Semua itu adalah hasil kerja keras serta sifat berjimat cermat Sam. Bagi Sam dia sudah amat puas hati dengan segala yang ada kerana sudah tiada lagi ruang lapang untuk membesarkan kilangnya lagi. Kesemua tanah tersebut telah Sam sewa sepenuhnya. Penduduk kampung itu ramai yang bekerja dengannya sekarang.
Sam sekarang telah menggaji seorang Pengurus yang bernama Zainudin sebagai melengkapkan pentadbiran serta melancarkan perusahaannya. Zainuddin adalah bekas rakan sekolahnya yang berasal dari Kuala Lumpur. Sam amat mempercayai Zainuddin yang agak warak serta jujur.
Sam pun memulakan apa yang diimpikan selama ini, iaitu menjemput Bas-Bas Pelancung yang datang melawat ke Trengganu untuk melawat dan membeli belah di Kilangnya. Dengan bantuan Halim, iaitu sepupu Najwa, kerja-kerja mempromosi serta kempen menarik perhatian Bas Pelancung amat berjaya. Boleh dikatakan bahawa setiap hari akan ada Bas Pelancung yang melawat kilangnya serta membeli belah.
Selain menjual barangan buatan sendiri, Sam juga membeli hasil-hasil batik dari pengusaha lain bagi memperbanyakkan jenis barangan di Pusat pamerannya.Perniagaan Sam telah mula menampakkan hasil seperti yang dirancangkannya selama ini.Dengan keuntungan yang bertambah, Sam dapat melunaskan segala hutang-hutangnya dengan baik serta teratur.
Najwa telah melahirkan anak lelaki yang diberi nama Amirul dan Najwa lebih memberi perhatian kepada anaknya itu. Sikap dan perhatian Najwa kepada Sam masih seperti dahulu, tetapi dengan senyum dan tangis Amirul, Sam tidaklah terasa sangat kesepian dan terubatlah sedikit kekecewaannya selama ini. Sam lebih banyak menghabiskan waktu bersama Amirul, malah sehinggakan Amirul tidak boleh membuang air besar sekiranya tidak dipegang oleh Sam.
Setelah Amirul dilahirkan, Sam kerap balik kekampung untuk berehat dan melepaskan rindunya kepada keluarga dikampung. Boleh dikatakan paling tidak pun dalam sebulan, Sam mesti pulang dua kali atau lebih.Itulah cara Sam melepaskan kebosanan serta ketegangan fikiran yang dihadapinya. Walau pun dia mempunyai banyak wang tetapi dia tidak merasa bahagia kerana dia terasa kekosongan kerana sikap Najwa dan keluarganya.Sehingga kini, hanya emak mertuanya sahaja yang sudah agak mesra dengannya, tetapi yang lain masih memboikot serta masih tidak bertegur sapa lagi.
Akibat dari permintaan yang amat banyak, akhirnya Sam bercadang untuk menambah sebuah lagi kilangnya bagi menambah pengeluarannya.Disebabkan dia selalu berulang alik kekampungnya, dia pun membuat sebuah kilang Batik dikampungnya sendiri.Kilang ini tidaklah sebesar yang di Kuala Trengganu, tetapi jika digabungkan kedua-duanya sekali, dengan itu sekarang Sam telah memiliki sebuah perusaahan membuat batik yang terbesar sekali di Malaysia.
Untuk menjalankan kilang itu, Sam telah menghantar beberapa orang pekerja termahirnya dari kilang yang lama ke Selangor bagi bekerja disana.Dia juga mengambil anak muda dari kampungnya untuk bekerja disana.Pekerja-pekerja mahir inilah yang menjadi ketua serta tenaga pengajar kepada pekerja yang baru.
Untuk melancarkan serta menyusun kilang yang baru bermula itu, Sam akan pulang kekampungnya seminggu sekali.Kekadang dia terpaksa hanya berada beberapa jam sahaja dikampung dan pulang semula keTrengganu kerana banyak urusan. Selain itu Sam juga terus membekalkan kepada Syikin, kain-kain untuk pasaran di Kuala Lumpur. Sekarang tanggung jawab serta tugas Sam kian bertambah. Boleh dikatakan tiada banyak waktu rehat untuknya sekarang.
