AHMAD BAHAROM CREATION

SILA BACA MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT.

NOVEL INI MASIH BELUM SIAP.

MASIH DI OLAH SERTA DIPERBETULKAN.


Friday, 19 December 2014

3.0 - SAM, NAJWA DAN SYIKIN.

Subuh itu Bas Ekspress telah sampai ke Pudu Raya dan Sam dan Najwa terus menempah bilik Hotel disana. Sam memilih bilik yang berada ditingkat yang agak tinggi kerana dia hendak Najwa dapat melihat sekeliling Bandar kuala Lumpur dengan jelas.

Selepas mandi, Najwa dan Sam berehat didalam bilik tersebut. Sam pun menalipon Syikin.

Sam; Ikin, awak boleh datang tak?. Kami sekarang ada kat Hotel Puduraya ni.

Syikin; Ooo, senanglah kalau begitu, sebab saya naik bas dan akan turun di Puduraya juga. Mungkin dalam sejam lagi saya sampai. Kita jumpa dekat Lobi hotel itu nanti.

Sam; Ok, saya tunggu awak tahu, kita akan bersarapan bersama dihotel ini. Lepas itu saya hendak awak temankan isteri saya membeli belah. Kalau boleh kita pergi bermain game sampai pagi kat Ampang Park seperti biasa.

Syikin; Awak dah gila Sam?. heheheheh, Oklah, yang lain tu ok, tapi pasal main game sampai pagi macam dahulu tu, sorrylah. Alamat mengamuklah Mak Andeh awak tu nanti.

Sam; Hahahah! bergurau sahaja, apa-apapun kita jumpa nanti dan bersarapan bersama.

Setelah hampir sejam, Sam dan Najwa pun turun dari bilik Hotelnya. Dilobi hotel tersebut Sam telah perasan yang Syikin telah berada disana dengan pakaian skirt labuh dan berbaju warna biru. Memang Rokiah amat cantik berpakaian sedemikian. Rokiah sedang duduk disofa dan sedang membaca majalah.

Najwa masih tidak tahu yang Sam sedang meminpinnya berjalan menuju kearah Syikin sehinggalah mereka berada betul-betul depan Syikin. Rokiah juga tidak perasan yang Sam dan Najwa telah berada didepannya kerana sibuk membaca majalah.

Sam menguis-nguis kasut Syikin.

Sam; Maafkan saya puan, terlanggar kaki awak tadi.

Syikin; Aduh!!! saya ingat siapa tadi. saya ingat orang terlanggar kaki saya. Awak rupanya Sam. Aha! ini Najwa ya?. Sam selalu cerita hal awak pada saya. Selamat berkenalan.

Sam; Najwa, ini kawan saya tu, Syikin namanya. Dia ini macam adik beradik dengan saya dan begitu juga keluarganya, sudah macam keluarga sendiri.

Najwa; Iskh! manalah awak pernah ceritakan kepada saya pun. Saya ingat kawan awak itu lelaki.

Sam; Ikin, oklah marilah kita makan direstaurant tu, boleh kita berborak. Saya pun masih belum sarapan lagi. Marilah Najwa kita makan bersama Syikin.

Selepas memesan semua makanan, mereka berbual lagi.

Syikin; Lama juga kita tak berjumpa ya Sam?. Emak dan ayah sibuk tanya kamu begitu juga abang dan adik-adik, semua asyik bertanya Ikin hal awak.

Sam; Lama juga ya?. Tapi saya amat sibuk tapi akhirnya kita berjumpa lagi sekarang.

Syikin; Najwa, Sam ni memang orang ramai suka sebab amat mudah mesra dan pandai ambil hati orang. Lagi satu dia ini gemar bergurau dan selalu membuat orang ketawa.

Najwa; Oh! ya kah?, baru sekarang saya tahu. Sekarang dia agak serius sahaja.

Syikin; Oh! ya kah?, Ah! mungkin sekarang dia berubah sedikit sebab sudah jadi Boss dan ada ramai pekerja. Memanglah kalau begitu kena serius sedikit dan barulah orang akan hurmat sedikit.

Sam; Ikin, saya dan Najwa ni nak pergi bersiar-siar serta membeli belah sedikit. Saya ini lelaki dan amat kurang tahu dimana hendak membeli belah pakaian wanita. Saya harap awak bantu Najwa dan tolong dia memilih pakaian yang sesuai untuknya.

