AHMAD BAHAROM CREATION

SILA BACA MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT.

NOVEL INI MASIH BELUM SIAP.

MASIH DI OLAH SERTA DIPERBETULKAN.


Friday, 19 December 2014

3.1 - SAM MEMBELI KERETA BARU.

Walaupun perhubungan Sam dan Najwa tidak berapa mesra, Sam tidak pula Najwa dari melawat atau menziarahi ibu-bapanya serta kakaknya. Najwa bebas dan boleh pergi bila-bila masa dia suka, tiada halangan. Sam masih dengan aktiviti biasanya iaitu pergi menyelam sekiranya merasa tertekan dan kesunyian.

Selain dari menyelam, Sam juga kerap berbual serta bergurau dengan pekerja-pekerjanya terutama mak sepupu Najwa iaitu Wan. Dia ini sangat peramah serta pandai berjenaka serta mudah memahami orang lain.Wan dilantik sebagai penyelia proses dan jualan oleh Sam dan dia telah menjalankan tugasnya dengan baik dan memuaskan.

Wan selaku keluarga terdekat Najwa, juga tahu serba sedikit latar belakang serta sejarah Sam bersama keluarga Najwa. Dia juga tidak berapa setuju dengan tindakan mereka kepada Sam. Sam amat mempercayai Wan dan ada juga menceritakan masaalahnya, serta meminta Wan untuk menasihatkan Najwa bagi menyelesaikan masaalah mereka.

Suatu hari Najwa mengesahkan bahawa dia telah mengandung. Sam amat gembira serta berharap mulai hari itu, keluarganya akan berubah kerana kehadiran anaknya itu.Bila berita Najwa mengandung itu tersebar dikalangan keluarga, hanya ibu mertuanya sahaja yang nampak berubah dan agak selalu melawat mereka. Bagi keluarga yang lain, masih seperti meneruskan Boikot terhadapnya.

Sam banyak menghabiskan masa dirumah dan dibengkelnya. Perniagaannya tetap bertambah maju serta pendapatannya semakin lumayan.Sekarang bengkelnya bertambah besar dan boleh dikatogorikan sebagai kilang kini.Pekerjanya amat ramai serta telah melanjutkan kerja-kerja sehingga sebelah malam kerana permintaan yang banyak.

Sam bercadang untuk membeli sebuah kereta sekiranya dia sudah mendapat Lesen memandu dan satu hari Sam telah pergi melihat2 kereta disebuah pusat jualan kereta. Tujuannya adalah sekadar hanya untuk melihat model terbaharu dan yang sesuai dengannya.

Sam; Tuan ini kereta berapa harga?.

Jurujual; Ini kereta paling barulah kawan. Dia punya nama Toyota Crown, dan ini kereta pakai gear Automatik. Apa awak mahu beli ini kereta kah?. Kalau mahu beli baru saya kasi tahu itu harga.

Sam; Kereta ini besar sangat, tak sesuai dengan saya.Lagi pun fesyennya terlalu tua untuk saya.

Jurujual; Yalah kawan, ini kerita untuk orang agak tua ada cantik juga, tapi kalau macam you, itu Toyota Corona Liftback lagi baiklah atau you angkat itu Toyota Cillica pun bagus, tapi dia ada dua pintu juga.

Sam; Oooo! itu keretakah Tuan,yang warna biru muda tu?. Cantik juga.

Jurujual; Ini murah sikit dari itu Crown. Dia punya harga lebih kurang Dua puluh Empat Ribu sahaja. Orang Melayu banyak jarang pakai ini keretalah kawan.

Sam; Oooo begitu, Hello kawan, boleh kasi saya tengok dia punya dalam kah?.

Jurujual; Haiya kawan kalau You mahu beli, saya boleh angkat itu kunci, bukan kasi awak tengok dalam sahaja, boleh kasi you cuba pandu juga. Awak boleh tengok dari luar pun sudah cukuplah.

Sam; Saya bukan tak mahu belilah kawan tapi saya masih belum ada Lesen memandu sajalah kawan.Nanti bila sudah ada lesen saya mahu beli satu ini macam.

