AHMAD BAHAROM CREATION

SILA BACA MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT.

NOVEL INI MASIH BELUM SIAP.

MASIH DI OLAH SERTA DIPERBETULKAN.


Monday, 15 December 2014

2.1 - SAM BERTUMBUK DENGAN YUSRI

Bangun subuh hari itu, hati Sam bertambah berdebar kerana dia memikirkan mungkin hari ini ibu-bapanya akan sampai ke Trengganu. Dia menanti berita dari Najwa yang mungkin akan menerima panggilan talipon sekiranya mereka sudah sampai di Stesyen Bas di Kuala Trengganu.

Sam menanti sehingga jam lapan pagi, tetapi ternyata tiada sebarang berita dan Sam tahu bahawa mereka masih belum sampai pagi ini. Selepas bersarapan, Sam pun memulakan tugas hariannya dibengkel. Najwa biasanya akan turun lambat kebengkel sebab terpaksa berkemas didapur dan membasuh pakaian. Selalunya selepas semua kerjanya telah selesai, barulah dia turun membantu kerja-kerja dibengkel.

Sam; Mah, tolong simpan senarai tempahan ini sebab saya mungkin sibuk sehari dua nanti kerana mungkin ayah dan ibu saya sampai nanti. Awak dan Sakinah boleh membuatnya kerana ianya amat mudah. Harap awak bantu pekerja yang mewarnanya supaya betul mengikut tempahan.

Mah; Baik Boss. Eh! belum sampai lagi keluarga Encik Sam?.

Sam; Belum, tadi saya tunggu juga sebab semalam saya sudah talipon sahabat saya dikampung, dan dia berkata bahawa ibu-bapa saya sudah pun berangkat keKuala Lumpur kerana hendak pergi ke Trengganu.Mungkin lewat sedikit mereka sampai kot, tak tahulah apa masaalahnya.Saya juga tidak memberi tahu masaalah yang saya hadapi sekarang.

Sakinah; Encik Sam pun pelik juga, dalam keadaan ini, masih nak bawa keluarga datang kesini. Kesihan mereka bila mengetahui perkara sebegini berlaku. Tentu mereka sedih nanti.

Mah: Encik Sam tak bagi tahukah Najwa atau keluarga dia yang keluarga Encik Sam nak datang?.

Sam; Semua orang tak tahu kecuali Tok De seorang sahaja yang saya bagi tahu dua hari yang lepas. Saya malas nak bagi tahu Najwa sebab takut dia akan bagi tahu keluarganya.

Sakinah; Iskh! pening kepala saya memikirkan cara Encik Sam ini, tak faham langsung.

Mah; Yalah, saya pun rasa kesihan dengan orang tua Encik Sam, mereka ingat yang Encik Sam disini baik-baik sahaja, tapi tentu tak sangka begini jadinya.

Sam; Saya tahu, tapi saya terpaksa. Sebab itulah saya masih bertahan disini kerana merekalah harapan saya untuk menentukan keputusan yang perlu saya ambil nanti. Untuk kekal disini atau keluar ketempat lain dan mungkin juga kena balik ke Kuala Lumpur semula.

Sakinah; Harap Encik Sam akan terus disini atau pun buat kerja ditempat lain. Kami semua telah sepakat untuk mengikut Encik Sam. Saya pun ada cerita semua ini pada kedua ibu-bapa saya, dan mereka sedia membantu Encik Sam. Bila-bila masa sahaja.

Mah; Yalah Encik Sam, saya pun telah bayangkan kepada semua pekerja yang mungkin Encik Sam akan buat kerja ini ditempat lain, dan mereka sepakat untuk mengikut kita semua.

Sam; Terima kasihlah kerana sokongan kamu semua.Tapi memang, untuk saya pulang ke Kuala Lumpur mungkin tidak kot, sebab saya rasa peluang saya disini amat besar.

Mah; Saya juga hairan dengan Encik Sam ini, sudah sebegini jadinya, masih nak tunggu dan masih ada hati hendak bersama Najwa lagi. Kalau saya entahlah, bye, byelah jawabnya.

Sam; Saya sebenarnya masih tak pasti yang Najwa sama terlibat kerana mungkin dia tidak tahu pun. Saya tahu dia baik dan kami pun telah berjanji. Kalau ikutkan hati akibat perbuatan keluarganya, dah lama saya cabut, tapi yang menghalang saya ialah Najwa sahaja. Saya takut saya menzalimi dirinya, kalau dia buat kepada saya, saya tak kisah. Itu hak dia.

