AHMAD BAHAROM CREATION

SILA BACA MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT.

NOVEL INI MASIH BELUM SIAP.

MASIH DI OLAH SERTA DIPERBETULKAN.


Tuesday, 16 December 2014

2.4 - KELUARGA SAM MENGENAKAN KELUARGA NAJWA.

Selepas berkemas segala barangannya dari bilik Hotel tersebut, Sam dan ayahnya menaiki sebuah beca untuk pulang kerumah Najwa. Ayah Sam amat gembira kerana itulah pertama kali dia dapat menaiki beca dan mulutnya tak berhenti-henti membebel kerana berborak dengan pengayuh beca itu.

Sebaik sahaja Sam sampai dirumah Najwa, dia dapat bertemu dengan Emak dan Mak Anjangnya yang hanya tersenyum melihat mereka. Selepas itu Sam pun masuk kedalam biliknya dan diikuti oleh Mak Anjangnya.

Anjang; Sam, apa yang terjadi ni, mereka macam menuduh kamu membawa lari duit mereka
dan dengar khabar kamu sampai bertumbuk dengan abang Najwa?.

Sam; Anjang, saya sudah ceritakan semuanya pada Abah dan dia sudah faham semuanya. Kalau nak diceritakan panjang kisahnya. Tapi hal duit itu semua tidak benar dan mereka sengaja membangkitkan hal itu kerana nak menutup niat mereka yang lain.

Anjang; Kalau sudah begitu, apa halnya yang kami datang nak merisik dan meminang Najwa?. Kalau macam ini, Anjang rasa tak payahlah. Mereka pun nampak macam kurang adab sebab sejak kami sampai, sehingga kini, dilayan macam sampah sahaja.

Sam; Saya sudah serahkan kepada Abah, dia pun begitu juga Abah, dia sudah tawar hati apabila sudah tahu niat buruk keluarga Najwa. Saya pun begitu, cuma takut Najwa tak bersalah dalam hal ini.

Anjang; Kalau sudah begitu sikap keluarganya kamu nak buat apa lagi dengan Najwa?. Buat susah sahaja kemudian hari.Kau ni degil sangat, tak mahu dengar cakap orang tua. Susah kau nanti. Lebih baik kau balik dan usahakan bengkel kau dan Abang Amir kau di Kuala Lumpur, tentu dah dapat hasilnya.

Sam; Kita lihat dahulu apa Abah akan buat, saya mengikut sahaja. Mungkin petang ini kita semua akan balik ke Kuala Lumpur.

Anjang; Kalau begitu baguslah. Lupakan sahaja Najwa tu, mari kita balik.Kalau Najwa tulah, rasanya orang macam kau, boleh dapat bini yang sepuloh lebih cantik dari dia.

Sam; Tak apalah Anjang, kita dengar dulu keputusan Abah.

Anjang; Dengarnya orang Tua Najwa sudah turun tu, biarlah Anjang keluar dahulu dan dengar apa yang hendak Abah kau cakapkan.

Mak Anjang keluar dari bilik Sam tapi Sam tidak keluar dan dia sengaja membiarkan pintu biliknya terbuka sedikit kerana hendak mendengar apa yang Ayah dan keluarganya katakan nanti kepada keluarga Najwa.Kedengaran juga suara kakak-kakak Najwa tetapi jelas Yusri dan Najwa tiada bersama mereka. Mungkin Najwa berada didalam biliknya.

Rahim; Apa khabar ayahnya Sam?. Yang mana maknya Sam?.

Bahar; Khabar baik Encik Rahim, Yang berisi sikit tu Emak Sam yang ini, Mak Saudara Sam. Dia ini yang banyak membela Sam dari kecil.

Rahim; Oh! begitu, tapi maaflah sebab bila Encik Bahar datang semuanya sudah jadi macam ini. Susah saya nak cakapkan, hal budak-budak, pening saya memikirkannya.Kebetulan pula Encik Bahar dan keluarga datang pula.

Bahar; Sam tak bagi tahu kah kami nak datang?.Dia yang suruh kami datang masa ini, hairan juga saya, kenapa dia tidak bagi tahu?.

