Dalam masa itu, Sam juga sering melawat keluarga Najwa jika ada cuti dan masa lapang bagi menghilangkan rasa bosannya. Selain itu, Yusri juga sering membawa Sam bersiar-siar ke pelbagai tempat di seluruh Bandar Kuala Trengganu. Sam amat terhibur.
Setelah lebih sa bulan Sam bertugas disana, suatu hari dia amat terperanjat apabila dia telah didatangi oleh Najwa ditempat kerjanya.
Najwa; Assalammualaikum, Encik Apa Khabar?.
Sam; Najwa! bila balik?. Terperanjat saya.
Najwa; Amboi! khusuknya melukis, sampai kita kat sebelah pun tak sedar. Saya balik semalam, sajer tak bagi tahu, nak buatkan awak terperanjat.
Sam; Kawan-kawan yang lain semua balik kah?
Najwa; Ya, semua dah balik, dah habis latihan dan mungkin minggu depan mula berlatih diKraftangan disini. Dapat cuti seminggu sahaja pun, lepas itu kena sambung berlajar selama setahun lagi disini.
Sam; Kamu datang dengan siapa?. Naik bas kah atau beca?.
Najwa; Pok Yusri hantar, dia hantar saya, lepas itu dia kata nak pergi jumpa kawannya sekejap. Dia akan datang mungkin sejam lagi kot.
Sam; Eh! Najwa, mari saya belanja awak minum?. Kat restaurant dibawah tu.
Sam dan Najwa pun turun kebawah bangunan itu serta minum direstaurant yang ada disitu.Mereka berborak sambil minum dan santai disana.
Sam; Najwa, betul lah seperti awak kata, Batik seperti yang kita buat ini masih belum ada disini dan Kota Bahru.Saya lihat kain-kain yang saya buat itu amat laris walaupun ditawarkan pada harga yang amat mahal.
Najwa; Itulah, saya dah kata dahulu, belum ada lagi. Yang ada masa kini adalah Batik Sarong dan Kain Batik Ela, dan semuanya menggunakan kaedah mengecop sahaja.
Sam; Kalau kita buka perniagaan disini tentu boleh maju. Geram betul saya kerana tak dapat berusaha sendiri untuk membuatnya disini. Kalau boleh tentu boleh dapat keuntungan lumayan.
Najwa; Kalau awak nak buat boleh, awak boleh buat sebelah malam kerana awak bekerja sebelah siang. Buat part time dahulu.
Sam; Iskh! gila awak? Mana boleh saya nak buat sendiri pada sebelah malam. Ini semua tempat dan peralatan mereka. Marahlah mereka nanti.
Najwa; Sam, saya bukan maksudkan awak buat disini, tapi boleh buat dekat rumah saya. Malam barulah awak buat. Barulah boleh.
Sam; Payah tu,sebab saya susah nak berulang alik untuk buat kerja. Kalau tengah malam, mana ada transpot lagi disini. Jam sembilan sahaja, semua dah sunyi.
Najwa; Itu tak susah, sebab Pok Yusri boleh ambil dan hantar awak. Kalau awak tak balik malam pun boleh. Awak boleh tidur dibilik bawah rumah saya tu, dan lepas subuh, Pok Yusri boleh hantar awak balik untuk bekerja.
Sam; Saya tak terfikir pula samapai begitu, tapi betul juga tu. Kalau begitu, pada hari Jumaat saya cuti. Jadi boleh buat kerja dari malam Khamis, sampai sehingga petang Jumaat. Tak apalah saya bersembahyang Jumaat di Masjid dikampung awak tu. Ok juga.
Najwa; Bijak pun, heheheh.
Sam; Najwa, awak buatlah rancangan dan saya boleh usaha bersama awak nanti.
Najwa; Itu tak jadi soal, asalkan awak boleh bantu saya. Saya ni masih tak tahu buat kerja, malah masih berlatih lagi. Lagipun hasil pengeluaran awak mana boleh lawan. Lukisan saya teruk sangat lagi.Jadi beginilah, awak ,melukis dan saya buat kerja mewarna, jadi awak hanya melukis, dan tinggalkan semua itu, biar saya siapkan.
Sam; Ok, kalau begitu saya setuju, lagipun modal permulaan kalau begitu bukanlah banyak sangat. Lagi pun bawah rumah awak tu luas dan bolih dibuat bengkel sementara.
Najwa; Tak apalah tentang modal awal tu, saya boleh minta tolong dengan keluarga saya, asalkan awak nak bersama saya berusaha bersama. Kita kongsi berdua ok?.
Sam; Saya tak kisah sangat kalau dengan awak Najwa. Ikut pandai awaklah.
