AHMAD BAHAROM CREATION

SILA BACA MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT.

NOVEL INI MASIH BELUM SIAP.

MASIH DI OLAH SERTA DIPERBETULKAN.


Monday, 15 December 2014

2.0 - NASIHAT TOK DE.

Sam sebenarnya telah mula mengkaji semua tindak tanduk keluarga Najwa, tetapi cuma masih belum pasti adakah Najwa pun sama bersubahat atau tahu dengan perkara yang sedang berlaku. Sam juga tidak berani bertindak kerana masih ragu-ragu dengan segala sangkaannya selama ini, takut semua tidak benar. Sam merasakan eluklah dia bertahan serta memerhatikan perkembangan yang lebih lanjut. Baginya, biar orang kain buat langkah salah dahulu, baru dia bertindak.

Sam masih lagi bekerja sehingga jauh malam dan amat selalu juga Yusri menghamburkan kata-kata kesat kepadanya. Sam buat tak kisah sahaja kerana dia masih menunggu lanjutan dari perkara itu untuk mencari puncanya.Dia harus bersabar, walaupun kekadang badannya menggeletar akibat terlalu sakit hati dengan kata-kata Yusri itu.

Rupanya semua peristiwa itu telah ddidengari oleh Nenek Saudara Najwa, Tok De yang tinggal dirumah itu juga. Tok De ini tinggal dalam sebuah ruang didepan rumah yang bersambung dengan rumah Utama keluarga Najwa. Ianya adalah lebih merupakan sebuah bilek sahaja, tetapi lengkap dengan dapur dan beranda tempat berehat yang berasingan.

Suatu pagi, Tok De telah memanggil Sam kebiliknya dan mereka berborak di beranda rumahnya.

Sam; Apahal Tok panggil saya ni?.

Tok De; Mu minum kopi Sam?. Marilah minum sama Tok De. Nanti jap Tok De bancuhkan sebab sebelum panggil mu ni, Tok doh siapkan air panasnya.

Sam; Janganlah susah-susah sangat Tok, saya dah minum pagi tadi sebab Najwa dah buatkan, siap dengan Nasi Dagang sekali. Dah nak penuh perut ni.

Tok De; Tak apalah Sam, kopi sahaja dan ini biskut kering, kita cicah sambil berborak.

Sam; Tak apalah Tok De, terima kasih.

Tok De; Ni ha Sam, Tok De nak cakap sedikit, tapi mu jangan kecil hati pula sebab hal ini ada kaitan dengan mu.

Sam; Tak adalah tok, saya tak kisah dan berkecil hati, apakah lagi jika orang tua yang menegur kesalahan saya. Dah biasa. Tak apa, Tok cakaplah apa yang Tok nak katakan itu, saya sedia mendengar.

Tok De; Gini Sam, Tok dah lama perhatikan kamu dan Najwa, dan Tok rasa kamu berdua ini macam sudah berkenan diantara satu dengan yang lain. Betul tak Tok cakap ni Sam?.

Sam; Betul Tok, sebenarnya kami dah lama kenal sejak dari di Kuala Lumpur lagi dan Najwa pun sudah kenal dengan keluarga saya semua. Dia dah selalu pun pergi kerumah saya.

Tok De; Tok dah tahu sebab Najwa pun dah cerita kat Tok. Sebenarnya sekarang ini Tok terasa ada yang tak kena kerana Tok sudah dengar semua apa yang Pok Yusri dah buat kepada kamu. Tok dengar semuanya sebab Tok selalu tidur lewat serta selalu mengintai kamu sedang bekerja kat bawah rumah tu.

Sam; Yalah Tok, saya pun amat sedih dan pening sekarang, tak tahu sebab sebenarnya, atau adakah saya telah buat salah?. Saya buntu Tok.

Tok De; Sebenarnya tak adalah salah kamu, tetapi Tok rasa semua ini amat tak patut dan mungkin Tok tahu sebabnya, tapi malas nak cakap, sebab takut tersalah tafsir.

Sam; Saya pun begitu Tok, tapi susahlah kalau macam ini.

Tok De; Tok Hairan juga, Tok yang duk secelah begini boleh mendengar serta meneliti apa yang Pok Yusri cakap, mustahil pula ibu dan ayah dia yang betul-betul berada diatas kepala mu tak dengar langsung. Itulah peliknya, malah buat senyap sahaja seperti apa yang Pok Yusri buat tu tak salah langsung.