Syikin; Oklah, tapi awak tu tak hendakkah membeli pakaian untuk awak juga?. Saya lihat awak ini macam dahulu juga, masih kurang kemas. Asyik pakai Jean dan T-Shirt sahaja. Kalau pakai kemeja dan seluar Slak kan kah nampak kemas?. Barulah sesuai sebagai Boss.

Sam; Ikin, biarlah saya begini. Lagipun takkan lah saya nak naik basikal atau beca dengan pakaian sebegitu?. Ketawa semua orang nanti.

Syikin; Aik!, awak masih belum pakai kereta lagi kah Sam?. Jadi awak datang kemari naik apa?. Naik bas?.

Sam; Ya Ikin, saya masih belum beli kereta sebab saya masih tak ada lesen memandu. Mungkin sikit masa lagi saya akan ambil Lesen Memandu dan mungkin lepas itu baru beli kereta.

Syikin; Kalau awak sudah mampu, lebih baik beli satu, senang awak bawa Najwa berjalan-jalan dan kalau dah ada anak, senang nak uruskan.Cuba awak bayangkan jika Najwa mengandung dan hendak bersalin, bukan kah senang kalau awak sudah ada kereta sendiri.

Sam; Betulah kata awak tu, nampaknya saya kena ambil lesen cepat lepas ini.

Hari itu mereka bertiga pergi meronda sekeliling Kuala Lumpur serta membeli belah ditempat yang ditunjukan oleh Syikin. Najwa dibelikan beberapa pasang pakaian oleh Sam serta dengan beg tangan yang berharga mahal.

Sam juga membelikan sepasang baju dan sebuah beg tangan kepada Syikin sebagai hadiah dan ucapan terima kasih kerana sudi menemankan mereka pada hari itu.

Syikin; Terima kasih banyak-banyak Najwa dan Sam kerana sudi memberi hadiah semahal ini kepada saya.

Sam; Tidak mengapa, lain kali kalau awak hendak berkahwin, jangan lupa beritahu, saya akan beri hadiah yang lebih baik lagi, Insyaallah.

Syikin; Alah! lambat lagi kot, tapi saya mesti menjemput awak berdua nanti. Eh! Sam, awak tak mahu pergi kerumah saya kah?. Eluk kalau awak datang sebab tadi pun sebelum saya kemari, saya sudah bagi tahu yang saya ingin berjumpa kamu disini.Mereka meminta awak datang kerumah dan bawa Najwa sekali, mereka amat rindu pada awak.

Sam; Minta maaflah Ikin,besuk saya mungkin akan banyak kerja yang hendak diuruskan dan mungkin akan pulang kekampung selapas itu sekejap. Mungkin lain kali saya dan Najwa akan singgah kerumah awak. Kirimkan salam saya pada mereka.

Syikin; Oh! begitu, tak apalah, nanti saya sampaikan salam awak tu, Insyaallah.Eh! Najwa ini agak senyap orangnya. Maafkan saya ya Najwa. Saya ini kalau berjumpa dengan Sam, bukan boleh diam, asyik bercakap sahaja. Kalau sudah tak ada benda yang baik nak dicakapkan, bincang hal merapu dan selalu bergaduh dengan dia. Awak jangan ambil hati ya sebab kami ini sudah macam adik beradik.

Najwa; Tak apa, saya memang tak pandai bercakap atau bergurau.

Syikin; Ok, saya minta diri dahulu ya?


Sam dan Najwa pun beredar dan naik kebilik sewa mereka. Sebaik sahaja sampai didalam bilik, Najwa dengan seperti yang amat marah telah melemparkan semua barangan yang dibelinya itu dengan cara yang amat kasar lalu duduk dimeja make-up.

Najwa; Kenapa awak tak cakap yang awak hendak berjumpa kekasih lama awak?. Kalau begitu, saya tak payah ikut pun tidak mengapa. Bolehlah awak bermesra dengan dia.

Sam; Ya-Allah, apalah awak ni Najwa?.Awak tak dengarkah apa yang kami cakapkan?. Kami ini sudah macam adik beradik serta saya dan keluarganya amat mesra dan baik.

Najwa; Dia cantik dan keluarganya amat baik dengan awak, kenapa tidak amabil dia sahaja buat isteri?. Ini siap sekali beri hadiah yang mahal-mahal pula tu.