Jurujual; Kalau tak ada lesen memandu pun boleh beli kereta juga, saya boleh tolong kalau mahu, tapi betulkah awak mahu beli ini kereta?. Hoi kawan jangan loyar buruklah. Saya layan kamu pun sudah banyak buang masa lah.

Sam; Hei kawan, awak nampak saya datang naik basikal buruk, pakai baju buruk dan selipar buruk, awak ingat saya Loyar buruk kah?. kalau betul macam awak kata, boleh beli ini kereta walaupun tak ada lesen, saya mahu beli satu ini hari juga.

Jurujual; Itu kalau tak ada Lesen memang boleh beli, tapi jika tak ada duit mana boleh beli?.

Sam; Ok!, saya ada tiga buku cek disini, semua lain bank. Awak boleh pileh mana satu awak mahu, semua cukup untuk bayar ini kereta CASH.

Jurujual; Haiya kawan, jangan ini macamlah, itu cek you punya bapa punya, apa hal lu kasi bawa?. Kalau you sain pun mana boleh laku. Awak sudah gilalah.

Sam; Mana lu punya taukeh?, saya mahu jumpa.

Jurujual; Jangan buang masalah kawan, You jumpa dia pun tak guna juga. Dia bukan boleh kasi you Free ini kereta.

Sam; Hey kawan you jangan jadi bodoh, kalau mahu Cash pun boleh saya boleh bawa tapi kalau boleh pakai cek, lagi senang, ini hari saya boleh beli. Ok awak tengok ini Rubber Stamp, itu saya punya nama, dan ini saya punya Kad Pengenalan. Ada sama nama kah?

Jurujual; Mari saya tengok. Haiya betullah awak cakap ini sama nama dengan youlah.

Sam; Apa awak takut, kalau saya kasi cek pun bukan boleh awak kasi ini kereta saya angkat lagi. Bila ini cek sudah clear, baru boleh bagi kereta. Saya cakap you bodoh nanti you marah.

Jurujual; Banyak maaflah kawan, saya ingat awak bergurau sahaja. Sini ramai orang datang itu macam, tanya-tanya sahaja tapi tidak mahu beli. Ok! ok! Tuan mari kita masuk ofis bincang didalam.

Sam; Oooo sekarang baru kau nak panggil saya tuan ya?. Awak pakai apa kereta sekarang?.

Jurujual; Saya pakai itu Datsun 120Y sajalah bos. Minyak banyak jimat.

Sam; Ini hari you tak boleh panggil saya Boss sebab saya pakai basikal buruk sahaja, tapi lepas saya pakai itu kereta, you baru boleh panggil saya Boss. Hahahahah

Sebenarnya Sam tidak pun berniat hendak membeli kereta pada hari itu. Dia juga tidak memberi tahu sesiapa pun yang dia telah membeli kereta. Dia bersyukur kerana dapat membeli kereta kerana dia tahu adalah lebih mudah untuk dia menguruskan perniagaan dan membawa Najwa untuk menjalani rawatan untuk kandungannya.

Selepas mendapat kereta itu, Sam telah menyewa sebuah rumah yang lebih selesa serta berada agak jauh dari kilangnya. Dengan adanya kenderaan sendiri, maka tiada masaalah dia hendak berulang alik kekilangnya. Disamping itu dia sudah tidak selalu melihat kakak ipar dan suaminya yang sentiasa bermasam muka setiap kali terlihat dia.

Selain itu, Sam juga melengkapi semua perabut dan peralatan rumah tangga demi kesenangan Najwa. Semuanya cukup lengkap serta berharap Najwa akan lebih selesa dan mudah menguruskan rumah tangga.

Walau bagaimanapun Najwa tetap begitu sikapnya, tiada perubahan. Walaupun masih kecewa serta kesunyian dengan sikap Najwa, dia tidak mahu membangkitkan perkara itu, kerana takut bergaduh. Tambahan pula Najwa sedang mengandung sekarang.

Bagi mengatasi masalah itu, Sam tetap pergi menyelam sebagai hobi utamanya sekarang. lagi pun dia sekarang sudah punyai kereta sendiri dan boleh membawa lebih banyak peralatan.

