan dia dan bina hidup baru ditempat lain dan tidak bergaul dengan keluarganya.
Sam; Nak berkahwin dengan dia, kenalah mendapat restu dari keluarganya dan kalau begini keadaannya, payahlah. Nak buat macamana?.
Azman; Tak tahulah Sam, saya pun pening. Saya kesihankan awak dan Najwa. Kerana keluarga, awak berdua berpecah belah, malah perniagaan pun hancur dibuatnya. Semua ini kerja bodoh bagi saya. Saya nak campur lebih-lebih pun taklah boleh.
Sam; Biarlah Man, saya masih menunggu keluarga saya datang kerana mungkin dalam masa terdekat ini mereka sampai.Harap mereka boleh membantu serta memberi pertunjuk kepada saya nanti.
Azman; Yakah Sam keluarga awak hendak datang?. Mereka tahukah semua yang terjadi ini?.
Sam; Mereka tak tahu pun dan keluarga Najwa pun tak tahu mereka akan datang. Sebenarnya mereka datang dengan tujuan hendak merisik dan meminang Najwa, tapi bila dah terjadi sebegini, saya biarkan sahaja mereka datang dan melihat sendiri apa yang berlaku. Tujuan utama saya ialah biar mereka sendiri tahu keadaan sebenar dan kalau saya membuat apa-apa tindakan selepas ini, tidaklah mereka menyalahkan saya atau percaya fitnah orang dimasa akan datang.
Azman; Betul tu Sam, saya sokong pendirian awak.
Sam; Tak apalah Man, hal saya jangan awak risaukan kerana saya tahulah menjaga diri. Saya tak mahu berniat buruk pada orang lain, tapi sekadar untuk berusaha untuk hidup sendiri sahaja.
Azman; Saya yakin awak orang yang mempunyai fikiran dan tahu menjaga diri.Itulah sebabnya semasa saya datang kesini berfikir akan sebab kenapa awak sanggup menulis surat sedemikian kepada Najwa. Saya tak percaya dan terfikir mungkin ada sebab yang lain.
Sam; Ah! biarkanlah hal tersebut Man, tapi seperkara lagi yang saya mushkilkan ialah arahan keluarga Najwa yang memerintahkan saya mesti keluar dari negeri Trengganu ini serta melarang saya berniaga disini.
Azman; Hah! betulkah Sam?. Apa pula sebabnya?. Pelik sangat tu, macam mereka ini adalah Sultan pulak gayanya.
Sam; Betul Man, tapi perkara itu senang sangat difahami, serta dengan perkataan itu barulah saya dapat berfikir serta tahu sebab musabab mereka bertindak sedemikian. Nanti kau pun akan tahu, tak payah saya terangkan lagi.
Azman; Alah Sam sudah hampir jam satu pagi ni, saya minta diri dahulu kerana besuk saya bekerja. Saya harap awak tenang dan bersabar.
Sam; Oklah Man, terima kasih kerana sudi menolong saya.
Selepas Man pulang, Sam merasa amat lapar serta keluar hotel itu untuk mencari makananan kerana dia terasa amat lapar dan dahaga kerana selepas bergaduh dengan Yusri dia masih belum makan dan minum.
Selepas makan, Sam balik semula kebilik hotelnya dan akhirnya tertidur apabila hari hampir subuh.
Pagi itu Sam terbangun bila pintu biliknya diketuk oleh seseorang. Sam amat terperanjat bila dia mendapati ayahnya berada didepan pintu bersama abang Ipar Najwa Razali.Sam mempelawa mereka masuk, tetapi Razali tidak dapat sama bersembang kerana dia terpaksa pergi bekerja.
Sam; Bila abah sampai?.
Bahar; Subuh tadi, bas awal sampai. Sebaik sahaja tiba abah talipon Najwa dan lepas itu abang Iparnya yang datang mengambil kami.
Sam; Siapa yang datang lagi?
Bahar; Emak dan Mak Anjang kamu sahaja. Itulah sebaik sahaja kami sampai, diorang kata kamu sudah lari dari rumah. Kami semua terperanjat dan bila ditanya apa sebabnya mereka kata kamu bertengkar dengan Abang Najwa sebab wang sebanyak seribu lima ratus ringgit yang kamu ambil. Abah, emak dan Mak Anjang kau pun merasa malu juga. Benarkah begitu ceritanya?.
Sam; Bukankah saya dah cerita pada Abah semasa saya balik kampung baru-baru ini yang saya berhenti bekerja dan membuat perniagaan bersama Najwa. Sepanjang masa itu dan kalau sampai sekarang sudah hampir empat bulan saya bekerja keras sehingga boleh maju sampai kini. Dalam masa itu saya lansung tak ambil upah atau gaji. Wang seribu lima ratus tu saya ambil untuk belanja balik kampung hari itu, dan malam tadi Ibu Najwa bagi saya lima ratus lagi. Itulah wang saya ambil semenjak bekerja dengan Najwa.
Bahar; Jadi selama ini kamu baru ambil wang itu sahaja?. Mana patut?. Kalau begini, lebih baik kamu balik sahaja dan buat kerja dengan Abang kamu Amir, sudah tentu sebulan dapat seribu lebih dan mungkin boleh dapat banyak lagi.