Najwa; Ok!, kalau begitu, saya akan berunding dengan keluarga saya. Lagi pun saya ada banyak masa walaupun masih berlatih sebab kalau berlatih pun hanya sekerat hari dan bukan setiap hari pun.
Sam; Awak tu berlatih sebab nak jadi pandai dan sampai boleh buat perusahaan sendiri, tapi jika dan berniaga sendiri, tentulah boleh terus berlatih sambil buat kerja. Lagi baik dan akan lebih cepat pandai.
Najwa; Betul tu saya minat. Ok lusa awak cuti kan?. Kalau begitu awak datang rumah saya dan kita berbingang. Ok?.
Sam; Ok, saya setuju.
Pada hari Jumaat minggu itu, Sam dan Najwa serta keluarganya bersetuju dengan rancangan mereka itu. Sam dan Najwa pun membuat persediaan untuk menjalankan perniagaan sendiri. Sam sendiri yang bertukang untuk membuat semua peralatan dan persediaan untuk tujuan tersebut.
Persetujuan diantara Najwa dan Sam ialah untuk berusaha bersama, iaitu Sam melakukan kerja dan Najwa memberi modal yang anggarannya adalah dalam seribu ringgit yang dipinjamnya dari keluaganya.
Setelah semuanya siap sedia, maka Sam pun bermulalah kerja Sam dan Najwa seperti yang dirancang. Waktu siang, Sam bekerja di Batik House dan waktu malamnya dia bekerja dirumah Najwa.
Najwa; Sam saya lihat kamu amat sibuk sekarang. Sekarang ini tempahan kita bertambah banyak.Mungkin awak penat sangat kerana tinggal sendirian dan terpaksa basuh baju dan makan minum sendiri.
Sam; Tak apalah saya tahan lagi, tapi kerana tempahan banyak terpaksalah saya bekerja sampai lewat malam dan selalu menumpang tidur dirumah awak.
Najwa; Ya lah, lepas tu subuh lagi kena balik kerana bekerja. Kalau hari cuti tu lainlah sedikit ada lapang sedikit.
Sam; Mengikut perasaan saya, bahawa perniagaan kita ini akan maju serta terlalu banyak kerja yang harus dilakukan. Apa macam kalau saya berhenti bekerja dan beri tumpuan pada perniagaaan ini. Saya yakin boleh berjaya. Lagi pun tak payahlah pelanggan menunggu lama untuk mendapat barangan yang mereka tempah.
Najwa; Saya pun ingat begitu, tapi soal kerja awak tu bagaimana?. Perjanjian awak dengan Encik Mokhtar, bagaimana?.
Sam; Sebenarnya saya tak lagi tandatangani perjanjian untuk bekerja selama tiga tahun dengan dia, tapi setelah melihatkan perkembangan Azmi serta pekerja lain, saya lihat mereka telah pandai dan boleh berdikari tanpa saya. Saya rasa saya sudah boleh tinggalkan mereka sebab Azmi pun amat kreatif serta boleh merekacipta design baru dengan sendirinya.
Najwa; Itu saya tak tahu, tapi saya harap awak selesaikan perkara itu secara baik kerana saya kenal dengan Encik Mokhtar dan tidak mahu ada sebarang masalah.
Sam; Nantilah saya fikirkan, tapi sekiranya saya berhenti kerja, saya terpaksa menumpang tinggal dirumah awaklah. Saya takut akan menyusahkan awak dan keluarga awak nanti.
Najwa; Itu tidak menjadi masaalah sebab kalau awak tinggal disini, soal makan dan kain baju awak, bolihlah saya sediakan. Awak boleh hanya menumpukan perhatian kepada kerja sahaja.
Sam; Kalau dah betul maju, bolehlah kita kahwin cepat ya?.
Najwa; Iskh! kita cakap betul, dia merapu pula.
Sam; Awak tak suka kah? hehehe
Najwa; Kalau ada jodoh, nak buat apa, terima aja lah.
Keesukan harinya, Sam telah bertemu dengan Encik Mokhtar untuk memperbincangkan hasratnya untuk berhenti bekerja.
Sam; Tuan, saya ada hal nak bincang sedikit soal kerja.
Mokhtar; Ah!, silakan. Eh! lupa saya yang kita terpaksa menandatangani surat perjanjian yang saya janjikan dahulu. Saya dan isteri saya berpuas hati dengan kerja dan bakat kamu, jadi tak masaalah awak terus bekerja terus dengan kami selama tiga tahun lagi. Selepas menandatangani perjanjian ini, kita boleh sahkan pada Pesuruhjaya Sumpah supaya ianya sah.