Sakinah; Aduhai setianya boss kita ni Mah, sanggup bekorban sebab kekasih hati.

Sam; Ini bukan sebab berkorban, tapi cuma taknak bertindak melulu dan takut nak menzalimi orang lain. Takut tuhan balas dikemudian hari.

Mah; Hah!! kau dengar tu Sakinah. Boss kita berfalsafah, tapi memang betul.

Sam; Ini bukan falsafah, Awak semua tak tahu apa saya fikirkan sebab saya ini anak rantau, kalau saya salah langkah, nama saya akan buruk nanti. Iskh! mampus!, itu Pok Yusri datang, menuju kesini.

Mah, Yalah, nampak mukanya amat marah tu. Mungkin dia nak marah kita juga Sakinah.

Yusri yang seperti orang yang amat marah datang menuju keBengkel tempat mereka bekerja sambil meludah-ludah ketanah.

Yusri; Hey mu Sam, tak reti bahasa kah, yang semua orang tak suka pada mu tu. Sedarlah diri itu pendatang, jangan nak tunjuk lagak dinegeri orang.

Sam; Apa sebenarnya salah saya sehingga Pok Yusri buat begini pada saya?. Saya tak fahamlah.

Yusri; Kamu jangan nak tunjuk baik kat sini,jenis pendatang yang tak sedar diri. Berambuslah dari sini. Meyampah betul aku tengok muka kau, Haram jadah. Sudahlah menumpang kat rumah orang, ambil pula duit adik aku.

Sam; Duit apa pulak Pak Yusri, saya sendiri pun tak pegang duit dan tak ambil gaji dari semua kerja saya. Mana saya ada ambil duit?.

Yusri; Jangan kau nak menipu, itu duit yang seribu lima ratus itu, bukan kau yang ambil?. Jenis manusia tak sedar diri. Hey berambuslah kau dari sini.

Sam; Astarfirullahalazim, cubalah berfikir logik sikit, mana padan kalau nak kira wang yang saya ambil itu dengan semua keuntungan yang telah dapat. Cubalah kira dan nilai.Lagi pun saya sanggup berhenti kerja dengan gaji yang lebih banyak untuk membangunkan semua ini.

Yusri; Tak payahlah kau nak berbelit lagi, memang mak bapak kau tau ajar kau ni, mungkin mak bapak ko pun sama, nak makan duit kami. Memang dasar bangsa tak berguna.

Mendengar perkataan Yusri itu, Sam menjadi hilang sabar dan secara sepontan telah mmeluru dan hendak menumbuk Yusri tetapi sebaik sahaja sampai berdekatan dengan Yusri, Sam berhenti dan membatalkan niatnya. Dia pun berpaling dan berjalan semula kearah bengkel. Sam melihat semua pekerja telah terkejut dan panik melihat keadaan itu.

Sebaik sahaja Sam melangkah kearah bengkel, dia menerima satu pukulan dari Yusri dibahagian belakang kepalanya.

Sam yang tahu dia telah ditumbuk oleh Yusri serta melihat semua pekerja yang ketakutan dan menjerit. Sam lalu menghayunkan satu sepakan keperut Yusri yang membuatkan dia terhuyong kebelakang. Selepas itu Sam menumbuk muka Yusri dan akibatnya Yusri tumbang dan Yusri terus menerkam Yusri yang telah jatuh ketanah. Pergelutan terus berlaku diantara mereka ditanah dan saling berbalas tumbukan.

Setelah sekian lama barulah kelihatan Najwa dan kedua ibu-bapanya datang untuk meleraikan pergaduhan itu. Pihak keluarga Najwa yang tinggal berhampiran juga telah datang membantu meleraikan mereka.

Setelah dileraikan, Yusri telah dibawa oleh ibu-bapanya dan Najwa pulang kerumah dan tidak lama selepas itu kedengaran bunyi motorsikal Yusri meninggalkan rumah tersebut.

Sam masih berada dibengkel tersebut sambil ditenteramkan oleh keluarga sepupu Najwa dan pekerja-pekerjanya, terutama Mah dan Sakinah. Ada sebahagian dari pekerja kelihatan menangis dan meminta Sam bersabar.