Sam; Tulah abah, saya dulu berpakat dengan Najwa untuk berkongsi, jadi saya taklah berkira sangat. Jadi selama 3 bulan pertama tu saya tak ambil wang dan semua duit gaji saya, saya gunakan buat belanja dan ada juga saya gunakan buat beli barangan niaga tapi saya tak kisah. Tu bengkel yang dibelakang rumah itu, semuanya hasil keutungan perniagaan yang saya jalankan. Adakah sama dengan nilai seribu lima ratus?. Itu tak masuk lain-lain harta perniagaan yang semakin bertambah. Semua hasil dari perniagaan itu juga. Itu pun tak boleh fikir jugakah?.
Bahar; Jadi apa hal kamu lari malam-malam ini?. Tak eluk orang lihat dan mungkin mereka akan kata kamu bersalah.
Sam; Saya bukan lari abah, tapi kena halau oleh Mak Najwa. Bukan sahaja saya dihalau dari rumah, tapi dia dan ayah Najwa menyuruh saya keluar dari Negeri ini serta jangan membuka sebarang perniagaan disini. Mereka juga berkata yang bengkel yang ada sekarang akan diusahakan sendiri oleh Najwa dan Abangnya Yusri.
Bahar; Tak payahlah kamu cakap lagi Sam, Abah sudah faham dan boleh bayangkan apa maksud mereka semua ini. Paling kotor otak mereka, tak padan dengan gaya orang Alim yang mereka gunakan. Sudah itu apa rancangan kamu selepas ini?.
Sam; Tak tahulah Abah tapi saya rasa masih nak berusaha disini lagi, tapi ditempat lainlah, sebab saya raya saya boleh maju.
Bahar; Abah pun dah lama fikirkan bahawa tindakan kamu ke Trengganu ini betul dan boleh berjaya dengan kebolehan kamu itu. Tapi kalau begini caranya Abah tak setuju lagi kamu bersama keluarga Najwa. Kena buat sendiri dan kalau kamu perlukan bantuan modal, mungkin abah dan Atok kamu boleh tolong.
Sam; Sebenarnya Abah modal tak perlu besar pun boleh mula sebab yang penting saya boleh melukis.Ada dua ratus ringgit pun boleh mula dan berkembang. Saya pun dah ada tempat yang sesuai untuk bermula, tapi sudah pulak diarah keluar dari Trengganu pula.
Bahar; Iskh! jangan kau ikut cakap orang gila tu. Mereka ingat mereka tu Sultan kah atau negara ini tak ada undang-undang?. Pedulikan sahaja dan buat sahaja. Dah tu, bagaimana dengan Najwa?. Kau masih fikirkan dia lagikah?. Kalau ikut hati Abah, kita buka sahaja Buku Baru, lagi pun akan bermasaalah jika kita teruskan juga. Pasal perempuan bukan perkara susah. Kamu cari sahaja duit banyak-banyak, perempuan macam puteri pun kau boleh dapat. Ini pula dari keluarga bangang seperti itu. Buat kau susah sahaja lepas ini nak menjaga mereka itu.
Sam; Sebenarnya saya sendiri tak pasti yang Najwa terbabit dengan semua ini, mungkin dia tak tahu langsung. Jadi saya masih tak mahu menghukum dia sekali. Jadi saya harap Abah boleh membantu saya dan dia.
Bahar; Abah pun berfikir begitu, tapi bila melihatkan cara keluarganya, Abah takut kalau kamu bersama Najwa pun akan banyak masaalah. Itu pun kalau kamu nak ikut nasihat Abah.
Sam; Abah tolonglah fikirkan dan cuba kali terakhir, lepas ini kalau apa yang terjadi, saya janji akan ikut semua kata Abah dan kalau Abah suruh balik ke Kuala Lumpur pun saya ikut.
Bahar; Betul tu Sam, Abah kalau boleh hendak kamu balik dan buat perniagaan dekat tempat kita. Sana pun boleh maju dan sudah tentu kamu ada orang menjaga dan kalau ada apa-apa hal, keluarga ramai. Tidaklah jadi macam ini, kena buli.
Sam; Oklah, Abah cubalah kali ini, dan lepas itu kalau saya terpaksa balik kekampung, kita balik bersama selepas ini.
Bahar; Eh! lapar pula Abah, ada tak kedai kopi dekat dengan Hotel ini?. Mari kita minum dulu, sambil Abah berfikir. Kalau boleh Abah nak makan roti canai.
Sam; Jom, kalau nak makan roti canai, senang. Restaurant depan hotel ini ada jual.
Sam dan Ayahnya pun pergi keRestaurant tersebut dan kedua-dua mereka memakan roti canai dan minum kopi O. Sambil itu mereka berbual.
Bahar; Ginilah Sam. Lepas ini kau ikut Abah balik kerumah mereka dan biar abah cuba selesaikan perkara ini. Kalau tak berjaya juga, kita mesti balik bersama ke Kuala Lumpur malam ini juga, sebab abah malas nak lama disini lagi. Abah pun sakit hati juga, tapi Abah ini orang tua, bukan macam kamu sehingga bertumbuk.
Sam; Saya serahkan pada Abah hal ini dan saya mengikut sahaja.
No comments:
Post a Comment