Sam; Entahlah Tok De, tapi tak apalah, saya sedar saya orang dagang.

Tok De; Ginilah, Tok rasa elok kamu dan Najwa sepakat buat ikatan kukuh supaya orang lain sudah tak boleh ganggu segala usaha kamu sekarang. Maksud Tok, kalau boleh usahakan supaya kamu ada ikatan seperti pertunangan dan lepas itu berkahwin. Lepas itu pandai-pandailah Sam nak ambil hati mereka nanti.

Sam; Sebenarnya Tok, semua itu telah saya dan Najwa lakukan, emak dan bapa saya mungkin akan sampai dua atau tiga hari lagi bersama keluarga yang lain bagi tujuan merisik serta membincangkan pertunangan saya dan Najwa.

Tok De; Allah!, cantiknya rangangan kamu itu, itulah Tok nak supaya lepas ini kamu menjadi aman dan boleh terus berusaha dengan tenang serta Tok rasa kamu dan Najwa boleh berjaya. Insyaallah.

Sam; Muga-muga Tok.

Tok De; Hah!, jangan lupa kalau keluarga Sam datang nanti,Tok nak jumpa dan berkenalan.

Sam; Insyaallah Tok, itu sudah mesti sebab Tok lah selalu sebagai teman saya selama ini.

Selepas mendengar kata-kata dan nasihat Tok De, Sam merasakan Tok De sudah lebih awal mengetahui segala apa yang berlaku dan Sam bertambah yakin dengan pendiriannya. Bagi Sam sekarang ialah orang cuba bermain satu Permainan dengannya dan dia kena bersedia dan akan melawan mereka sehingga menang. Itulah azam Sam, jadi dia harus bertindak cerdik serta bersabar walaupun hatinya amat sedih dan terluka.

Malam itu Sam masih seperti biasa, melukis dibawah rumah tersebut bagi persediaan untuk pekerja-pekerjanya yang bakal menyiapkan kerja-kerja mewarna keesukan harinya.Sedang dia sibuk melukis, Yusri pun pulang serta meletakkan motorsikalnya berhampiran dengan tempat Sam melukis.

Yusri masih bermasam muka sambil menjeling kearah Sam. Sam perasan semua itu sebab dia selalu memerhatikan Yusri melalui ekor matanya. Sambil menungkat motorsikalnya, dia seperti seakan berungut dan berkata, " Anak dagang ni macam tak faham cakap Melayu, memang jenis tak sedarkan diri" dan terus masuk kerumah mengikut pintu dapur rumah itu. Walaupun Yusri seperti berungut, tapi nadanya agak kuat dan amat terang didengar oleh Sam, malah Sam juga tahu yang Tok De juga mendengarnya juga sebab Sam tahu Tok De masih belum tidur lagi, sebab api pelita minyak tanahnya masih terpasang.

Sam tidak mengambil pusing hal itu semua kerana dia sudah bersedia dan buat tidak mendengar sahaja. Walau perasaan dan pemikirannya berkecamuk dan sedih, dia mesti mengawalnya serta bersabar.

Bagi Sam, dia harus bersabar sehari dua lagi sehingga ibu-bapanya sampai kerumah ini. Itu sahaja harapannya yang tinggal untuk menentukan sama ada dia boleh kekal atau terpaksa meninggalkan rumah Najwa ini. Tentang perancangan sepenuhnya, belumlah boleh ditentukannya lagi, dan dia akan berunding dengan kedua ibu-bapanya bagi mendapatkan pandangan.

Seperti biasa, pagi itu Sam sibuk bekerja di bengkel batik. Sam lebih rapat dengan Sakinah dan Mah sebab mereka ini adalah pekerja yang paling lama bekerja dengannya serta antara yang termahir diantara semua pekerja. Sam lebih banyak memberi arahan kepada mereka berdua kerana merekalah yang dipertanggung-jawabkan untuk memberi arahan serta tunjuk ajar kepada pekerja yang lain.

Sakinah; Encik Sam, semalam Najwa ada bertanya kami. Dia bertanya apa yang selalu Encik borakkan dengan kami.