Sam; Itu pun ya juga, saya setuju, tetapi ada perkara lain yang hendak saya rundingkan dan saya juga ingin memberi pendapat.
Mokhtar; Oh! ya, silakan.
Sam; Begini tuan, saya lihat Azmi amat pantas dan peka belajar sehingga dia cepat mahir serta sudah boleh merekacipta sendiri. Pada pendapat saya dia sudah boleh berdikari sekarang. Begitu juga pekerja pembantunya, sudah mahir juga.
Mokhtar; Saya pun lihat begitu, itulah saya lihat sistem dan cara awak mengajar amat berkesan serta senang diikuti. Tapi mereka masih perlu bimbingan lagi.
Sam; Sebenarnya Tuan pun mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini serta mempunyai citarasa serta visi sendiri, begitu juga isteri tuan yang amat berminat, serta mempunyai kemahiran dalam rekaan pakaian, tentu tak bermasaalah untuk membimbing serta memantau mereka.
Mokhtar; Apa maksud awak berkata begitu?, adakah anda hemdak berhenti Sam?.
Sam; Ya Tuan, saya ingat begitulah sebab dengan cara ini Tuan boleh jimatkan belanja dan memberi peluang kepada Azmi boleh menunjukan kebolehannya.
Mokhtar; Awak merajuk kah Sam sebab saya lambat menandatangani perjanjian itu?. Sebenarnya surat itu lambat sedikit sebab saya menunggu ianya disiapkan olih penulis yang saya upah.
Sam; Bukan begitu Tuan, tapi saya rasa hendak membantu Najwa dan rakan-rakannya yang hendak membuat perusahaan sendiri. Saya taklah telah mengambil keputusan mukhtamad, selain berbincang serta meminta pandangan Tuan.
Encik Mokhtar termenung sejenak sambil berfikir dan dia membelik-belik surat Perjanjian yang dipegangnya.
Mokhtar; Beginilah Sam, saya setuju juga dengan pendapat awak tu, tapi saya minta jika awak berhenti nanti,tapi janganlah awak menghilang diri terus sebab saya berharap awak terus memberi khidmat nasihat bila saya perlukan nanti.
Sam; Kalau begitu,saya bersetuju. Lagi pun saya masih ada disini dan tidak jauh dari tempat Tuan ini. Saya mungkin menumpang dirumah Najwa.
Mokhtar; Oh! begitu. Sam, saya lihat awak dengan Najwa ni macam kekasih sahaja, ada apa-apa kah?.
Sam; Tak tahu tahulah Tuan. hehehe
Mokhtar; Saya dah lihat lama, saya rasa Najwa itu perempuan baik, untung awak kalau berkahwin dengan dia. Dan dia beruntung kalau dapat bersuamikan orang seperti kamu.kalau itu terjadi, awak berdua bakal berjaya dan senang.
Sam; Tak tahulah Tuan.heheheh
Mokhtar; Sam awak nak tahu tak sebab saya setuju awak berhenti tu?.
Sam; Tak tahu Tuan.
Mokhtar; Saya orang tua, banyak fikir dan penilaian.Saya rasa perasaan awak nak nak berhenti sebab nak bersama Najwa dan berusaha. Jadi saya sebenarnya setuju juga denga tindakan awak tu. Selain itu, apa yang saya buat ini sebenarnya hanya untuk Azmi, kerana dia itu walaupun bukan anak saya, tapi saya dan isteri saya amat sayang dengan dia kerana kami bela dia dari kecil. Kami sebenarnya tiada anak langsung.
Sam; Oh! begitu, saya pun tak tahu, sebab Tuan tak pernah cerita pun.
Mokhtar; Saya nak buat apa lagi?, semua sudah ada dan yang ada pun tak tahu nak bagi siapa, mungkin Azmilah yang punya. Tapi kami tak mahu dia malas, itu sebab buat projek ini. Jadi mulai lepas ini baik juga dia berdikari serta servival sendiri. Asas sudah kita beri, tinggal dia berusaha sahaja.
Sam. Betul Tuan. Saya yakin dia boleh berjaya.Jadi bolehlah saya berhenti Tuan?.
Mokhtar; Ok lah Sam, bila awak nak berhenti?.
Sam; Hari ini Tuan. heheheeheh.
Mokhtar; Oklah Sam, saya setuju,tapi besuk baru boleh awak ambil baki gaji awak. Saya ucapkan terima kasih dan saya harap awak jaga Najwa baik-baik. Heheheheh
Sam; Iskh! Tuan ini, malulah saya.
Petang itu juga Sam telah mengangkut semua barangannya serta berpindah kerumah Najwa dan menetap dibilik kecil, dibawah tangga dapur dirumah itu.
No comments:
Post a Comment