Kamariah; Ni air minumnya Encik Bahar, Emaknya Sam dan Makciknya, Silalah minum. Betul tu, Sam langsung tak bagi tahu kami.

Rahim; Ooo sudah dirancang, tapi apa maksud kedatangannya?.

Bahar; Sebenarnya Sam menyuruh kami datang kerana menyuruh kami merisik dan menentukan pertunangan dengan Najwa. Katanya semua hal ini Najwa pun sudah tahu kerana mereka sudah berbincang bersama. Itulah sebab kami kemari.

Kamariah; Iskh! budak-budak ini, buat rancangan langsung tak beritahu kami.Kami lansung tak tahu hal itu.Kalau tahu, senanglah kami bersedia, taklah macam ini, kelam kabut sahaja.

Anjang; Tak apa Maknya Najwa, ini pun sudah baik,kami tak kisah.

Rahim; Begitu rupanya, betul, kami tak tahu langsung.

Bahar; Tak apalah Encik Rahim, bila tahu yang Sam buat hal begini, mungkin semuanya tak payahlah saya teruskan. Lebih baik kita lupakan sahaja.Mungkin sudah tiada jodoh mereka. Saya tak tahulah apa nak kata hal Sam ini.

Rahim; Tak apalah Encik Bahar, ini kisah budak-budak, kita lupakan sahaja.

Bahar; Itulah, saya sudah minta Sam ikut saya balik, tapi dia tak mahu. Dia kata nak tinggal diTrengganu ini kerana hendak terus berniaga. katanya sudah ada Taukeh yang hendak menolong dia terus berniaga. Saya pun tak dapat menghalang dia kerana selama ini dia sahaja yang tahu apa dia buat. Kami ini semua tak tahu langsung hal kerja dia ni.

Kamariah; Ooo begitu, baguslah.

Bahar; Saya sudah pujuk dia supaya tetap bekerja disini, tapi mati-mati dia sudah tidak mahu dan katanya pekerja yang ada disini pun tetap hendak mengikut dia jika dia membuka perniagaan lain.Dia kata, biarlah Najwa dan Abangnya latih pekerja yang lain. Dia pun sudah pujuk pekerja tersebut untuk kekal bekerja disini, tapi mereka tetap tak mahu dan bertekad nak ikut Sam. Sam juga kesihan melihat orang yang hendak bekerja itu, itulah sebab dia nak buat perniagaan lain.

Rahim; Itulah, hal budak-budak ini buat susah orang sahaja.Semua sudah jadi kelam kabut.

Bahar; Sam ni pun satu, sudah elok-elok ada kerja dengan gaji lumayan, berhenti, nak berniaga konon. Kalau bekerja terus itu hari, selama empat bulan sejak dia mula berniaga, sudah tentu ada duit Enam Ribu, tak habis makan. Ini tidak, dia sekarang pun katanya tak berduit. Nasib baiklah Emaknya Najwa bagi lagi Lima Ratus makam tadi, adalah duit dalam poket.

Kamariah; Betul tu, saya yang bagi dia malam tadi. Tapi hal duit yang Seribu lima Ratus itu, katanya membantu hal keluarga untuk urusan dapur rumahnya.

Bahar; Taklah, kalau membeli barangan keperluan dapur Emaknya adalah, tapi yang jelas dia meninggalkan sedikit untuk perbelanjaan kami datang kesini bagi tujuan kami tadi. Tapi katanya dia hanya mengambil wang sebanyak itu sahaja selama dia bekerja disini. Saya tak pastilah betul atau Salah. Kalau hanya begitu banyaknya, buat apa ditunggu disini, lebih baik dia bekerja bersama Abangnya di Kuala Lumpur, tentu lumayan lagi.

Rahim; Itulah Encik Bahar, budak-budak ini susah kita nak aturkan. Degil.

Bahar; Ya tu Encik Rahim. Saya tadi pun nasihatkan dia supaya ikut saya balik malam ini, tapi dia degil dan masih mahu berniaga disini. Tak bolehlah saya paksa. Mungkin juga dia betul pandangannya dan saya pun mungkin tak tahu.