Sam; Awak nak tahu kisah saya masa bujang?. Saya ini duduk dengan abang Amir berdua dirumah Setinggan yang berdekatan dengan rumah Syikin. Saya selalu tak ada duit hendak makan dan rumah dia lah saya menumpang makan. Selain itu bila abang amir tak ada, saya sendirian dan kesunyian, rumah dialah saya menumpang tidur. Salahkah saya cuba membalas budi bila saya sudah mampu seperti sekarang?.

Najwa; Menyesal saya mengikut awak kesini. Kalau tahu, langsung saya tak mahu.

Sam; Janganlah awak berkata begitu, sebenarnya semua itu tidak benar. Kalau saya tak sayangkan awak, tentulah saya tidak akan berkahwin dengan awak, Awak lihatlah, walaupun keluarga awak buat sebegini pun saya masih bersama awak, awak taj tahukah bertapa saya terluka sebab semua itu?.

Najwa; Kalau sudah keluarga saya jahat benar kepada awak, kenapa tak mahu berkeluarga denga Syikin yang awak kata keluarganya amat baik pada awak?.

Sam. Aduhhhh!!!!! payahnya saya nak bercakap dengan awak. Kalau bercakap, tentu sakit hati dan akan bergaduh. Matilah saya macam ini. Saya rasa saya seperti orang gila sekarang.

Najwa; Awak tahu saya bodoh, kenapa hendak kahwin dengan saya?.

Sam; Sudahlah Najwa, darah saya sudah mulai mendidih bila bercakap dengan awak. Dari terus bergaduh, lebih baik kita diam. Saya sudah letih hendak menasihati dan membimbing awak. Betul-betul penat.

Najwa: Talah saya memang tidak pandai berkata-kata, Syikin amat pandai dan boleh menghiburkan hati awak. Kenapa tak ambil dia sahaja jadi isteri?.

Sam; Sudahlah Najwa, saya malas nak layan awak lagi. Ini tak betul. ini tak kena, cakap salah, tak cakap pun salah. mahu gila saya kalau macam ini.

Najwa; Dalam hal ini, awak yang salah dan buat pasal. Awak tak berterus terang yang awak nak bawa saya berjumpa dengan Syikin bekas kekasih awak tu dan nak ugut sayakah tu?.

Sam; Nak ugut apa?. Saya tak faham langsunglah.Ya, mungkin juga awak cemburu bila melihat Syikin, tapi saya berharap lepas ini awak mahu mengambil berat sedikit tentang saya. Itu sahaja. Kalau soal saya nak serong atau bernikah lain, tak payah saya bawa awak atau tunjukkan dengan awak, saya sekarang ada duit dan mampu, tapi saya tak mahu. Kalau nak kahwin sampai awak dan keluarga awak tak tahu pun boleh. Saya tahu caranya. Cubalah berfikir sedikit.

Najwa; Hah! itu awak dah sebut pun niat awak nak kahwin lagi. Tak payah berpura-puralah lagi dengan saya.

Sam; Sudahlah Najwa, saya kemari bukan nakl cari gaduh, tapi untuk merapatkan serta memulihkan hubungan kira. Makin bercakap dengan awak, semakin sakit hati saya. Kalau begini, besuk sahaja kita terus balik Ke Trengganu. Buang masa dan duit sahaja berada disini.

Najwa; Eluklah tu. Saya pun tak mahu berada disini lagi, buat sakit hati sahaja.

Sam; Najwa, saya sendiri tidak tahu apa nak buat lagi untuk memberi awak faham serta bekerjasama untuk memulihkan kedaan keluarga kita ini. Belum pun reda sesuatu hal, sudah timbul hal lain yang benar-benar ,menguji kesabaran saya.Tolonglah memahami apa yang saya tanggungi selama ini. Saya amat memerlukan ketenangan fikiran dan semangat untuk bekerja.

Najwa; Itu saya tak tahu, apa cara kebahagiaan dan ketenangan yang awak cari,saya tidak dapat membantu kalau setakat ini awak masih tidak bahagia.

Sam; Tak tahulah apa yang boleh saya buat lagi mungkin saya sudah gila dan semua apa yang saya cakapkan mungkin idea dan kehendak orang gila. Itu sebab awak dan keluarga awak dan awak sentiasa tidak suka pada saya.

Najwa; Jadikah besuk kita hendak balik ke Trengganu ni?.

Sam; Jadi, besuk pagi kalau dapat tikit. Kenapa?

Najwa; Kalau jadi, saya nak berkemas sekarang supaya senang esuk pagi.

Sam; Ikut pandai awaklah.



No comments:

Post a Comment