Sam pun mengarahkan semua pekerja berhenti bekerja buat hari itu dan sehingga mereka dipanggil semula dan Najwa pun sampai sambil mententeramkan Sam. Akhirnya Najwa meminta Sam pulang kerumah dan berehat didalam biliknya. Najwa juga berkata bahawa Yusri telah pergi dari rumah kerana dimarahi oleh kedua ibu-bapanya.

Sam akur dengan permintaan Najwa serta pulang dan masuk kedalam biliknya. Sam tidak mengalami apa jua kecederaan teruk, melainkan kesan calar-balar akibat tergesel pokok-pokok senduduk yang terdapat ditempat dia bergomol dengan Yusri tadi.

Najwa; Awak rehatlah dahulu, saya pun keliru sekarang. Tak tahu apa nak cakap. Pening sangat memikirkannya.

Sam; Saya lagi bengung, tak tahu sebabnya sampai jadi begini. Tak apalah, awak keluarlah dari bilik ini, biar saya sendirian. Nanti dia orang marah pulak.

Najwa; Awak bersabarlah sebab mungkin esuk lusa, semua ini akan berubah dan baik semula, kita semua kena berfikir balik dan mencari jalan penyelesaian.

Sam; Harap-harap begitulah.

Hari itu Sam tidak keluar dari bilik tidurnya. Dia banyak berehat dalam biliknya sambil berfikir dan merancang. Apa yang pasti, Sam telah berazam untuk tidak meneruskan perniagaannya disitu dan bercadang untuk membuat kerjanya ditempat lain seperti yang telah dirancangkan sebelum ini.

Berkenaan Najwa, Sam hanya menyerahkan semua itu kepadanya sahaja dan Sam tidaj berapa kisah lagi sebab dia merasa keadaan yang telah berlaku, mungkin mmenyukarkan hubungan mereka dan selain itu Sam mengesaki Najwa tahu semua yang terjadi, tetapi berpura-pura dengannya. Sam sudah tidak peduli apa yang bakal berlaku dan yang penting dia dimasa ini ialah dia mesti meneruskan usahaniaganya dan berjaya, itu sahaja.

Dalam masa itu, Sam sangat-sangat berharap orang tuanya akan cepat sampai serta memberi tunjuk ajar serta memberinya semangat. Sam sudah bersedia dan yakin dengan perancangannya. Muktamad, bengkel yang ada sekarang bakal terkubur dan dia dan pekerja akan membuat kerja di tempat lain.Apa yang dinantikan lagi, ialah kedatangan orang tuanya yang bakal menentukan kedudukan perhubungannya dengan Najwa.

Dalam masa yang sama, Sam telah mengetahui punca sebenar kenapa keluarga Najwa amat berubah setelah dia balik dari kampung. Rupanya mereka tidak berpuas hati kerana Sam mengambil wang sebanyak seribu lima ratus itu. Sam merasa hairan kenapa mereka tidak dapat berfikir secara rasional berhubung dengan perkara itu.

Bagi Sam ianya adalah tidak patut perkara begitu berlaku serta amat hairan dengan cara mereka berfikir. Sam tidak menyalahkan Najwa jika dia memberutahu keluarganya berkenaan hal tersebut, kerana selepas itu, Sam berkata bahawa Najwa pula boleh mengambil wang sebanyak itu untuk dia menggunakan atau membeli apa yang dihajatinya. Sam cuba belaku adil, tetapi kena mengikut kemampuan dan Najwa boleh mengambil wang tersebut jika telah didapati cukup dan tidak mengganggu perniagaannya.

Selain dari itu Sam beranggap yang dia layak mengambil wang tersebut kerana selama hampir 3 bulan dia bekerja dirumah Najwa, dia tidak mengambil sebarang upah selain makan minum yang keluarga tanggung, itu pun Sam telah memberi tahu Najwa untuk menggunakan wang hasil perniagaan untuk tujuan tersebut dan Sam tidak langsung berkira.


Setelah meneliti semua perkara, Sam masih kabur dengan semua telahannya selama ini dan masih ingin mengetahui sebab sebenarnya yang menyebabkan semua ini terjadi.Baginya kunci masaalah, hanya akan diketahui sekiranya orang tuanya sampai nanti.




No comments:

Post a Comment