Kamariah; Eluklah Sam balik dan ikut cakap awak sebab kalau dia seorang disini tentu susah nak jaga diri, dan kami semua ini takut Abangnya Najwa tu panas baran sangat. Takut dia mengapa-apakan Sam nanti.

Bahar; Saya rasa Sam boleh jaga dirinya sendiri. Lagi pun kita ini ada undang-undang serta katanya dia tak bersalah pun. Kalau setakat tuduhan mengambil wang sebanyak itu saya pun berasa tiada salah pun malah Sam yang kerugian selama ini.

Rahim; Itulah saya kata tadi soal budak-budak, kita tak tahu langsung.

Bahar; Kami ini datang pun sebab dengan tujuan hendak merisik serta meminang Najwa kerana kami tahu yang mereka ini amat lama berkawan semasa di Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, malah mereka ini bersama siang dan malam bersama. Kata abangnya di Kuala Lumpur tu, tak payah cakaplah, asyik berkepit berdua. Itulah kami yakin yang mereka ini memang ada hubungan dan sanggup datang kerana hendak menjodohkan mereka.

Kamariah; Yakah Encik Bahar?.

Bahar; Bukan itu sahaja, malah selalu Sam dan Najwa balik kerumah kami waktu Subuh pun ada. Mereka berdua sahaja. Saya tanya juga Sam samaada dia sudah buat sesuatu pada Najwa, tapi katanya dia tak buat apa-apa pun. Saya percaya cakapnya kerana dia sanggup bersumpah. Kalau orang biasa, mungkin saya atau bapanya Najwa pun, kalau ada anak dara yang sanggup mengikut kita siang malam begitu, mungkin tak tahan juga iman kot.

Rahim; Astaufirrullahalazim.

Kamariah; Ya-Allah, kami semua disini pun tak tahu Encik Bahar dan Emaknya Sam. Inilah budak-budak zaman sekarang.

Bahar; Itulah kami semua ini sanggup datang kesini, bukan sebab perkara lain. kalau tak percaya, silalah tanya Najwa sendiri.

Rahim; Emaknya, tolong panggil Najwa kesini sekejap, saya nak bertanya.

Kamariah; Jangan pula awak nak marah tak tentu pasal pula. Kita selesaikan cara baik.

Rahim; Tak apalah, Tahulah saya.

Bahar; Eluklah Encik Bahar dan emaknya Najwa tanya sendiri.

Tidak lama selepas itu, Najwa dan Ibunya turun dari tingkat atas rumah itu. Sam yang dalam bilik dari tadi hanya tersenyum mendengar semua perbincangan mereka itu.

Rahim; Najwa, betulkah kata Pakcik Bahar kami ini yang menyatakan kamu sentiasa keluar siang malam bersama Sam semasa di Kuala Lumpur?, dan selalu berduaan sampai kesubuh hari?.

Kamariah; Tak apalah abahnya, Saya sudah tanya tadi yang dia telah mengaku. Benar.

Bahar; Hah! itulah sebab kami datang kemari. Bila melihat sudah terjadi sebegini, maka saya rasa lebih baik kami bawa pulang Sam dahulu bagi menenang atau menasihatkannya. Kalau dia masih mahu berniaga disini, itu tidaklah kami boleh paksa.

Rahim; Beginilah Encik Bahar, biarlah kami bermesyuarat dahulu, termasuk dengan kakak-kakaknya dahulu. Nanti kami akan beri jawapannya. Sementara itu Encik Bahar dan yang ada ini, berehatlah dahulu dalam bilik Sam itu. Kalau hendak membersihkan diri, silakan lah.

Ayah dan Ibu Najwa telah naik ketingkat atas bersama-sama dengan kakak-kakaknya, termasuk Najwa. Ibu-bapa Sam dan Mak Anjang masuk kedalam bilik Sam untuk berehat.
Tidak lama lepas itu, kedengaran kakak-kakak Najwa dan Najwa sibuk memasak didapur.












No comments:

Post a Comment