AHMAD BAHAROM CREATION

SILA BACA MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT.

NOVEL INI MASIH BELUM SIAP.

MASIH DI OLAH SERTA DIPERBETULKAN.


Tuesday, 16 December 2014

2.2 - SAM DIHALAU DARI RUMAH.

Suasana dirumah hari itu amat sunyi. Sam dapati ibu-bapa Najwa tidak pergi keMasjid malam itu kerana Sam dapati motorsikalnya masih ada dihadapan bilik tidur Sam. Najwa pun tidak nampak kelibatnya dan mungkin berada didalam biliknya.Yusri langsung tidak nampak bayangnya selepas pergi dari siang tadi.

Sam mengambil keputusan mengunci pintu biliknya kerana takut Yusri balik kerumah dan masih marah kepadanya dan mungkin membuat kacau lagi. Apa yang ada didalam fikiran Sam sekarang ialah rancangan perniagaannya sahaja kerana itu sahaja yang dapat difikirkannya.Bagi masaalah berkenaan Najwa, dia telah mengambil keputusan untuk mengikut apa sahaja budi bicara orang tuanya.

Sedang Sam menglamun dan berfikir, pintu biliknya diketuk oleh seseorang. Setelah mengintai dari celah rekahan papan pintu itu, Sam dapati ianya adalah Wan Kamariah yang berada didepan pintu itu.Sam membuka pintu biliknya dan Wan Kamariah pun masuk.

Sam; Duduklah makcik.

Kamariah; Tak apalah Sam, kamu macamana?, ada cedera tak?.

Sam; Tak ada apa makcik, sikit sahaja calar-calar.

Kamriah; Makcik pun buntu memikirkan perangai Pak Yusri tu, tak tahu apa sebabnya dia berkelakuan begitu. Pakcik dan Makcik dah puas nasihatkannya tapi dia tak mahu dengar.

Sam; Saya pun tak tahulah makcik, saya sendiri pun keliru dengan semua ini. Lagi pun Pak Yusri ada berkata yang dia tak puas hati saya ambil wang sebanyak Seribu Lima Ratus semasa hendak balik kekampung itu. Betul, tapi saya sudah cakap pada Najwa yang saya ambil macam gaji saya dahulu, lagi pun sudah hampir tiga bulan saya bekerja tapi langsung tak ambil upah dan gaji. Saya juga berkata pada Najwa yang selepas ini dia pula yang ambil wang dengan jumlah yang sama.

Kamariah; Hal itu makcik tak tahu, ianya rundingan antara kamu dengan Najwa. Mungkin sebab itu yang membuatkan Pak Yusri menjadi sangat marah dengan kamu.

Sam; Tapi dalam hal tersebut, kita kenalah berfikir juga sebab rasanya saya sudah cukup berusaha sehingga perniagaan ini telah sampai sebegini dan jumlah yang saya ambil itu terlalu sedikit dengan segala keuntungan yang telah diperolehi dan dibelanjakan untuk membesarkan perniagaan ini.

Kamariah; Beginilah Sam, makcik dan pakcik telah sepakat meminta kamu meninggalkan rumah ini kerana takut Pak Yusri kamu tu mungkin susah nak dikawal kemarahannya dan mungkin akan menyerang kamu bila-bila masa.

Sam; Saya tahu dan saya juga tak mahu kecuh-kecuh.

Kamariah; Makcik dan Pakcik pun tak boleh nak halang dia tu,panas barannya kuat, jadi makcik rasa eluklah Sam keluar dari rumah ini. Ini dada wang lima ratus ringgit untuk buat belanja kamu. Baliklah kamu ke Kuala Lumpur atau kekampung kamu semula.

Sam; Apa semuanya ini makcik?.

Kamariah; Bukan itu sahaja, Pakcik kamu hendak kamu meninggalkan terus Negeri ini dan jangan lagi berada diTrengganu lagi. Itu arahan dan kehendaknya, makcik cuma sampaikan kan sahaja.

Sam; Kenapa pula saya mesti meninggalkan negeri Trengganu?. Apa salah besar sehingga saya terpaksa berbuat demikian?.

Kamriah; Kami takut yang Pak Yusri kamu akan membalas dendam pada kamu kemudian hari dan semua itu akan menyusahkan kita semua.

Sam; Kalau nak dinilai dengan wang lima ratus ringgit ini dan wang sebanyak seribu lima ratus itu dengan apa yang telah saya buat selama ini, memang tak berbaloi, tapi kerana saya tidak ada wang langsung sekarang ini, saya terima juga. Mungkin sudah suratan saya sebegini apa nak buat.

Kamariah; Lagi satu, kami tak mahu kamu kacau atau ambil pekerja yang ada kerana selepas ini Najwa dan Pak Yusri akan menguruskan perniagaan ini. Pergilah kamu buat kerja kamu ditempat kamu sendiri. Kamu juga jangan cuba balik keTrengganu lagi selepas ini, kerana itu permintaan Pakcik kamu.

Sam; Tak apalah makcik, saya akan keluar dari rumah ini dan sekarang saya sudah faham segala-galanya. Tak payah risau, malam ini juga saya keluar.Terima kasih diatas semua layanan makcik sekeluarga selama ini dan halalkan semua makan minum saya.

Kamariah; Baguslah kalau kamu sudah faham, makcik dan pakcik juga berfikirkan keselamatan kamu juga sebab tak mahu perkara buruk berlaku nanti.