Mah; Yalah, dia macam mengesaki sesuatu,dan banyak pula hal yang ditanyanya. kami layan sahaja dan kata Encik Sam bercerita hal kerja serta hal keluarga sahaja. Dia pun senyap.

Sakinah; Dia macam cemburu sahaja dengan kami ini. Ah!kami tahulah, sebab kami ini perempuan.

Sam; Iakah? Baguslah kalau macam itu. hehehehe. Dia pun nampak semacam juga sejak kebelakangan ini, tapi saya masih belum dengar apa-apa dari mulut dia lagi. Kita lihatkah dahulu. Saya sekarang sedang menunggu emak dan bapa saya yang mungkin akan sampai kesini besuk atau lusa, mungkin masa itu kita akan tahu keadaan sebenar. Insyaallah.

Mah; Hah!, Keluarga Encik Sam nak datang kesini?. Alamak syoknya, boleh berkenalan nanti.

Sakinah; Alamak!, bestnya, boleh berkenalan dengan keluarga Encik Sam, tapi sebab apa mereka datang kesini dan apa kena-mengena dengan keadaan Encik Sam sekarang?

Sam; Sebenarnya mereka itu datang sebab hendak merisik Najwa dan membincangkan pertunangan kami. Itu sahaja, mungkin masa itu akan tahu mereka menerima atau menolak dan juga mungkin akan tahu sebab semua perkara ini berlaku. Saya jangka sahaja.

Mah; Bestnya kalau Encik Sam dan Najwa bertunang dan berkahwin, tentu selamat perniagaan ini dan kita boleh bekerja disini lagi. Nampaknya kawan kita ini menunggenglah kecewa sebab musnah harapannya nak mengorat Encik Sam. Betul tak Sakinah? Hehehehe.

Sakinah; Ko jangan tuduh aku sembarangan, walaupun aku suka pada Encik Sam, tapi aku rela berkorban demi kebahagian dia. Kau apa tahu Mah?. Kau tu tak frust kah?, takut kau lagi teruk dari aku.

Mah; Iskh! apa pula aku? Saya anggap Encik Sam ini macam abang saya sahaja. Tak lebih dari itu.

Sakinah; Aku pun anggap dia sebagai Abang, dan tetap akan panggil dia Abang sekiranya aku ada jodoh dengan dia. Tak salah kan?. heheheh

Mah; Kita ini asyik bergurau sahaja, tapi kalau keluarga Encik Sam sampai kesini,jangan lupa bagi tahu ya sebab Mah nak ajak mereka pergi ke rumah saya dan berkenalan dengan keluarga saya.

Sakinah; Saya pun, mungkin nak bawa mereka berjalan-jalan diSeberang Takir dan nak bawa mereka melawat Bandar kuala Trengganu.

Sam; Eluk juga kalau macam itu, tentu mereka seronok.

Mah; Mungkin juga saya nak ajak mereka tidur dirumah saya dan waktu malam boleh bakar ikan dan sotong untuk mereka sebab sekarang musim mencandat sotong.

Sam; Baiknya adik-adik abang ini, baguslah, tapi jangan sampai kau orang jual mereka sudahlah.hehehehe.

Sakinah; Alah! Encik Sam, bakal mertua takkan lah kami nak buat begitu.

Mah; Iskh! masih belum putus asa lagi sahabat kita ini nak ngorat Encik Sam. Walaupun kau tu lebih cantik dan putih dari Najwa, tapi hati Encik Sam masih pada Najwa. Simpanlah angan-angan kau tu.

Sakinah; Selagi mereka belum sah sebagai suami-isteri, selagi itu aku masih ada harapan. Betul tak Encik Sam.


Sam; Apalah ko orang ni. Shhhttt! tu Najwa datang, senyap dan buat kerja.Mungkin dia dah dengar apa korang cakapkan dan mungkin sebab itu dia datang tu.


Mereka senyap dan menumpukan perhatian terhadap kerja-kerja mereka, tetapi Sakinah perasan yang Sam telah menipu mereka kerana dia perasan bahawa tiada kelibat Najwa yang datang melainkan terdengar bunyi orang membasuh pinggan mangkuk dari dapur rumahnya.

Sakinah; Cittt!!! Encik Sam tipu kita mah.

Sam; Hah! kena tipu kamu semua.heheheheh






No comments:

Post a Comment