Sam; Mah, saya harap awak bekerja keras sedikit mengajar pekerja-pekerja baru dibengkel ini, kerana saya lihat perkembangan kemahiran sangat perlahan. Banyak kain yang rosak serta mutu yang amat rendah.
Zaimah; Betul tu Encik Sam, Saya, Tengku dan sahabat lain telah berusaha mengajar mereka, tetapi saya rasa mereka memang agak lambat memahami serta susah sikit hendak diajar.
Sam; Ya, mungkin ini bukan budaya mereka jika dibandingkan dengan orang di Trengganu dan Kelantan yang sudah amat biasa dengan budaya membuat Batik. itu sebabnya mereka agak lambat mempelajari kerana kurang pendedahan kemahiran sebegini. Tapi awak jangan putus asa, teruskan usaha.
Tengku; Banyak kah kain yang rosak Encik Sam?.
Sam; Boleh dikatakan hanya sepuloh peratus sahaja kain yang boleh dijual, yang lain amat bermasaalah. Saya cadangkan kain pengeluaran disini adalah untuk pasaran Kuala Lumpur, tapi kalau begini, masih tak boleh lagi. Saya bawa balik ke Trengganu semuanya tapi bila dibandingkan dengan pengeluaran disana, amat jauh mutunya. Tak boleh dijual langsung. Saya simpan sahaja.
Tengku; Kalau begitu, teruklah kita nanti, dan tentu Encik Sam rugi banyak.
Sam; Tak apalah, tapi sekarang pun, saya kerugian diantara Lima Belas sehingga Dua Puloh Ribu ringgit sebulan. Saya jangka mungkin dalam masa latihan selama tiga bulan sahaja, tapi bila sekarang kita sudah beroperasi lebih dari dua bulan dan masih macam ini, saya risau yang saya terpaksa menanggung kerugian lebih lama lagi.
Zaimah; Yalah Encik Sam, saya lihat kalau macam ini, masih lambat lagi mereka baru boleh mahir dan satbil. Bukan itu sahaja, saya lihat dibahagian merebus dan membasuh pun masih banyak kesilapan. Banyak juga kain yang rosak semasa merebus.
Sam; Beginilah Mah, awak dan sahabat yang lain, bantulah saya seberapa yang boleh, kerana saya pun amat letih hendak sentiasa berulang alik. Selain itu saya juga banyak urusan serta terpaksa menjaga kilang di Trengganu. Sejak ketiadaan awak, yang tinggal hanya pekerja yang kurang mahir juga. Sekarang dua-dua tempat sedang bermasaalah. Aduh!, terasa silap pula saya membuka kilang disini bila masaalah begini terjadi.
Mah; Yalah Encik Sam, saya juga berasa begitu.Mungkin Encik Sam sepatutnya membuka kilang diTrengganu atau Kelantan sahaja. Sudahlah dekat, malah ramai pekerja mahir disana.
Sam; Tak apalah Mah, mungkin saya sudah tersilap, tetapi awak lihatlah permodalan yang telah saya keluarkan, amat banyak, dan kita tidak boleh putus asa, kita mesti mencuba dahulu. Saya masih boleh bertahan, awak cubalah bantu saya.Kesian juga kawan-kawan disini yang memerlukan pekerjaan.
Tengku; Yalah Encik Sam, dah banyak sangat modal yang keluar, kita mesti usaha teruskan. Saya tak kisah, seronok juga tinggal disini.
Sam; Oklah, saya harap kita semua akan boleh atasi semua ini. Tolonglah saya.Kita ini sangat bernasib baik kerana jualan diTrengganu amat baik serta pelancung ramai datang keKilang kita. Itulah yang menyelamatkan kita.
No comments:
Post a Comment