Selepas itu Wan Kamariah keluar dari bilek itu, dan Sam mula berkemas semua pakaiannya dan akhirnya malam itu juga dia keluar dari rumah tersebut dengan hanya berbekalkan wang sebanyak Lima Ratus Ringgit itu.

Sam menaiki sebuah beca untuk pergi kepusat Bandar Kuala Trengganu lalu menyewa sebuah bilik di Hotel Bungaraya.Tiada tempat sesuai yang lain dalam fikiran Sam dan di bercadang untuk tinggal disitu selama dua tiga hari sehingga orang tuanya sampai. Sam amat yakin kerana mereka akan sampai kerana telah mendapat berita dari kawannya dikampung bahawa keluarganya telah berangkat ke Kuala Lumpur.

Sebaik sahaja Sam berada di Hotel tersebut, dia telah menalipon Najwa dirumahnya dan memberi tahu dimana dia berada serta nombor biliknya. Selain itu, Sam meminta Najwa menghantar sesiapa sahaja untuk mengambil sepucuk surat yang dia telah tulis dan tidak sempat memberikan kepada Najwa semasa dia keluar dari rumahnya malam ini.Najwa berjanji akan menghantar orang untuk berjumpa Sam dan mengambil surat itu.

Tidak lama selepas itu, seorang sepupu Najwa yang bernama Azman telah datang bertemu Sam didalam biliknya.

Sam; Apa khabar Man, saya tengah pening sangat ni. Najwa yang suruh awak datang kesini kah?.

Azman; Ya, dia meminta saya berjumpa dengan awak serta mengambil surat yang awak katakan itu. Saya sebenarnya pun pening memikirkan masaalah awak ini Sam. Saya sendiri pun tak tahu sebab sebenarnya, tapi saya simpati dengan awak.

Sam; Yalah Man, saya sendiri pun pening dan asyik tercari-cari kesalahan yang mungkin saya pernah lakukan.

Azman; Setahu saya, awak tak ada buat salah tapi tak tahulah sebab awak duduk dengan mereka. Manalah saya tahu, tapi Tok De ada juga bercerita dengan Mak saya hal awak ini. Kalau mengikut cakap Tok De itu, memang tak patut langsung, tapi kami sebenarnya tidaklah boleh campur dengan hal keluarga mereka. Sekadar memerhatikan sahaja bolehlah.

Sam; Biarlah Man apa yang hendak mereka buat, kalau itu mereka fikir yang terbaik. Saya ini hanya orang dagang, tak boleh nak buat sesuka hati.

Azman; Tengoklah sekarang apa dah jadi, semua kerja terbengkalai dan terhenti. Saya rasa Sam sudah tak mahu membuat kerja disana lagi kerana saya tahu awak sudah lama tangung hal ini. Itu kamu Sam, kalau orang lain semuda kamu ini, entahlah.

Sam; Saya bukan tabah atau baik sangat tapi saya masih percayakan Najwa dan mungkin dia tidak tahu hal ini langsung.

Azman; Apa nak lagi?. Sejak kamu buat batik ini disana, nama keluarganya naik dan menjadi buah mulut orang, dan dari tidak punya apa-apa langsung, sekarang sudah ada perusahaan sendiri dan sudah ramai pekerja.

Sam; Tak tahulah bagaimana mereka berfikir Man.

Azman; Saya rasa, kalau awak dah tak ada nanti semua yang ada itu jadi debu sahaja. Najwa dan keluarganya bukan tahu apa-apa hal berniaga. Ayahnya seorang pencen Jabatan Ukur, bukan ada pengalaman berniaga langsung. Najwa pun walau berkhursus bidang yang sama, tapi saya lihat dia tidak berbakat sebagai pelukis, tak payah cakaplah hal perniagaan.

Sam; Tapi malam tadi emaknya berkata yang selepas ini Najwa dan Yusri akan menjalankan bengkel itu selepas saya tiada nanti.

Azman; Tak tahulah Sam. Saya pun tak faham cara mereka berfikir. Cakap memang senang. Eh!, sudah lewat ni, mana surat itu?. Nanti Najwa tertunggu-tunggu pula dia.

Sam; Man, surat ini bukan apa-apa pun, saya sengaja nak menguji dan mencari kebenaran dari pihak Najwa pula. Saya ini hanya masih bertahan sebab dia sahaja. Kalau sudah jelas dari mulut dia sendiri, maka tahulah apa yang saya akan buat.

Azman; Betul tu Sam, kita ni bukan hanya bergantung pada satu usaha sahaja, lagilah orang macam kamu, sekarang amat berharga dan terlalu banyak peluang menanti. Kalau saya langsung tak takut. Kerja dengan orang boleh dan bekerja sendiri pun boleh, apa nak takut. Soal perempuan ni, jatuh nombor sepuloh sahaja. Tapi benar kata awak tu, mungkin Najwa tak tahu dan setahu saya dia ini baik orangnya.

Sam; Yalah Man. Itulah yang jadi masaalahnya sekarang, Saya takut hendak menzalimi dia, takut dia tak bersalah langsung.

Azamn; Oklah Sam, saya minta diri dahulu. Harap awak bersabar.

Sam; Terima kasih Man, jangan risau hal diri saya, saya ok tapi setakat sedih dan keliru tu memanglah ada, cuma masih boleh kawal lagi.

No comments:

Post a Comment