Selain itu dia kerap menghabiskan masa dikilangnya melukis dan berborak bersama Wan dan pekerja-pekerja lain.Sam juga selalu menhubungi Syikin dan berborak dengannya bagi menhilangkan kebosanan dan kerunsingan.

Syikin; Tahniah Sam, saya harap awak akan dapat anak lelaki. Eh! bila dianggarkan bersalinnya?.

Sam; Kalau ikut kata Doktor, dua bulan lagi. Saya pun sudah siap segalanya termasuk Jamu Bersalin untuk Najwa. Dah tak sabar menanti anak saya itu lahir.

Syikin; Saya pun Sam, nanti bila sudah besar sedikit, bawalah kerumah, saya nak lihat dan tentu datuk dan nenek disini nak menimang cucunya. Hehehehe.

Sam; Insyaallah Kin. Sekarang pun saya sudah ada kereta sendiri dan senanglah berjalan-jalan. Saya beli pun sebab teringatkan cadangan awak dahulu.

Syikin; Oh! yaqkah?. Baguslah sebab bagi saya awak memang patut ada kereta sebab perniagaan serta menguruskan keluarga. Tentu besar kereta awak tu.

Sam; Saya beli yang kecil sahaja, tapi amat selesa kalau punyai anak seramai dua tau tiga orang. Lagi pun senang saya melawat emak dan ayah saya dikampung.

Syikin; Amboi Sam, kekawan sebaya awak masih lagi berlajar, awak sekarang sudah ada kilang, ada anak dan isteri dan punya kereta besar lagi. Saya berbangga dengan awak Sam.

Sam; Mungkin sudah rezeki saya kot. Tapi orang semua tidak tahu kesusahan saya untuk sampai setakat ini. Memang amat perit.

Syikin; Ialah Sam, mungkin tiada orang tahu, tapi awak memang tabah serta bekerja keras. Malah saya tahu awak amat cerdik.

Sam; Awak sahaja yang kata begitu, mungkin orang lain tak kot.

Syikin; Lain orang, lain pemikiran dan penilaiannya Sam, bukan sama. Sam saya nak tanya sikit boleh?.

Sam; Boleh, apa salahnya.

Syikin; Saya sekarang bejerja diBukit Nenas, disebuah Butik disana, dan saya telah ceritakan yang awak ada membuat Batik Sutera,jadi saya cadangkan untuk menjual kain-kain awak disana. Bila dia dengar sahaja, dia pun bersetuju dan meminta saya menghubungi awak serta meminta sample atau gambar barangan pengeluaran awak.

Sam; Itu sudah cantik Ikin, ok! nanti bila saya ke Kuala Lumpur, saya akan bawa sample dan bagikan kepada awak. Saya akan bagi awak komisen sekiranya awak dapat pasaran.

Syikin; Betulkah Sam?. Kalau begitu, bolehlah saya menjadi Ajen Jualan Syarikat kamu?. Saya rasa saya boleh mencari pasaran baru untuk awak. Kalau sudah banyak serta lumayan, saya hendak berhenti menjadi jurujual di Butik ini. Nak bekerja dengan awak pula.

Sam; Boleh sahaja. oklah, nanti kita jumpa dan kita berbincang.

Syikin; Bila awak boleh datang jumpa saya?. Saya sudah tak sabar lagi ni.

Sam; Mungkin dua tiga hari lagi, lagi pun saya hendak berjumpa dengan emak dan ayah serta abang dan adik-adik semua. Rindu.

Syikin; Lupa pula saya. Baru-baru ini saya ada ceritakan hal awak kepada abang Ibrahim. Dia amat terkejut mendengar cerita saya berkenaan awak. Dia minta saya tanya kepada awak, boleh tak dia hendak pergi bercuti keTrengganu dan minta awak bawa dia melawat disana. Katanya dia hendak bercuti selama seminggu disana.

Sam; Apa salahnya, saya sedia melayan dia disini serta dia boleh tinggal dirumah saya selama dia berada disini. Ok, bila saya kesana nanti boleh berbincang. OK?.

Syikin; Ok Sam, jangan lupa datang dan bawa semua yang saya minta tu ya. Saya tunggu awak.




No comments:

Post a Comment